As Salam! Ini adalah sebahagian berita semalam mengenai sewa basikal di New York, pasal tragedi bot ekspres karam dan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang menentang Johor Darul Takzim dibatalkan.
CITI BIKE!
Apa kata kita baca dulu pasal orang New York sewa dan kongsi basikal. Program perkongsian basikal terbesar di Amerika Syarikat (AS) dilancarkan kelmarin, bermula dengan 6,000 buah basikal yang ditempatkan di lebih 300 buah stesen. Pihak pentadbiran disitu turut merancang memperluaskan program itu merangkumi sehingga 10,000 basikal di 600 lokasi di Manhattan, Brooklyn dan Queens.
Menerusi program tersebut orang ramai boleh menggunakan basikal dari mana-mana stesen selama 45 minit dan mengembalikannya di rak basikal yang disediakan. Bagi memastikan inisiatif itu berjalan lancar, pentadbiran bandar raya ini telah membina laluan-laluan basikal sepanjang beberapa ratus kilometer di sini.
Program yang dikenali sebagai Citi Bike itu bertujuan untuk promosi aktiviti berbasikal sebagai alternatif yang sihat dan mesra alam berbanding memandu kereta. Para penunggang basikal dikenakan bayaran tahunan sebanyak AS$95 (RM288.94) dan dibenarkan membeli pas basikal untuk 24 jam pada harga AS$10 (RM30.41) atau bayaran AS$25 (RM76.03) untuk harga pas basikal selama tujuh (7) hari.
Soalnya! Datuk Bandar Kelompo silih berganti tetapi pernah terfikir ker pasal nak buat program sewa basikal macam kat New York. Tentulah Datuk Bandar dolu udah ada idea dan telah berdebat pasal risiko kongsi basikal. Salah satu risikonya ialah kes kecurian basikal sewa dalam tempuh 45 minit. Nak tautak, orang Kelompo ne kalau curi basikal diorang jual sebagai besi buruk jer!
Nanti kalau orang New York tau pasal perangai orang Kelompo yang suka curi basikal sewa, tentulah diorang (orang New York) ketawa sampai pecah perut. Itu baru kes curi basikal, belum lagi kes ragut membabitkan penunggang basikal sewa, terutamanya kaum pompuan.
Putrajaya! Kalau kat bandar raya Kelompo tak boleh buat sewa basikal, pastikan kat pusat bandar seperti Putrajaya, Labuan dan Wilayah Iskandar (sebagai contoh), kena buat program 'Go Green' dan sewa basikal. Memang udah ada program seperti Kayuhan Ceria @Putrajaya pada setiap hari Ahad minggu keempat setiap bulan. Tapi acara camne rider kene bawak basikal sendiri kan!
BOAT KARAM!
Aha! Apa kata kita beralih tajuk pasal tragedi bot ekspres karam di Belaga, Sarawak. Kabarnya diorang ne nak balik kampung untuk meyambut Hari Gawai dan terpaksa naik bot walaupong udah penuh. Ramai penumpang terpaksa duduk atas bumbung bot pasal tempat duduk didalam bot udak sesak giler.
Kapasiti maksimum yang dibenarkan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak hanya membenarkan bot ekspres membawa 74 penumpang tetapi hari tu jumlah penumpang ialah 204 orang. Bot yang membawa lebihan penumpang tu, rata-rata tak pakai jaket keselamatan.
Kalaulah bot tu tak karam tentulah aku taktau rupanya, ada penumpang boleh duduk atas bumbung bot ekspres yang sedang bergerak di Sungai Rajang, Sarawak. Gambaran ne tak ubah macam orang Bangladesh duduk atas bumbung keretapi bila nak balik kampung beraya. Nasib dikira baik gak, pasal kalau ada service Air Asia di Belaga tidak mustahil diorang boleh berdiri dalam belon (kapal terbang) macam berdiri kat dalam LRT. Aku agak aja!
PIALA FA!
Piala FA! Cerita ne macam lawak aja bila lebih 7,000 penonton membanjiri kawasan trek padang Stadium Darul Makmur-malam tadi. Mana ada negara yang membenarkan penonton boleh lepak kat trek dalam masa perlawanan bola sedang berlasung. Ini bukannya nak tenguk konsert rock double trouble atau gelek M Daud Kilau Bro! Kalau udah ramai penonton ada kat kawasan padang, tidak mustahil diorang kencing berak kat situ. Tu belum lagi ada penonton yang hilang akal masuk padang dan serang pemain lawan. Macam-macam boleh jadi Bro!
Fuyooooo! Kali ne penyokong skud Tok Gajah datang ke stadium melebihi 60,000 orang, sedangkan kapasiti Stadium Darul Makmur hanya mampu diisi dengan 40,000 orang sahaja. Macam final pulak! Inilah yang Mat Salleh kat London tu kata, bola sepak kampung. Main nyer tak seberapa, kecoknya satu Malaya.
Mana Tak Kecoknya! Bola sepak Malaya ne hanya belegara-legar kat sekitar Malaya. Nak sampai ke peringkat Asia tentulah jauh panggang dari api. Kekadang kat Asia Tenggara pong terkial-kial, boleh pulak tu kalah dengan Indonesia, Thailand dan Myanmar. Team yang takde stadium macam Palestine tu pong belum tentu boleh menang.
Penonton! Kalau team yang disokong nampak macam nak kalah, mulalah buat provokasi. Padahal kekadang permainan masih lagi ada berbaki 45 minit. Baling sana baling sini dan ada yang sanggup bakar kerusi. Hilang rasa malu, kerana tipu-daya oleh syaitan. Pemain pong gitu gak! Bila rasa macam nak kalah mulalah nak menakek keting lawan. Terjadilah pergaduhan kan! kan! kan!
Bilalah Nak Maju! Dok aysik bergaduh kat padang. Orang lain main bola boleh jadi jutawan tapi kat Malaya ne hanya jadi sawan. Macam-macam piala ada, Piala FA, Liga Super dan Liga Perdana tapi pemain "Pe mai pe mai tang tu jugak". Yang lagi kelakar tu, ada satu piala tu besar sangat - mengalahkan piala segala piala bola sepak di dunia ne.
Nota Kaki : Kebanyakan pemain bola sepak (9o%) terdiri orang Melayu. Tu pasal aku kata bola sepak Malaya. Orang Cina, India, Banggali, Bajau, Iban dan Kadazan tak pandai main bola ke? Kalau nak jadikan bola sepak sebagai sukan industri dan popular, kenalah prestasi pemain berada pada tahap terbaik iaitu tahap bintang bertaraf dunia. Jangan hanya sekadar menjadi jaguh kampung. - Jumpa lagi! |
No comments:
Post a Comment