03 May 2013

TERKENANG MUSIM PRU!

 
Salam Sejahtera! Pagi ne selepas Subuh sepatutnya aku berkayuh dengan kenkawan ke Sungai Pusu, Gombak. Sayangnya aku terpaksa batalkan hasrat untuk berkayuh, pasal peddel sebelah kanan basikal aku udah tanggal. 

  
Tokoh Pejuang Kemerdekaan! Masa yang terluang pagi ne, aku nak taip entri 'Terkenang Musim PRU' pada tahun sekitar 70'an sewaktu aku tinggal di Gombak, Selangor. Zaman remaja aku kat Gombak, waktu petangnya dihabiskan dengan bermain bola dan waktu malamnya lepak kat tembuk dengan kawan-kawan. Sesekali sempat gak aku membaca buku tentang tokoh-tokoh pejuang yang tidak didendang antaranya Ahmad Boestamam, Ishak Hj Mohamad, Dr Burhanuddin Helmy dan Ibrahim Yaakub.


Terkenang Musim PRU! Menjelang pilihan raya umum pada tahun 1974, suasana kat Gombak dan sekitarnya memang meriah. Kempen serta kain rentang dan poster calun mula digantung sepanjang jalan. Satu malam! Ketika aku lepak bersama kenkawan, si Karim ajak aku cari duit poket dengan menggantung poster. Kata si Karim, Pak Ciknya iaitu Cikgu Ishak  perlukan tenaga sukarela untuk berkempen bagi Parti Gerakan. Aku masa tu memang teringin nak cari duit, jadi aku setujulah menjadi pekerja sukarela untuk parti pembangkang.

Parti Gerakan! Masa tu (kalau tak silap aku) parti baru iaitu Gerakan di pimpin oleh Syed Hussin Al-Atas sebagai Presiden, Dr Lim Chong Eu dan Encik V. David sebagai Naib Presiden dan Dr Tan Chee Khoon sebagai Setiausaha Agong. Setiap malam, aku bersama rakan termasuk Karim menampal dan menggantung poster calun Dr Tan Chee Koon sekitar kawasan setingan dan perumahan di Jinjang. Masa tu Jinjang dan Kepong, 90% penuduknya adalah terdiri dari kaum Cina. Tak teringat pun pasal peristiwa berdarah 13 Mei 1969, sebab nak sangat duit upah tampal poster.



Hari Mengundi! Tiba pada hari mengundi, aku ditugaskan kat pondok pintu masuk Parti Gerakan di Batu 5, Gombak. Tugas aku ketika itu ialah memeriksa kad pengenalan pengundi yang mahu masuk ke dewan mungundi. Pada tengahari, aku diberikan sebungkus nasi campur bersama Teh O Ice. Masa tu tidak terfikir pun pasal nasi bungkus tu sumbernya halal atau haram. Waktu tu aku betul-betul jahil bab hukum hakam agama.
 

Aku Buta Sejarah! Bukan aku tak minat sejarah, atau tak minat baca buku, tapi waktu tu, aku tak jumpa pun buku yang bertajuk 'Sa-Belum Dan Sa-Lepas 13 Mei' tulisan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Bila aku selak dari muka surat 1 hingga muka surat 259, barulah aku tau siapa yang merancang dan mencetuskan kekacauan. Rupanya diorang udah merancang lebih awal dengan mengadakan provokasi, manaipulasi dan mereka-reka isu bagi membangiktkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan.

5 Mei Bukan 13 Mei! Taktik atau MO (modus operandi) pihak pembangkang pada PRU-13 ne pong lebih kurang sama macam 13 Mei 1969. Diorang ne copy jer!

Seperti yang di tulis oleh Nizam Yatim iaitu pihak pembangkang telah mendapatkan kerjasama beberapa pertubuhan kerajaan (NGO) seperti Tindak Malaysia dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). "Kekecohan yang dirancang oleh PKR dapat menerbitkan rasa tidak puas hati pengundi kepada SPR dan melengahkan lagi masa untuk membuang undi. Semua ini dilakukan bagi memberikan pandangan negatif terhadap SPR, selain mencipta fitnah dan kemarahan umum. Kumpulan ini juga akan sengaja membiarkan diri mereka 'diheret' oleh polis dan gambar-gambar tersebut akan disebarkan dengan cepat," - kata Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.



Nota Kaki : Tiada!


No comments:

Post a Comment