13 November 2011
DESA PARKCITY!
Ahad 13 November 2011
Hujan turun mencurah- curah dari jam 1400 petang sampailah 1700 petang. Bila ujan dah reda kami berkumpul kat kedai mamak dekat
Carrefour Kepong. Kali ne yang turut serta kayuh ke Desa Parkcity
ialah Azhar, Kuzai dan Mahfol. Kayuhan kali ini diketui oleh Azhar
dengan bike Xds Four 3S. Melalui jalan yang lebih banyak berbukit,
aku terpaksa kayuh laju ketika awal pendakian bukit- ini kerana aku masih lagi menggunakan Fixie-Road Bike.
Pam Basikal!
Di pertengahan jalan kami berhenti kejap kerana tayar belakang
basikal si Kuzai kurang angin. (Selaunye dalam beg, kami sentisa membawa pam, tiub, first aid, baju ujan dan face sun blok cream).
Lepas angin dah di isi, kayuhan diteruskan menuju kawasan Desa
Parkcity. Bila sampai je kat kawasan tasik, kami belok masuk ke-
laluan trek pejalan kaki. Kat sini ramai kaum yang sedang buat
aktiviti riadah, dan ada yang berjalan keliling tasik membawa anjing
kesayangan mereka.
The Legend!
Dah puas menikmati pemandangan tasik dan menghirup udara bersih, kami kayuh pulak menuju kedai basikal milik anak The Legend Cycling Hero iaitu Datuk Ng Joo Ngan. Untuk pengetahuan kengkawan semua, Ng Joo Ngan ne pernah mendapat Gold medal untuk kayuhan 200km road race pada kejohanan Asia Games, Bangkok pada tahun 1970. Tahun 1971 beliau menerima gelaran Sportman of the Year 1970.Pada tahun 2004 beliau menerima Coach of the Year dari National Sports Council. Menerima gelaran Panglima Mahkota Wilayah dari Federal Territory Day pada tahun 2010 yang membawa gelaran "Datuk".
KL Waktu Malam!
Lepas kami singgah kat kedai basikal, kami kayuh keliling tasik dan gerak ke arah bukit untuk melihat pemandangan malam. Laluan kat sini bukitnye memang tinggi Beb! Kami semua terpaksa tolak je basikal kami melalui kawsan perumahan mewah Desa Parkcity. Berhenti kejap untuk menikmati pemandangan Kuala Lumpur waktu malam dan lepas tu gerak menurui bukit menuju pusat Kepong. Dah sampai kat kawasan Pusat Kepong, Apa lagi kita minum-lah dulu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment