04 November 2011
Ke-Desa Sri Hartamas!
Salam November!
Entri bulan November 2011, masih lagi story pasal kayuh. Dah lama gak aku tak cerita pasal lukisan dan masakan. Melukis memang minat aku, tapi nak beli warna dan kenvas untuk melukis bukanlah murah. Hobi melukis ne kira hobi orang yang berduit. Apapun kalau di-murahkan rezeki, tahun 2012 aku akan mula menconteng kanvas! Pasal masakan pulak, dah banyak blog cerita pasal masakan. Kalau kauorang nak cari recipes bukak aje blog : (http://Crownmagazine.blogspot.com). Kat side kauorang boleh klik blog pastry studio, Life scoop, Vanilla Sugar, cupkekkasih, Juwita Fariz & Family atau For the love of Cooking.
Kayuh lagi!
Asalnye kami nak kayuh selepas subuh, tapi sebab ada yang masih kojer kene ubahlah jadual
kayuhan. Kali ne dua rakan fb nak turut kayuh iaitu Amiroul Nergal dan Ash Shuaimy. Saat akhir diorang tak dapat pulak ikut kayuh. Petang ne kami bertiga je kayuh arah ke Desa Sri Hartamas. Berbekalkan sebotol air masak, pam, tiub dan kamera usang dari Sony Ericsson (Cyber-shot) kami mula berkayuh melalui Segambut.
Jalan Segambut!
Tak tau pulak macam mana boleh dapat nama Segambut! Menyusuri Jalan Segambut memang
relex. Permulaan tu memanglah banyak kenderaan, maklumlah baru balik kojer. Bila memasuki kawasan kejiranan Segambut, kenderaan mula perlahan dan berhati-hati kerana kawasan ini memang sibuk. Jalan udahlah sempit, rumah pulak dibina hampir dengan jalanraya. Pemandangan kat sini menarik. Sibuk dengan aktiviti! Yang jelas kat penempatan ne, hubugan antara bangsa iaitu Bangladesh, Indonesia dan Malaysia sangat baik. Kira macam muhhibah lah beb!
Desa Sri Hartamas!
Aku jarang memasuki kawasan Sri Hartamas. Kali ne si Kuzai yang memandu kami kayuh arah ke Sri Hartamas. Bila sampai kat sini, jalan sudah sesak dengan keandaraan. Untuk elakan terbabit sama dalam kesesakan, kami berhenti kayuh dihadapan Nasi Kandar Pelita. Apa lagi kita minum dulu beb! Lepas berehat kat Restoran Pelita kami sambung kayuh menuju Taman Kok Doh. Kali ne kayuhan memang santai, dan kamera yang aku gunakan plak tidak banyak meragam. Photo-pic yang aku klik lebih terang dan jelas berbanding sebelum ne! Sampai kat sini je celotah aku. Jumpa lagi dan Selamat Menyambut Hari Raya Korban!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment