29 May 2013

CITI BIKE, BOAT KARAM & PIALA FA!


As Salam! Ini adalah sebahagian berita semalam mengenai sewa basikal di New York, pasal tragedi bot ekspres karam dan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang menentang Johor Darul Takzim dibatalkan.


                    CITI BIKE!

Apa kata kita baca dulu pasal orang New York sewa dan kongsi basikal. Program perkongsian basikal terbesar di Amerika Syarikat (AS) dilancarkan kelmarin, bermula dengan 6,000 buah basikal yang ditempatkan di lebih 300 buah stesen. Pihak pentadbiran disitu turut merancang memperluaskan program itu merangkumi sehingga 10,000 basikal di 600 lokasi di Manhattan, Brooklyn dan Queens.

Menerusi program tersebut orang ramai boleh menggunakan basikal dari mana-mana stesen selama 45 minit dan mengembalikannya di rak basikal yang disediakan. Bagi memastikan inisiatif itu berjalan lancar, pentadbiran bandar raya ini telah membina laluan-laluan basikal sepanjang beberapa ratus kilometer di sini.

Program yang dikenali sebagai Citi Bike itu bertujuan untuk promosi aktiviti berbasikal sebagai alternatif yang sihat dan mesra alam berbanding memandu kereta. Para penunggang basikal dikenakan bayaran tahunan sebanyak AS$95 (RM288.94) dan dibenarkan membeli pas basikal untuk 24 jam pada harga AS$10 (RM30.41) atau bayaran AS$25 (RM76.03) untuk harga pas basikal selama tujuh (7) hari.


Soalnya!
Datuk Bandar Kelompo silih berganti tetapi pernah terfikir ker pasal nak buat program sewa basikal macam kat New York. Tentulah Datuk Bandar dolu udah ada idea dan telah berdebat pasal risiko kongsi basikal. Salah satu risikonya ialah kes kecurian basikal sewa dalam tempuh 45 minit. Nak tautak, orang Kelompo ne kalau curi basikal diorang jual sebagai besi buruk jer!

Nanti kalau orang New York tau pasal perangai orang Kelompo yang suka curi basikal sewa, tentulah diorang (orang New York) ketawa sampai pecah perut. Itu baru kes curi basikal, belum lagi kes ragut membabitkan penunggang basikal sewa, terutamanya kaum pompuan.


Putrajaya! Kalau kat bandar raya Kelompo tak boleh buat sewa basikal, pastikan kat pusat bandar seperti Putrajaya, Labuan dan Wilayah Iskandar (sebagai contoh), kena buat program 'Go Green' dan sewa basikal. Memang udah ada program seperti Kayuhan Ceria @Putrajaya pada setiap hari Ahad minggu keempat setiap bulan. Tapi acara camne rider kene bawak basikal sendiri kan!

                    BOAT KARAM!


Aha! Apa kata kita beralih tajuk pasal tragedi bot ekspres karam di Belaga, Sarawak. Kabarnya diorang ne nak balik kampung untuk meyambut Hari Gawai dan terpaksa naik bot walaupong udah penuh. Ramai penumpang terpaksa duduk atas bumbung bot pasal tempat duduk didalam bot udak sesak giler.

Kapasiti maksimum yang dibenarkan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak hanya membenarkan bot ekspres membawa 74 penumpang tetapi hari tu jumlah penumpang ialah 204 orang. Bot yang membawa lebihan penumpang tu, rata-rata tak pakai jaket keselamatan.

Kalaulah bot tu tak karam tentulah aku taktau rupanya, ada penumpang boleh duduk atas bumbung bot ekspres yang sedang bergerak di Sungai Rajang, Sarawak. Gambaran ne tak ubah macam orang Bangladesh duduk atas bumbung keretapi bila nak balik kampung beraya. Nasib dikira baik gak, pasal kalau ada service Air Asia di Belaga tidak mustahil diorang boleh berdiri  dalam belon (kapal terbang) macam berdiri kat dalam LRT. Aku agak aja!


                    PIALA FA!


Piala FA! Cerita ne macam lawak aja bila lebih 7,000 penonton membanjiri kawasan trek padang Stadium  Darul Makmur-malam tadi. Mana ada negara yang membenarkan penonton boleh lepak kat trek dalam masa perlawanan bola sedang berlasung. Ini bukannya nak tenguk konsert rock double trouble atau gelek M Daud Kilau Bro! Kalau udah ramai penonton ada kat kawasan padang, tidak mustahil diorang kencing berak kat situ. Tu belum lagi ada penonton yang hilang akal masuk padang dan serang pemain lawan. Macam-macam boleh jadi Bro!

Fuyooooo! Kali ne penyokong skud Tok Gajah datang ke stadium melebihi 60,000 orang, sedangkan kapasiti Stadium Darul Makmur hanya mampu diisi dengan 40,000 orang sahaja. Macam final pulak! Inilah yang Mat Salleh kat London tu kata, bola sepak kampung. Main nyer tak seberapa, kecoknya satu Malaya.

Mana Tak Kecoknya! Bola sepak Malaya ne hanya belegara-legar kat sekitar Malaya. Nak sampai ke peringkat Asia tentulah jauh panggang dari api. Kekadang kat Asia Tenggara pong terkial-kial, boleh pulak tu kalah dengan Indonesia, Thailand dan Myanmar. Team yang takde stadium macam Palestine tu pong belum tentu boleh menang.

Penonton! Kalau team yang disokong nampak macam nak kalah, mulalah buat provokasi. Padahal kekadang permainan masih lagi ada berbaki 45 minit. Baling sana baling sini dan  ada yang sanggup bakar kerusi. Hilang rasa malu, kerana tipu-daya oleh syaitan. Pemain pong gitu gak! Bila rasa macam nak kalah mulalah nak menakek keting lawan. Terjadilah pergaduhan kan! kan! kan!

Bilalah Nak Maju! Dok aysik bergaduh kat padang. Orang lain main bola boleh jadi jutawan tapi kat Malaya ne hanya jadi sawan. Macam-macam piala ada, Piala FA, Liga Super dan Liga Perdana tapi pemain "Pe mai pe mai tang tu jugak". Yang lagi kelakar tu, ada satu piala tu besar sangat - mengalahkan piala segala piala bola sepak di dunia ne.


Nota Kaki :
Kebanyakan pemain bola sepak (9o%) terdiri orang Melayu. Tu pasal aku kata bola sepak Malaya. Orang Cina, India, Banggali, Bajau, Iban dan Kadazan tak pandai main bola ke? Kalau nak jadikan bola sepak sebagai sukan industri dan popular, kenalah prestasi pemain  berada pada tahap terbaik iaitu tahap bintang bertaraf dunia. Jangan hanya sekadar menjadi jaguh kampung. - Jumpa lagi!
 

26 May 2013

AKTIVITI HUJUNG MINGGU!



Assalamualaikum! Pagi Ahad aku bersarapan bersama Berita Harian dengan khabar seorang anggota Rela koma dirempuh mat rempit. Dalam kejadian berlaku pada jam 0345 pagi, Teong Yoon Meng, 44 (anggota Rela) cuba membantu polis menahan penunggang yang mahu melarikan diri berdekatan Balai Polis Pasir Putih.


Lain-lain berita tentulah lebih banyak story mengenai politik di Malaysia, perihal tindakan pembangkang menghasut orang ramai menyertai demonstrasi jalanan bagi menjatuhkan kerajaan kerana tidak puas hati dengan keputusan PRU-13.


Tak kisahlah!
Berita pasal Rela koma ke atau diorang nak buat demonstrasi jalanan ke, aku tak campur. Yang aku ambik kisah sikit ialah perlawanan bolasepak antara Johor DT dengan Pahang. Aku ne sabenarnya penyokong Selangor, tapi minat gak dengan Johor DT mungkin disebabkan Johor DT ada ramai star! Berita pagi ne tentulah mengenai Kelantan tewaskan Terengganu 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV dan Johor DT sekadar menang nipis 1-0 keatas Pahang di Stadium Larkin.


Tengahari!
Jam 1230 tengahari aku bersama isteri ge jemputan majlis perkahwinan pasangan Mohd Hazwan dan Nur Faziela di Taman Fadason, Kepong Kelompo. Lepas tu tumpang kereta Majid pergi rumah adek Midah kerana majlis kesyukuran di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.


Majlis
seperti ini tentulah dapat menemukan kami dengan ahli keluarga, sahabat handai serta jiran tetangga. Majlis doa dibacakan oleh pelajar tafiz yang belajar di sekolah agama berhampiran rumah adek Midah.


Tidak jauh dari tempat majlis ini berlasung, ada satu lagi majlis jamuan yang ditaja oleh parti Pas kerana meraikan penyokong serta pengundi Pas pada PRu-13. Aku melihat dari jauh, nampak macam meriah je, dengan kehadiran tetamu yang dari pelbagai kaum. Yelah! Memang takda kene-mengena dengan majlis kesyukuran kami. Saja-saja nak story kat sini. Hehehe!



Aku udah selesai makan! Aku hanya mampu tolong basuh gelas dan kojer lain seperti membasuh pingan-mangkuk dibuat oleh anak-anak buah aku. Sebelum balik, sempat gak aku minta tolong pada Norlela bungkuskan aku pulut kuning, sambal ikan bilis, kari daging dan bubur pulut hitam untuk di bawa balik. "Makasih daun keladi, ada kenduri jemputlah lagi" - Dari Manjapri.





25 May 2013

CONTENG HUJUNG MINGGU!


As Salam!
Ketika ini jam dinding kat rumah aku menunjukan 1130 malam, bahang panas masih terasa walaupun kipas ligat berpusing. Waktu camne aku lebih suka mengadap laptop daripada menonton TV. Sabelumnya tadi, selepas waktu Isyak, aku cuba gak untuk menyelak buku 'Istimewa Terkenang' dari siri koleksi rencana terpilih Subky Latif, tetapi baru beberapa helai muka surat diselak mata mulai layu. 


Sebelum Tu!
Kul 0850 malam, kat dapur isteri aku sedang merebus sekotak buah kurma, sementara tu  sempat lagi dia mengoreng karipap untuk dijadikan menu makan malam. Buah kurma tu terpaksa direbus dahulu pasal udah keras kerana disimpan lama kat chiller. Bila udah lembut barulah dikisar (blender) untuk dijadikan pati juice kurma.


Aku Pulak!
Waktu yang sama terpaksa ngadap laptop untuk melawan agar mata aku tak terlelap dek kerana bahang panas. Aku mula nak menconteng foto-foto lama dengan menggunakan Photo Scape. Melalui Editor photo scape, kenkawan diluar sana juga boleh menconteng dengan gunakan tool clone stamp untuk menjadikan objek dua atau tiga seperti foto diatas ini. 

Foto
kat atas ne aku edit gunakan brighteen  untuk gambar lebih terang dan aku juga suka  gunakan type face (jenis tulisan) 'STENCIL' untuk perkataan TITI! Sambil conteng-conteng sempat gak aku bancuh secawan kopi dewa mahkota dan aku sejukan kat dalam chiller. Isteri aku pulak udah selesai kisar buah kurma dan selesai gak goreng karipap.


Aku
berhenti kejap menconteng foto, pasal perut terasa lapar. Nampaknya menu makan malam kali ne mungkin paling simple iaitu karipap panas bersama air kopi kurma blended. Jangan taktau, aku telah habiskan enam ketul karipap dan disulami entah berapa gelas air sejuk. Tersangatlah dahaganya Beb!



Alhamdullilah!
Perut udah disi dan sambung semula kojer-kojer menconteng. Aku terus edit dan upload foto sementara tunggu kul 1200 malam pasal nak tenguk siri Nakita di NTV Seven. Bersama-sama ne aku paparkan 12 foto untuk tatapan kenkawan yang terklik blog aku.



Oh Ya!
Besuk ada beberapa majlis yang perlu dihadiri iaitu jemputan majlis perkahwinan pasangan Nur Faziela dengan Mohd Hazwan yang diadakan kat Taman Fadason, Kepong-Kelompo. Undangan majlis perkahwinan pasangan Izzati dengan Hafiz yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Keramat, Jalan Jelatek, Kelompo.


Lepas Waktu Zohor! Jadual harian aku ialah pergi majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat di rumah adek Midah kat Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor. Aku hanya dapat merancang dan Allah jua yang Maha Bijaksana yang akan menentukannya.


Minggu Depan! Ada gak kenkawan ajak berkayuh ke Janda Baik atau ikut majlis member kahwin kat Kedah. Sayangnya aku udah set untuk ke Bukit Mertajam nak temankan anak  buah daftar masuk ke Uitm. Sambil tu tentulah aku ambik kesempatan melancong ke pulau mutiara untuk merakam tempat-tempat yang menarik.




Mai Penang! Udah ada peluang eloklah singgah pusing pulau Beb. Nanti aku nak singgah kat bandar raya Georgetown terutama menyaksikan keunikan monumen lama seperti Rumah P. Ramlee, Fort Cornwallis dan Queen Victoria Memorial Clock Tower. Tak lupa gak nak rasa ABC, Laksa Penang dan Nasi Kandar. Angan-angan ne, takpe kan! Pasal angan-angan tak kene bayar!
- Jumpa lagi!



21 May 2013

JERITAN!


Di suatu ketika kurasa dunia akan kiamat
Seluruh anggotaku seakan berkecai
Tipislah segala harapan
Musnah segala impian...

Tetapi demikianlah kebangkitan
Tiba-tiba telingaku mendengar ombak suara
Jeritan semakin keras semakin nyaring
Ombak suara rakyat jelata.

Bukan kiamat yang akan tiba
Itulah api perjuangan kian menyala
Menjilat segala kejahatan penindasan
Jeritan yang memberiku sejuta tenaga
Semangat baru di jiwaku
Dari suara Rakyat tercinta.

Said Zahari - 1963

PIC of THE MONTH!















20 May 2013

DOA DAN PETI SURAT!




Assalamualaikum! Semuga kenkawan diluar sana sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya. Ketika kenkawan sedang membaca entri 'Peti Surat' ne, cuba pejamkan mata sekejap dan doakan setiap insan yang terlintas di fikiran kenkawan. Sesungguhnya mendoakan kebaikan untuk orang lain juga merupakan sedekah dan lafaskanlah doa yang baik tanpa orang yang didoakan tahu dirinya sedang didoakan.


                    PETI SURAT!

Dari dolu warnanya memang merah dan seperti mahu memberitahu bahawa didalam peti surat tersebut ada bermacam-macam perkara yang kita tidak tahu - ada kalanya kita akan menerima perkabaran baik atau ada kalanya menerima kabar sebaliknya.

Bisanya kita ke peti surat hanya mahu menjenguk bil-bil yang dihantar oleh posmen dari TNB, bil air, bil broadband statement dan sebagainya. Tetapi adagak kertas-kertas yang menumpang masuk kedalam  peti surat seperti kertas dari ahlong, promosi dari kedai perabut atau dari restoran makanan segera.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, sentiasa menantikan surat dari kekasihnya. Kekadang surat yang diterima bukanlah semuanya kabar gumbira, ada gak kabar dukacita kerana menerima surat putus cinta atau putus tunang. Ada gak surat-surat yang tidak disangka seperti menerima surat dari makamah tinggi pasal perkara kebaankrapan atau surat dari Jabatan Hasil Dalam Negeri(JHDL) minta jelaskan pasal cukai.
               

                    KAWAN AKU!

Ketika aku menaip perengan ne, teringat aku akan beberapa rakan lama aku yang skrip kehidupan tidak cukup baik. Seorang rakan aku ne asalnya seorang pemuda dari keturunan India, punya pekerjaan tetap tetapi akhirnya menjadi penagih dadah tegar kerana salah memilih kawan. Selepas lebih 15 tahun, aku terima berita gembira iaitu pemuda India tersebut udah memeluk Islam dan berkahwin. Tidak lagi hisap dadah dan sekarang sedang berusaha mendekati masjid.

Seorang lagi rakan lama aku adalah lepasan Uitm. Tidak berminat kerja makan gaji dan masih solo. Skrip kehidupan rakan aku sorang nepun kurang cantik pasal umur makin meningkat, tiada pasangan hidup, tiada zuriat, tiada kwsp dan tiada pencen. Bayangkanlah bagaimana agaknya rakan aku ne nanti menghadapi hari tua!


                  
                                 BERDOA!


Kedua-dua contoh rakan yang aku ceritakan tadi ialah kerana ada kaitannya dengan rezeki, doa dan takdir Allah. Ustaz kata, kita sebagai hambanya kena berdoa kepada Allah, mohun diampunkan segala dosa, mohun taufik dan hidayah, mohun redha Allah dan mohun semuga di murahkan rezeki. Kita berdoa bukan semata-mata mahu Allah kabulkan apa yang kita minta. Kita berdoa kerana Allah suruh berdoa dan sama ada Allah mahu beri atau tidak, itu adalah hak Allah. Sambung Ustaz, kita berdoa kerana berdoa itu adalah ibadah.

Kata Ustaz lagi!
Kita bersunguh-sunguh berdoa hingga berbulan-bulan, malah ada yang sampai bertahun namun masih belum juga Allah kabulkan. Janganlah bersedih! Allah maha bijaksana lebih mengetahui bila masa yang paling tepat untuk memakbulkan doa kita. Berdoalah dengan benar-benar ikhlas, jangan tergesa-gesa dan fahamilah apa yang dihajati.


Allaahu akbar! Allaahu akbar! Azan udah berkumandang, menandakan masuk waktu Maghrib. Kene save dulu, lepas tu publish, close dan akhir sekali shout down. - Jumpa lagi!
 








19 May 2013

REZEKI!





Fuhhh! Lega rasanya bila aku udah  sampai kat rumah. Dua tiga hari ne aku terpaksa menerima hakikat bahawa cuaca memang panas. Perjalanan balik dari Tg Malim ke Kelompo yang memakan masa lebihkurang satu jam setengah terasa macam lama disebabkan cuaca panas walaupun hawa dingin udah dipasang.

Petang Semalam! Pasal cuaca panaslah, kami berempat bersama emak mertua pergi ke Pizza Hut di Tanjung Malim nak pekene pizza sambil minum smoothies atau float (with a scoop of vanilla ice cream on top). 

Jam 0430 petang! Kami udah berada ditingkat atas Restoran Pizza Hut. Kami pesan ikut menu yang diberi iaitu float, soya bean, ice lemon tea dan orange juice. Vagetable pizza, green garden salad, soup of the day dan french fries. Sayangnya pelayan tu bagitau float takde pasal ice crem udah habis. Soya bean dan green garden salad takde gak walaupun ada kat dalam menu.

Pizza Hut! Setau akulah jenama pizza hut ne udah lama terkenal dan dikira sebaris dengan jenama seperti Kenny Rogers, Delifrance, Starbuck atau Secert Recipe. Walaupun nama udah terkenal tetapi masih gagal gak membuat persediaan menggikut menu, sedangkan ketika aku masuk tadi hanya ada dua keluarga yang sedang menjamu selera. Maknanya! Taklah sibuk sangat sehingga stock bahan mentah boleh habis.

Pasar Malam! Selesai menjamu selera di Pizza Hut, round kejap kat pasar malam. Ketika ini jam 0530 petang, orang udah ramai walaupun cuaca panas. Sekarang ne mungkin musim mangga berbuah dan ada lebih empat gerai yang menjual mangga. Kata orang kalau beli mangga musim panas ne, buah mangganya  manis. Entah ya entah tidak, tapi aku terpengaruh gak dengan harga RM04.00 sekilo. Belilah sekilo!

Tak lupa gak untuk anak buah, aku beli apam balik dan goreng pisang. Dalam perjalanan singgah di setesen minyak dan lepas tu singgah pulak di pasar raya kerana nak belikan barang-barang dapur (keperluan asas) untuk emak @makmertua seperti beras, tepung gandum, gula, garam, minyak tanah dan mineral water.

Rezeki! Udara dan cuaca panas petang tu adalah rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kami. Malah setiap makhluk-Nya udah lengkap, siap dengan ukuran dan sukatan rezeki sehingga hari kiamat. Masing-masing ada rezeki, baik mereka orang yang beriman dengan Allah atau sebaliknya.

Seperti kejadian di Pizza Hut, walaupun kami mempunyai wang yang cukup untuk menjamu selera tetapi bukan rezeki kami untuk minum air soya bean atau makan green garden salad kerana stock bahan mentah sudah habis. Begitu juga dengan wang yang kami bawa dalam beg duit(walet)itu memang milik kami tetapi bukan semua rezeki kami. Wang tersebut diberi kepada Pizza Hut, kemudian diberi kepada penjual buah mangga, penjual apam balik dan juga penjual goreng pisang.

Wang milik kami yang masih berbaki dalam walet, belum tentu rezeki kami. Memang betul itu adalah wang gaji yang kami terima dari majikan kami. Siap tertulis lagi nama, nombor pekerja dan jumlah gaji yang diterima kat payslip, tetapi wang gaji kami ini bukan semua milik kami. Lepas ne pulak kene bagi sikit kat stesen minyak dan lepas tu bagi pulak kat juruwang di pasar raya. Maksudnya dalam gaji kita ne ada rezeki untuk orang lain.

Ujian Dari Allah! Begitulah sedikit halnya pasal rezeki. Jika kita ditimpa musibah serta kerugian pada hakikatnya semua itu adalah ujian dan takdir dari Allah. Jika kita diberikan kekayaan dan pangkat pun itu adalah ujian dan takdir dari Allah. Apa pun yang berlaku pada sepanjang hidup kita, sudah Allah ketahui sebelum ia berlaku lagi. - Jumpa lagi!

15 May 2013

AIR KURMA + FRESH MILK!



As Salam!
Semuga kalian sihat walafiat hendaknya. Aku sambung sikit cerita semalam iaitu makan tengahari di Taman Kok Doh atau kengkawan panggil Taman Kodok!

Aku, Farid, Johari dan Bakar bukanlah selalu datang makan kat restoran ne - sebabnya jauh sikit dari kawasan perumahan kami. Apapun kami tetap gak datang sekali-sekala kerana restoran ne menyediakan pelbagai lauk untuk nasi campur. Bermula dari masakan lemak ciliapi, ayam goreng panas, siput sedut, sayur kampung, ikan keli bakar, ulam-ulam dan termasuklah sambal belacan, tempoyak dan budu. Fuhhh! Baru tenguk ikan keli bakar pun, udah telan air liur Beb. Hehehe!

Minta Maaf Banyak! 

Tiba-tiba tengah taip tadi blackout pulak. Tu pasal kenkawan bukak entri ne macam tak habis lagi ceritanya. Kira tertangguh kejaplah gitu. Bila api takder, tentulah kipas tak  berpusing dan aku terasa macam dalam ketuhar pulak. So! Aku keluar dari ummah menuju kedai gunting rambut.

Kat kedai gunting rambut aku suruh tukang gunting (kedai India) bagi potong habis kira macam botaklah. Barulah terasa sejuk sikit kepala aku ne. Lepas tu aku singgah kedai kopi mamak semalam. Sama cam semalam menunya, iaitu teh tarik dan air suam. Sambil minum sambil selak akbar Kosmo!.

Apa Ceriter! Muka depan Kosmo! ialah berita Perdana Menteri umum Jemaah Menteri Kabinet. Taktau pulak pasal apa digelar kabinet, bunyinya macam kabinet almari. Ah! Tak kisahlah tu kan. Bahagian dalam muka 10 berita semalam gak iaitu 12 pengikut Tuhan Harun dicari oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Cantik gak awek yang pakai tudung tu, nampak sopan tapi kenapa akidah budak pompuan tu menjurus kepada Tuhan Harun ya. Pelik bin ajaib!

Masih Lagi Muka 10!  Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 lelaki lain. Aku rasa kes ne udah lama sangat sampai aku pun dah hampir lupa. Yalah! Aku ne bukan tau sangat pasal proses perjalanan perbicaraan dimakamah.  Orang yang kene tuduh cakap macam tu dan sekejap macam ne. Lepas tu diorang kata wujud percanggahan antara keterangan tertuduh R. Kathavarayan dengan tiga orang yang kene tuduh iaitu bekas peguam Pathmanabhan (44), T.Thilaiyalangan (21), R Matan (22) dan Kathavarayan (32). Susahnya aku nak sebut nama keempat-empat tertuduh ne, hampir bergulung lidah aku nak menyebutnya.

Jam 0515 Petang! Lain-lain berita tu tak payahlah aku taip kat sini. Luorang baca ajalah kat internet. Bila cuaca nampak redup sikit, aku pun gerak tinggalkan kedai mamak dan nak balik ummah dengan harapan moga tenaga letrik udah pulih kembali.

Biji Kurma
! Bila masuk rumah happylah sebab letrik udah ada. Kojer pertama aku ialah nak buat air kurma. Rebus dulu biji kurma Safia dari jenama Yusuf Taiyob. Sementara kurma berendam dalam air panas yang mengelegak, aku pun sambung menaip entri ne.

Air Kurma! Aku jenguk kat periuk - buah kurma udah lembut dan aku toskan. Lepas tu aku blended buah kurma tu sampai lumat. Selesai memproses buah kurma tu, aku ambik 5 sudu makan-pati kurma dan masukan dalam gelas. Campur sedikit Fresh Milk dari Goodday dan simpan dalam chiller. Nanti selepas 30 minit barulah di minum. Tak payah bubuh ice cube pasal air kurma tu udah sejuk.


Tekak dah haus ne! Kejap ya, aku nak pekene air kurma susu. Air kurma ne boleh dipelbagaikan iaitu boleh campur dengan barli yang udah dikisar atau  campur dengan madu. Sekian dan Salam Sayang dari Mj!





14 May 2013

DIARI MJ




Assalamualaikum! Aku baru saja sampai kat ummah, satelah keluar ge klinik dan singgah pekene teh di kedai Mamak, Jalan Ipoh, Kelompo. Sempat gak aku toleh jam dinding yang tentunya tergantung kat dinding - jarum jam udah menunjukan kul 1115 pagi.

Jam 0800 pagi tadi aku ge klinik pasal siku kiri aku masih terasa sakit. Kalau aku ge klinik pagi ke atau petang, klinik sentiasa penuh sesak dengan pesakit. Tiba giliran aku, Doktor bagitau, siku kiri aku mungkin hanya terseliuh dan ambik ubat di kauter farmasi. Aku diberi ubat salap sakit otot jenis Deep Rub
dan dua peket (20 biji) pil tahan sakit jenama Dicloran. Sebelum gerak, pihak farmasi ada ge tau iaitu pil ini hanya boleh ditelan sekiranya otot aku terlalu sakit.

Selesai urusan di kaunter farmasi, aku singgah kat kedai mamak untuk sarapan pagi. Tak tau nak sarapan apa pagi-pagi camne. Menu sarapan kat kedai mamak biasalah, aysik-aysik roti canai. Aku pilih sarapan dengan ban kelapa dari The Federal Bakery yang tarikh luputnya tertulis 14 May 13, kira last daylah hari ne. Tapi kalau nak cuba try tenguk, besuk mesti ban kelapa tu ada lagi dijual kat situ.

Bagi aku, tak lengkap sarapan kalau minda pagi belum lagi menerima berita terkini. Sebetulnya bukan berita terkini pun, hanya nak baca berita-berita basi (ulangan berita semalam) di akbar Kosmo!. Apa lagi kalau bukan berita pasal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Berita lain ialah mengenai Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara, menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang bersara wajib. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Sambil minum teh tarik sambil selak akbar helai demi helai. Berita Datuk Husam  Musa, tidak hadir pada majlis raikan persaraan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu. Isteri muda belasah madu sebab cemburu tak dapat iPhone. Lagi kisah 6 pengikut 'Tuhan Harun' didakwa di Makamah Rendah Syariah Kuantan, Estrada menang Datuk Bandar Manila, Potret DiCaprio dilelong RM3.14 juta.

Berita
terakhir yang menarik bagi akulah, impian Kelantan untuk mencipta sejarah pada Piala AFC tidak kesampaian selepas tumpas 0-2 kepada Kitchee Sport Club dari Hong Kong di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru malam tadi.


Alamak! Udah kul 1230 harilah, aku ada janji dengan kawan nak makan tengahari kat kedai nasi campur di Taman Kok Doh. Kene full stop kat sini. Sorry ya! 

13 May 2013

KAYUH KE SENTANG TRAIL


A
s Salam! Petang semalam - 13 Mei 2013, aku bersama Tengku Wong dan Mahfol berkayuh ke Sentang Trail di Frim, Kepong. Aku gagahkan gak hasrat untuk berkayuh, walaupun siku kiri aku masih sakit akibat terjatuh ketika berkayuh off road pada 22 April, tempat biasalah Bro! Kat Frim Kepong.


Semalam
! Adalah bayangan masa lampau di mana berlakunya rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969 di Kelompo. Rusuhan yang berlaku masa tu bukan pasal DAP dan Gerakan tak puas hati mengenai Pilihan Raya Umum, tapi sebab terlalu happy hingga lupa diri. Orang dolu kata 'mabuk kemenangan' padahal DAP dan Gerakan hanya menang beberapa kawasan perlimen sahaja masa tu.


Perasan tak
Bro! Lepas PRU-13 ne kita asyik bercakap pasal politik jer. Kat warong, kedai kopi, akbar dan kat TV, hampir setiap hari ada saja rancangan bual bicara politik. Kalu kat fb atau blog tentulah lagi meriah. Macam-macam foto, video dan entri yang diaorang post. Kalau semua tu betul tak pelah, tapi ada gak foto dan video yang diedit bagi friends percaya dan terus Like!  


Yalah Bro! Kalau asyik potpet-potpet pasal PRU-13, silent walk, tunjuk perasaan dan bual bicara, masa bila kita nak buat kojer atau buat aktiviti berfaedah. Ada pihak yang menyalahkan pasal jurang antara kaum disebabkan sistem pendidikan. Katanya bangsa Malaysia duduk satu negara tapi sekolah asing-asing. Ada warganegara yang tidak fasih berbahasa Malaysia dan ada juga warga yang tak pandai nyanyi lagu Negara Ku. Yang ne aku percayalah Bro! 


Bukan aku nak mengutuk! Ingat lagi tak pasal Menteri Tol dan JKR iaitu Datuk Sammy Vellu? Beliau nelah salah seorang warga negara yang lahir dan tinggal lama di Malaysia tapi tak fasih Bahasa Malaysia sebab belajar di Sekolah Jenis Kebangsan Tamil (SJK). Jom kita sama-sama  lihat dan baca dilog kat bawah ini dengan syarat jangan ketawa. Ha! senangkan syaratnya.



D
ailognya begini! Tersebutlah kisah pada zaman dolu ada seorang Menteri bernama Datuk Samy Vellu telah datang satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru dan telah berkata :

"Selamat Datang saudara-mara semua". (Sepatutnya Selamat Datang saudara-saudari semua). Lepas tu beliau menjemput seorang menteri wanita untuk membuka tirai di atas pentas "Saya mempersilakan Datuk Aisah Ghani naik ke pentas wuntuk membuka kain." Selesai upacara peresmian bangunan baru, beliau dalam ucapannya memberitahu  iaitu perlunya sebuah jembatan dibina.

"Kita akan bina satu jembatan wuntuk worang-worang kampung disini" Salah seorang tetamu (Pak Cik) bertanya: "Datuk! Sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Kemudian Samy Vellu dengan megahnya menjawab "Kalao tak de sungai, kita bina saungai". Tetamu semua bersorak dan Datuk Samy Vellu senyum bangga.



S
ambung Lagi! Malamnya pulak Datuk Samy Vellu dilihat sedang berucap kat berita TV. Dalam ucapannya beliau cuba untuk memberitahu yang beliau berasa amat malu "Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangatlah besar". Besoknya pulak beliau berada di Sungai Siput ketika program derma darah. Kata beliau "Marilah kita semua menderma dare' dan kepada worang mude-mude sekarang, banyak hisap dade janganlah derma dare" (dare' sepatutnya disebut darah dan dade' sebutan yang betul ialah dadah).


Ketika menjawab satu soalan mengenai isu Al-Arqam : "Saya gumbira bahawa didapati tiada pemude MIC terlibat dalam kes Arqam". Lepas tu ayat yang dikira paling kelakar ialah "Kita akan bina roket pegi matahari". Wartawan berkata "Tapi Datuk! Matahari terlalu panas untuk didekati" Beliau menjawab "Itu tak masalah, kita boleh hantar waktu malam" Semua wartawan ketawa dan Datuk Samy Vellu juga turut ketawa. 

 


Tiba-tiba!
Minda aku jadi keliru, dengan kojer yang sedang aku buat sekarang. Sama ada aku sedang berada di Sungai Siput menghadiri program derma darah bersama Datuk Samy Vellu, atau sedang menaip atau sedang kayuh basikal dengan Tengu Wong dan Si Mahfol.

(Trit, trit, trit! Handphone aku berbunyi dan minta dijawab. Dalam hati aku, siap pulak yang kacau aku tengah menaip ne!)



Nota Kaki "Orang ketawa kita ketawa, taktau orang ketawakan kita" - Jumpa lagi dari Mj!







12 May 2013

DARAH BAYAR DARAH!


As Salam Bro! Entri 'Darah Bayar Darah' adalah sambungan entri 'Mabuk Menang Ke Kalah!' yang aku publish pada 10 May 2013. Kisah ini aku ambil dari buku Mei 13, hasil usaha Tunku Abdul Rahman Putra. Seperti ayat yang biasa kita dengar "Tiada kaitan yang hidup ataupun yang sudah mati. Sekiranya mempunyai persamaan, ia hanyalah kebetulan."

Kisah berdarah ini bukanlah bertujuan untuk membangkitkan sentimen negatif yang boleh menggangu keharmonian kaum, tetapi sekadar memperingati sejarah lampau agar kita memahami  dan mengetahui asal-usul nenek moyang kita. Sejarah membuatkan kita mengenali diri kita dan peranan kita dalam masyarakat dan masa depan negara.

                      

             XI - API MENYALA MALAM


"Satu panggilan talipon telah diterima pada jam 0645 petang, menyatakan bahawa satu kejadian yang ngeri telah berlaku di Jalan Raja Muda dimana beberapa orang China telah diserang. Tidak lama kemudian En Mansor, Ketua Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur, dan satu dua orang lagi telah datang berjumpa saya dan memberitahu bahawa beberapa kejadian pembunuhan telah berlaku. Bandar Kuala Lumpur terus diletakan dibawah perentah berkurung mulai jam 0700 petang. Pasukan-pasukan Keselamatan telah keluar mengawal dan askar-askar telah dipanggil untuk membantu.

Saya tidak dapat tidur pada malam itu kerana mengenakan kejadian yang telah menimpa  Ibu Kota dan negara kita yang amana ini. Kuala Lumpur ketika ini telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran dan dapat dilihat dengan jelas daripada rumah saya yang terletak diatas bukit. Inilah satu pemandangan yang sangat menyedihkan dan saya tidak sangka saya akan menyaksikan kejadian seperti ini semasa hayat saya.

Pada hari itu saya telah terima laporan mengenai dengan perarakan Gerakan (Parti Pembangkang) yang telah diadakan semalam. Mereka telah melemparkan kata nesta terhadap orang-orang Melayu dan menyuruh orang-orang Melayu pulang ke kampung dan desa kerana kapal layar (Parti Perikatan) telah ditenggelamkan. Kesemua hai-hal ini terbayang didalam ingatan saya yang merupakan sabahagian dari sebab-sebab berlakunya rusuhan itu.

Kelakuan yang keji dan perbuatan provokasi terhadap orang-orang Melayu yang dilakukan oleh mereka itu telah melampaui batas kesopanan manusia sehingga telah menimbulkan api kemarahan yang tidak terhingga dikalangan orang-orang Melayu. Sebab itulah ahli-ahli UMNO telah berhimpun di rumah Menteri Besar di Jalan Raja Muda pada petang 13 Mei 1969.

Ketika mereka sedang berhimpun dihalaman rumah Dato Harun, tiba-tiba perkabaran telah diterima yang menyatakan bahawa orang-orang China telah menyerang orang-orang Melayu di Setapak, semasa orang-orang Melayu itu sedang dalam perjalanan hendak mengambil bahagian dalam perarakan yang akan bergerak dari Jalan Raja Muda. Berita itu telah menaikkan berang orang-orang Melayu yang sedang berhimpun, dan mereka terus mengamuk dengan tidak dapat dikawal lagi. Dua orang China yang melalui jalan itu dengan motosikal telah diserang dan dibunuh. Dengan itu bermulalah rusuhan 13 Mei yang mencetuskan kekacauan yang belum pernah berlaku sepertinya dalam sejarah Malaysia."


Mutiara Kata : Setiap hak perlu diikuti dengan kewajipan. Kita wajib mempertahankan hak kita dengan sebaik-baiknya, melalui kerja keras dengan memelihara dan mengembangkan kemampuan diri. Sikap yang suka menyerah kepada keadaan akan melenyapkan harga diri sebagai manusia. Jiwa harus tetap dibina agar tetap kreatif, berinisiatif, gairah dan terus hidup. - Salam dari Mj!