Ikea Damansara!
Nak dapatkan barang-barang deco yang stylo tak lah susah sangat. Masuk je kat gedung Ikea, boleh rambang mata. Mulanye saja nak jalan-jalan, tak de niat pun nak bebelanja kat sini. Tapi bila tenguk itu menarik, yang ini pun menarik last-last duit aku pulak kene tarik! Beli ke tak beli! Akhirnye beli jugak. Lepas ne ingat nak ajak kawan makan tengahari kat Ikea Restoran. Fuhhh! Ramainyer kaum kat restoran ne. Langsung tak de meja kosong!
Swedish Meatballs!
Sebenarnye makan kat sini self service. Menu yang di tawarkan taklah banyak, tapi pasal teringtkan menu favourite aku Swedish Meatballs, tu yang nak singgah. Air minuman pulak, boleh top-up
berapa kali kita nak. Motto restoran ne mudah je, " Bayar sekali - minumlah sampai kembung perut". Hehehe!
The Curve!
Pasal restoran Ikea penuh, terpaksalah keluar dan menuju The Curve. Kat sini memang banyak restoran dan cafe. Tepuk dada tanya selera - tepuk poket tanya ringgit, ada mampu ke lepak
kat restoran berjenama! Jalan punye jalan akhirnye perut pun mula keroncong. Naik ke tingkat
satu dan singgah kat Medan Selera. Tempat makan ne nampak luas, kemas dan bersih. Aku tenguk deconye pun memang stylo! Kerusi warna jingga, dinding pemisah hanya batu bata merah tanpa plaster. Besi tingkap pulak sengaja dipasang bengkang bengkuk dan tempat basuh tangan dan lain-lain aku nampak memang stylo!
Latte, White Coffee & Egg Sandwich!
Lepas makan kat Rasa Medan Selera, kami cadang nak pekene coffee pulak. Kawan ajak minum kat One Utama Shopping Centre. Kami pun gerak menuju One Utama, kira tak jauh gak dari The Curve. Kalau saja nak jalan-jalan kat sini boleh crem kaki! Luasnye pusat belibelah ne boleh tahan gak. Kami singgah kat cafe yang jenamanye belum popular. Pesan ikut menu iaitu Lemon Tea Cold, White Coffee Cold, Latte Hot dan Egg Sandwich. Minuman kira ok lah pasal pakai mesin kopi. Yang tak bestnyer Egg Sandwich! Rotinye sejuk dan rasa pun tak best. Pasal dah pesan, makan ajelah. Lepas minum dan bayar bill- barulah tau, Egg Sandwich tu diorang ambik kat chiller, patutlah sejuk. Kalau tau sandwich tu ready made tak hingin kitorang pesan. Diorang ne niaga- kalau tak menipu tak boleh ke? Tipah tertipu!!!
No comments:
Post a Comment