As Salam! Hari ini hari Jumaat bersamaan 3 Mei 2013. Tarikh yang tertera kat entri ne pulak ialah masih lagi 2 Mei 2013, ini bermakna tarikh sebenar lewat sehari.
Mimbar Jumaat hari ne berkisar pada PRU-13 yang semakin hampir dan meminta jemaah memilih calon yang sesuai. Mimbar juga beritahu janganlah nanti calon yang kalah jadi abu dan yang menang jadi arang. Samalah nanti seperti Pak Kadok menang sorak tapi kampung tergadai.
Lepas sembahyang Jumaat, jemaah diminta Solat Sunat Hajat untuk menyatakan permohonan kelancaran, kestabilan dan keamanan sempena PRU-13 kepada Allah. Terserah kepada Allah untuk mendengar dan menerimanya atau sebaliknya.
Sempat Kempen Lagi! Ketika aku nak keluar dari pagar Masjid, pergerakan aku terhalang pasal kat depan aku nampak ada beberapa orang BN berserta jurugambar sedang membahagi kad nama calon dan sebungkus nasi. Sampai giliran aku, diaorang bagi sekeping kad nama dan sebungkus nasi. Aku sempat salam tangan calon, ucap terima kasih pasal bagi nasi dan terus berlalu.
Nasi Bungkus! Ketika dalam perjalanan balik, aku terpandang poster wajah calun BN yang aku salam tadi. Rupanya beliau ialah En Chandran calon P114 : Kepong. Mulalah aku muskil, yang nasi bungkus ne sumbernya halal ke haram, pasal yang bagi nasi tadi pong mungkin dari kaum India.
Sepatutnya ketika nak kempen dan bahagikan nasi bungkus (lagi-lagi jemaah baru keluar dari Masjid) pastikan ada wajah Melayu yang beragama Islam turut serta. Ini tidak! Yang aku nampak tadi ada sorang wakil BN dari kaum Cina dan dua orang wakil dari kaum India. Mungkin ada wakil dari kaum Melayu kot, tapi aku tak perasan. Minta maaf lah ya!
Was-Was! Sesampainya aku kat sekitar kawasan perumahan, aku berhenti depan tong sampah. Aku bukak bungkusan plastik dan nampaklah satu bungkusan dibalut dengan kertas kuning yang mungkin nasi putih. Ada gak sabungkus kecil acar, sebungkus kecil mungkin kari ayam. Tidak jelas sangat! Mungkin jugak seketul kari ikan. Apapong aku terpaksa niat sedekah pada ulat, maka nasi bungkus tersebut pong aku campak ke dalam tong sampah untuk makanan ulat.
Darurat! Aku buang nasi bungkus bukan aku sombong atau aku suka membazir, atau aku tidak suka pada kaum India. Mana mungkin! Pasal hari-hari pong aku pekene teh tarik dan roti canai di restoran India tetapi India Muslim. Olih kerana masa ne bukan darurat, aku berhak memilih makanan yang sumbernya halal atau tukang masaknya dari kaum yang beragama Islam. Sekali lagi aku minta maaf pada kaum India dan En Chandran!
Siapa Aku Undi! Tempat aku mengundi ialah di sekitar Sungai Tua dan undi aku adalah rahsia! Jumpa lagi dientri bertajuk 'Terkenang Musim PRU'. Salam sayang dari MJ!
| | |
No comments:
Post a Comment