UPTOWN BEACH RESORT! Pagi Ahad-28hb April 2013, Aku bersama Mawa, Majid dan Azahan melangkah keluar dari bilik penginapan menuju dewan makan untuk sarapan pagi. Ketika sampai di pintu dewan makan, aku lihat udah ramai pengghuni resort sedang menikmati sarapan pagi.
|
Teksi! Selesai pekene teh, 2 keping roti yang disapu dengan butter dan strawberry jam, aku keluar dari dewan untuk buat call kepada pemandu teksi semalam. Ketika aku buat call, jam tangan aku menunjukan kul 0840 minit pagi.
"Hello En Leong! U mari jam 0900, kita tunggu depan Uptown". "Ok!Ok! Saya mari jam 0900 atau 0910 minit. Lu tunggu dalam, nanti saya sampai saya cari sama lu orang", jawap En Leong. Waktu aku buat call, aku lihat Majid dan Azahan udah melintas jalan menuju pantai. Jarak antara tempat pengginapan kami dengan pantai terlalu hampir, dan aku boleh dengar deruan ombak menghempas pantai. |
|
Sementara menunggu teksi tiba, aku dan Mawa keluar dari lobby dengan tujuan untuk jenguk sekitar pantai. Aku pandang keliling, ramai gak tetamu resort udah berada di luar lobby bersama beg masing-masiang, kerana pagi ne diorang check-out. Tiba-tiba masuk sebuah teksi yang mirip wajahnya seperti En Leong.
"Helo manyak cepat mari. Baru jam 0850, tadi janji mau mari jam 0910", aku menegur pemandu teksi tersebut. "Takpa! Lagi cepat lagi bagus", jawabnya. "Tapi lu punya muka tara sama semalam punya". "Oooo...itu saya punya anak, mau pegi mana", soal pemandu tersebut.
"Lu cakap lu punya anak, tapi lu taktau kita mana mau pegi. Kita mau pusing satu pulau...sudah janji sama itu teksi driver, nanti dia mari", aku jawab. Dalam hati aku berkata-kata, yang apik Cina ne cuba nak kencing aku. "Sini naiklah! Sama juga, lagipun saya mali dulu", kata pemandu teksi tu. Beriya-iya sangat suruh kami berempat naik teksi dia keliling pulau. |
|
"Sorry! Kita sudah janji sama itu teksi semalam. Sikijam lagi dia cakap mau mali", aku bagitau Apik tersebut sambil gerak arah kepantai - pasal malas aku layan Apik penipu tu. Sambil aku klik sana sini, aku perhatikan Apik tu masih lagi nak racun si Majid dan Azahan. Lepas tu aku tenguk sibuk dia buat call, entah siapalah dia call.
Rupanya kat pulau ne pun sama gak! Pemandu teksi berebut pelanggan macam pemandu teksi kat Kelompo. Bersaing cara baik tak pelah, ini siap sampai potong Q, sama kaum dia pulak tu! Aku tau, mereka memang sukar dapat pelanggan pada hari minggu pasal kebanyakan tetamu pulau ne udah check-out. |
|
|
Kul 0900 pagi di Uptown! Teksi (En Leong) yang dijanjikan pun tiba. Aku lihat si Leong pergi bersemuka dengan Apik tadi. Lepas tu si Leong menghampiri kami. "Itu olang manyak jahat, dia mau luorang naik dia punya teksi". "Tak mau lah En Leong! Kita sudah janji sama Encik. Kalau naik itu teksi kita kensel la pusing-pusing pulau", aku acah aja pada si Leong. Si Leong pun jumpa balik si Apik yang keras kepala tu. Entah apa yang dibualkannya, lepas tu aku tenguk Apik tu gerak tinggalkan kami dengan muka mencuka.
|
Keliling Pulau! Teksi si Leong pun gerak meninggalkan Uptown menuju Teluk Nipah. Sambil pusing stering, si Leong pun pot-pet pot-pet cerita pasal Apik tadi. Ikut kata si Leong, memang macam nelah saban hari kat Pulau Pangkor. "Masing-masing mau cali makan, tapi ada driver teksi tara bagus. Dia tenguk wang besak selupa taya besak",kata si Leong. Aku tak faham sangatlah makna taya besak, mungkin yang dimaksudkan si Leong ialah "mata duitan kot!".
Teksi berhenti sekejap di Teluk Ketapang, untuk tenguk pelangi. Lepas tu gerak ke Turtle Bay dan berhenti kat Coral Bay. Aku perhatikan kat sini pasirnya putih lagi bersih dan ramai pelancung Mat Salleh. Lepas aku rakam beberapa photo, teksi pun gerak arah ke Teluk Nipah, melalui Rimba Camp dan berhenti di Pangkor Beach Island Resort.
Nota Kaki : Nanti aku sambung story keliling Pulau Pangkor kat entri seterunya iaitu singgah dikilang ikan bilis, lalu kat tukang boat, lalu kat Sungai Pinang, singgah Great Wall, lalu kat Pekan Pangkor dan singgah minum bersama si Leong di Restoran Hassan Kg Masjid. Akhir sekali kami singgah di Kota Belanda. - Jumpa Lagi dan sila klik di bawah ini Anda Mungkin Juga Meminati, di entri Bhg II - Aktiviti Pagi Ahad ( May 2013).
|
No comments:
Post a Comment