19 May 2013

REZEKI!





Fuhhh! Lega rasanya bila aku udah  sampai kat rumah. Dua tiga hari ne aku terpaksa menerima hakikat bahawa cuaca memang panas. Perjalanan balik dari Tg Malim ke Kelompo yang memakan masa lebihkurang satu jam setengah terasa macam lama disebabkan cuaca panas walaupun hawa dingin udah dipasang.

Petang Semalam! Pasal cuaca panaslah, kami berempat bersama emak mertua pergi ke Pizza Hut di Tanjung Malim nak pekene pizza sambil minum smoothies atau float (with a scoop of vanilla ice cream on top). 

Jam 0430 petang! Kami udah berada ditingkat atas Restoran Pizza Hut. Kami pesan ikut menu yang diberi iaitu float, soya bean, ice lemon tea dan orange juice. Vagetable pizza, green garden salad, soup of the day dan french fries. Sayangnya pelayan tu bagitau float takde pasal ice crem udah habis. Soya bean dan green garden salad takde gak walaupun ada kat dalam menu.

Pizza Hut! Setau akulah jenama pizza hut ne udah lama terkenal dan dikira sebaris dengan jenama seperti Kenny Rogers, Delifrance, Starbuck atau Secert Recipe. Walaupun nama udah terkenal tetapi masih gagal gak membuat persediaan menggikut menu, sedangkan ketika aku masuk tadi hanya ada dua keluarga yang sedang menjamu selera. Maknanya! Taklah sibuk sangat sehingga stock bahan mentah boleh habis.

Pasar Malam! Selesai menjamu selera di Pizza Hut, round kejap kat pasar malam. Ketika ini jam 0530 petang, orang udah ramai walaupun cuaca panas. Sekarang ne mungkin musim mangga berbuah dan ada lebih empat gerai yang menjual mangga. Kata orang kalau beli mangga musim panas ne, buah mangganya  manis. Entah ya entah tidak, tapi aku terpengaruh gak dengan harga RM04.00 sekilo. Belilah sekilo!

Tak lupa gak untuk anak buah, aku beli apam balik dan goreng pisang. Dalam perjalanan singgah di setesen minyak dan lepas tu singgah pulak di pasar raya kerana nak belikan barang-barang dapur (keperluan asas) untuk emak @makmertua seperti beras, tepung gandum, gula, garam, minyak tanah dan mineral water.

Rezeki! Udara dan cuaca panas petang tu adalah rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kami. Malah setiap makhluk-Nya udah lengkap, siap dengan ukuran dan sukatan rezeki sehingga hari kiamat. Masing-masing ada rezeki, baik mereka orang yang beriman dengan Allah atau sebaliknya.

Seperti kejadian di Pizza Hut, walaupun kami mempunyai wang yang cukup untuk menjamu selera tetapi bukan rezeki kami untuk minum air soya bean atau makan green garden salad kerana stock bahan mentah sudah habis. Begitu juga dengan wang yang kami bawa dalam beg duit(walet)itu memang milik kami tetapi bukan semua rezeki kami. Wang tersebut diberi kepada Pizza Hut, kemudian diberi kepada penjual buah mangga, penjual apam balik dan juga penjual goreng pisang.

Wang milik kami yang masih berbaki dalam walet, belum tentu rezeki kami. Memang betul itu adalah wang gaji yang kami terima dari majikan kami. Siap tertulis lagi nama, nombor pekerja dan jumlah gaji yang diterima kat payslip, tetapi wang gaji kami ini bukan semua milik kami. Lepas ne pulak kene bagi sikit kat stesen minyak dan lepas tu bagi pulak kat juruwang di pasar raya. Maksudnya dalam gaji kita ne ada rezeki untuk orang lain.

Ujian Dari Allah! Begitulah sedikit halnya pasal rezeki. Jika kita ditimpa musibah serta kerugian pada hakikatnya semua itu adalah ujian dan takdir dari Allah. Jika kita diberikan kekayaan dan pangkat pun itu adalah ujian dan takdir dari Allah. Apa pun yang berlaku pada sepanjang hidup kita, sudah Allah ketahui sebelum ia berlaku lagi. - Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment