10 May 2013

MABOK MENANG KE KALAH!



A
ssalamualaikum! Semalam si Mahfol ajak aku kayuh ke tasik, tapi pagi Sabtu camne - aku kene ge pasar basah. Di pasar, aku sarapan dulu digerai Mak Cik Kiah. Tepuk dada tanya selera Beb! Kat sini macam-macam ada...

Ahh! Menaiplah - Lebih kurang kul 0945 pagi, aku udah ada kat ummah. Kali ne nak baca buku ke atau nak menaip entri baru. Ada beberapa buku yang belum habis aku baca seperti buku Mudahnya Menjemput Rezeki dari Fathuri Salehuddin, Tenggelamnya Kapal Prince of Wales hasil tulisan Anuar Othman dan dari penulis Mohd Aizat, buku mengenai pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. 


              
              
MABOK KEMENANGAN!

Kisah yang aku nak paparkan ne adalah sebagai ingatan kepada Cina Malaysia terutama kumpulan Pakatan Pembangkang supaya tidak mabok kemenangan, Eh menang ke kalah! Aku pun keliru, tapi diaorang buat 'silent walk' gak serta mengadakan perhimpunan 'Suara Rakyat' kerana tidak puas hati mengenai keputusan Pilihan Raya (PRU-13).

Story ne berlaku pada 12 Mei 1969, apabila parti DAP dan parti baru Gerakan ketika itu terperanjat giler apabila keputusan Pilihan Raya telah memihak kepada mereka walaupong sebenarnya mereka hanya menang di beberapa kawasan Parlimen sahaja.



Pada pagi Isnin, 12 Mei 1969, Dr Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi kawasan Batu, Selangor dengan kelebihan undi yang banyak, telah meminta kebenaran Polis untuk mengadakan satu perarakan kemenangan oleh angota-angota Parti Gerakan. Satu permit telah dikeluarkan dengan syarat perarakan itu melalui jalan-jalan yang telah dipersetujui oleh Polis. DAP pula telah membuat keputusan hendak mengadakan perarakan pada hari esuknya iaitu hari Selasa, 13 Mei dengan tidak mendapatkan kebenaran Polis. Cadangan DAP tidak diteruskan dan telah bergabung dengan Gerakan dalam perarakan tersebut.

Perarakan seramai kira-kira 500 orang akan dimulakan pada jam 0530 petang dan akan berakhir pada jam 0800 malam. Dari segi politik, perarakan kemenangan Dr Tan itu adalah merupakan cara yang belum pernah dilakukan seumpamanya di masa lalu. Satelah perarakan yang berlesen itu tamat, perarakan-perarakan haram yang penuh emosi serta kelakuan biadab serta kumpulan samseng telah diadakan.

Perarakan haram itu telah masuk ke Jalan Cambell (Jalan Dang Wangi) dan masuk ke Jalan Hale (Jalan Raja Abdullah) menghala ke Kampung Baru, dimana 30 ribu orang-orang Melayu telah hidup dengan rukun damai semenjak bertahun-tahun lamanya. Jalan Hale adalah jalan besar ke Kampung Baru dan disepanjang jalan mereka telah mengejek dan mengutuk untuk menaikan perasaan marah orang-orang Melayu. Mereka telah melakukan perbuatan tersebut dikawasan yang boleh dikatakan  kubu kuat UMNO.

Ada kumpulan  perarakan yang
seramai lebih kurang 20 orang telah berhenti dihadapan Balai Polis Jalan Travers  dan salah seorang dari mereka telah melaungkan perkataan "Melayu Mati" dihadapan rumah kediaman angota polis sambil menunjukan kemaluannya (lancaulah!) kepada polis dengan disaksikan oleh isteri-isteri angota polis yang ada dalam kawasan kediaman mereka.


Salah satu kumpulan telah pergi ke Jalan Mountbatten (Jalan Tun Perak) dan menahan kereta-kereta milik orang Melayu dan memaki hamun dengan tujuan hendak menghinakan mereka. Mereka juga telah mengancam hendak mencucuk mata anak perempuan OCPD sendiri yang berumur 17 tahun. Sambil itu mereka berteriak "Engkau Melayu Bodoh" dan "Tidak Berkuasa".
 

Perarakan itu telah berpecah kepada beberapa kumpulan iaitu di Brickfields diketui oleh David dimana 200 pemuda India sedia menunggu untuk melakukan provokasi dan mengganggu ketenteraman orang lain. Perarakan juga berlaku di Bukit Bintang, Pudu dan Sentul.

"Saya rasa tidak syak lagi tunjuk-tunjuk perasaan yang diadakan di merata tempat itu secara berasingan adalah bertujuan untuk mengeruhkan lagi suasana di bandar Kuala Lumpur bagi menunjukkan tanda-tanda ketegangan."
- Tunku Abdul Rahman Putra



Nota Kaki : Kisah dari buku Mei 13 hasil tulisan oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Menang pun berarak dan tunjuk perasaan, kalah pun buat gak 'silent walk' dan perhimpunan haram. Begitulah kalau manusia udah tidak yakin pada qada' dan qadar serta tidak lagi percaya yang menang dan yang kalah itu sedang diuji oleh Allah. - Jumpa lagi!







No comments:

Post a Comment