08 November 2011
SPIRAL PASTA!
Aku masih lagi bercuti beb! Pagi tadi keluar kejap ge pejabat pos Medan Tuanku, bayar bil lektrik lepas tu ge Bazzar kat Pertama Kompleks, ambik seluar dan jaket yang udah dihantar hampir 3 minggu untuk dikecikan. Teringat plak pasal pam basikal. Call Mahfol tunggu kat kedai basikal R.N. Samy dan ajak minum sekali. Lepas beli pam basikal jenama Giyo buatan Taiwan, kami singgah kejap kat kedai mamak untuk minum. Walaupong minum kat kedai mamak tak semestinyer pekene teh tarik! Kali ne kami pesan air limau iced.
Spiral Pasta!
Sebenarnye aku bukan nak story pasal pam basikal. Bab pam basikal dan minum air limau iced tu kira macam intro-lah beb! Aku nak story pasal makan tengahari dengan pasta. Kali ne aku masak pasta bersama sauce tomato tuna dan ayam. Aku masak sauce ikut selera aku. Pasta plak ada macam-macam, terpulang pasta apa yang ada dalam simpanan luorang. Selalunye pasta yang diminati ialah Spaghetti, Fettuccine, Lasagne (bukan laksa beb!) Macaroni dan Spiral.
Bahan-bahan nye ialah!
1 biji bawang merah, 3 biji bawang putih, 1 biji tomato, 150gm kacang pea dalam tin, 185gm tuna dalam tin (ayam brand), 1 ketul dada ayam, 200gm pasta sauce jenama Prego, 4 sudu makan
tomato sauce, sedikit serbuk oregano, sedikit gula, sedikit garam dan sedikit serbuk perasa.
Step by Step!
Mula- mula panaskan air. Udah menidih masukan sedikit minyak jagung, lepas tu masukan pasta. Lepas pasta masak angkat dan toskan. Air rebusan pasta tadi jangan buang, pasal lepas tu rebus seketul dada ayam (ayam ne potong dadu!) Bukak pulak 1 tin kecik tuna dan buang airnye. Choop bawang merah dan bawang putih, lepas tu tomato potong dadu. Bahan-bahan untuk buat sauce udah ready kan! Jom kita masak sauce...
Chicken & Tuna Sauce!
Macam biasa beb! Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak jagung. Tumis bawang merah lepas tu masukan bawang putih. Bawang dah layu masukan serbuk oregano, sauce prego, sauce tomato dan masak hingga menidih. Perlahankan api, dan masukan tuna dan potongan dada ayam. Lepas tu masukan buah tomato, kacang pea dan kacau. Masukan sedikit gula bagi mengimbangi rasa masam tomato. Masukan sedikit serbuk lada putih-nak bagi pedas! Lepas tu kene rasa dulu beb! Rasa tak sampai lagi kan! Bubuh sedikit garam dan serbuk perasa. Kacau dan rasa! Ada ok ke? Kalau sauce dah ok bolehlah tuang atas pasta dan kita makan dulu!
Posted by Kakimakan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment