Assalamualaikum! Semuga kenkawan diluar sana sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya. Ketika kenkawan sedang membaca entri 'Peti Surat' ne, cuba pejamkan mata sekejap dan doakan setiap insan yang terlintas di fikiran kenkawan. Sesungguhnya mendoakan kebaikan untuk orang lain juga merupakan sedekah dan lafaskanlah doa yang baik tanpa orang yang didoakan tahu dirinya sedang didoakan.
PETI SURAT!
Dari dolu warnanya memang merah dan seperti mahu memberitahu bahawa didalam peti surat tersebut ada bermacam-macam perkara yang kita tidak tahu - ada kalanya kita akan menerima perkabaran baik atau ada kalanya menerima kabar sebaliknya.
Bisanya kita ke peti surat hanya mahu menjenguk bil-bil yang dihantar oleh posmen dari TNB, bil air, bil broadband statement dan sebagainya. Tetapi adagak kertas-kertas yang menumpang masuk kedalam peti surat seperti kertas dari ahlong, promosi dari kedai perabut atau dari restoran makanan segera.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, sentiasa menantikan surat dari kekasihnya. Kekadang surat yang diterima bukanlah semuanya kabar gumbira, ada gak kabar dukacita kerana menerima surat putus cinta atau putus tunang. Ada gak surat-surat yang tidak disangka seperti menerima surat dari makamah tinggi pasal perkara kebaankrapan atau surat dari Jabatan Hasil Dalam Negeri(JHDL) minta jelaskan pasal cukai.
KAWAN AKU!
Ketika aku menaip perengan ne, teringat aku akan beberapa rakan lama aku yang skrip kehidupan tidak cukup baik. Seorang rakan aku ne asalnya seorang pemuda dari keturunan India, punya pekerjaan tetap tetapi akhirnya menjadi penagih dadah tegar kerana salah memilih kawan. Selepas lebih 15 tahun, aku terima berita gembira iaitu pemuda India tersebut udah memeluk Islam dan berkahwin. Tidak lagi hisap dadah dan sekarang sedang berusaha mendekati masjid.
Seorang lagi rakan lama aku adalah lepasan Uitm. Tidak berminat kerja makan gaji dan masih solo. Skrip kehidupan rakan aku sorang nepun kurang cantik pasal umur makin meningkat, tiada pasangan hidup, tiada zuriat, tiada kwsp dan tiada pencen. Bayangkanlah bagaimana agaknya rakan aku ne nanti menghadapi hari tua!
BERDOA!
Kedua-dua contoh rakan yang aku ceritakan tadi ialah kerana ada kaitannya dengan rezeki, doa dan takdir Allah. Ustaz kata, kita sebagai hambanya kena berdoa kepada Allah, mohun diampunkan segala dosa, mohun taufik dan hidayah, mohun redha Allah dan mohun semuga di murahkan rezeki. Kita berdoa bukan semata-mata mahu Allah kabulkan apa yang kita minta. Kita berdoa kerana Allah suruh berdoa dan sama ada Allah mahu beri atau tidak, itu adalah hak Allah. Sambung Ustaz, kita berdoa kerana berdoa itu adalah ibadah.
Kata Ustaz lagi! Kita bersunguh-sunguh berdoa hingga berbulan-bulan, malah ada yang sampai bertahun namun masih belum juga Allah kabulkan. Janganlah bersedih! Allah maha bijaksana lebih mengetahui bila masa yang paling tepat untuk memakbulkan doa kita. Berdoalah dengan benar-benar ikhlas, jangan tergesa-gesa dan fahamilah apa yang dihajati.
Allaahu akbar! Allaahu akbar! Azan udah berkumandang, menandakan masuk waktu Maghrib. Kene save dulu, lepas tu publish, close dan akhir sekali shout down. - Jumpa lagi!
|
No comments:
Post a Comment