16 November 2011

Kayuh ke TTDI


Salam Blogger!

Pagi Khamis ne aku janji dengan Mahfol untuk kayuh ke TTDI. Salepas sarapan, lebihkurang jam 0745 kami mulakan kayuhan melalui Jaya Jusco Kepong. Lepas tu kayuh menyusuri lebuh raya menuju ke TTDI. Walaupun sepanjang menyusuri lebuhraya tiada lorong kecemasan, kayuhan kali ne lebih santai dengan cuaca pagi yang redup.






















Sampai gak kami ke simpang Taman Tun Dr Ismail atau nama ringkasnyer TTDI. Ketika kayuhan kami mahu menghampiri distinasi, secara kebetulan kami terjumpa plak orang lama yang tinggal di TTDI iaitu En Gazali Nasir. Bila lama tak jumpa, biasalah kan! Story cerita dolu-dolu. Hampir 30 minit kami berbual dengan beliau, lepas tu kami kayuh menuju kedai mamak di belakang pasar kering. Sementara menunggu pesanan diambil, aku call pulak otai Taman Tun iaitu En Hosni Idris (photo nye xde).

Bila En Hosni sampai, topik perbualan kami tertumpu kepda masalah kesihatan. Macam berita semalamlah beb! Pasal peningkatan obesiti di kalangan rakyaat Malaysia. Negara Malaysia berada pada kedudukan pertama di kalangan negara-negara ASEAN, dan keenam di rantau Asia Pasifik. Aku agak diorang ne memang saja nak gemuk kot. Mana tak obes, kekadang tak lapar pun makan. Mudah dapat makanan beb!




Jam dinding menunjukan pukul 1130 pagi. Kami gerak ke kedai basikal yang berhampiran. Kat kedai ne banyak gak basikal yang dijual, termasuk aksesori dan helmet. Lain kali kalau aku datang TTDi, nak gak aku beli helmet ne! Dah puas tenguk basikal yang harganye puluhan ribu ringgit, kami tinggalkan TTDI. Kayuhan kami melalui Bandar Utama, One Utama Shopping Mall dan lalu aje (tak singgah pong) depan The Curve dan Ikea. Lepas tu keluar dari Mutiara Damansara dan kayuh menuju Carrefour Kepong. Kayuhan dah mula pelahan pasal cuaca panas dan peluh jantan membasahi baju. Tekak plak haus dan kami berhenti minum sekejap sabelum kayuh menuju umah masing-masing.


Publish Post by Kakikayuh!


No comments:

Post a Comment