Mukadimah!
Jumaat Hari Ne! Balik dari Masjid, first aku nak panaskan air untuk minum petang. Sambil panaskan air, aku lihat lantai udah berabuk dan terus aku capai 'vacum' dynamica jenama Electrolux. Tugasnya hanya menyedut habuk, benang dan rambut. Body vacum ne memang comel lote tetapi takde lah secomel macam Kak Ton. Tau ker luorang siapa Kak Ton? Eleh! Taukeh make-up yang selalu muncul kat kaca TV dengan tag linenya "Comel tak Kak Ton".
Pset! Pseettt! Cerek air panas tadi udah menjerit minta apinya ditutup. Aku terus ke dapur, tutup api dan bancuh secawan kopi jenama dari Mahkota Dewa. First time aku minum kopi ne dulu kat kotaknya belum ada tulis Al Jannah. Sekarang ne mungkin diaorang kat kilang udah tambah kandungan dalam kopi ne, sepertimana yang tercetak kat kotak belakang. Isi kandungan (ingrediants) krimer bukan tenusu, kopi, gula, ekstrak herba mahkota dewa, ginseng, lempoyong, temulawak, goji, kayu manis, halia, buah pala, kulit manggis, mengkudu dan jerangau. Banyak kan campurannya!
Menteri Besar Baru!
Ha! Kali ne panjang sikit mukadimahnya. Yang nak di taip pasal Siapa MB Selangor, tapi dah melalut sampai ke Kak Ton dan kopi Mahkota Dewa. Kisahnya begini Bro! Selepas PRU-13, hampir semua negeri-negeri di Malaysia udah melantik Menteri Besar (MB) dan Ketua Menterinya seperti di Perlis MB baru ialah Azlan Man, Kedah pong MB baru iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir, di Melaka pulak (Ketua Menteri) ialah Datuk Idris Haron, di Johor MB barunya ialah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan di negeri Kelantan pun MB baru iaitu Datuk Ahmad Yakob.
Kekal Sebagai Ketua!
Perak pulak kekal sebagai MB iaitu Datuk Seri Zambry Abd Kadir. Begitu gak di Negeri Terengganu, sebagai MB iaitu Datuk Seri Ahmad Said, Negeri Pahang kekal sebagai MB iaitu Datuk Seri Adnan Yaakob dan Datuk Seri Mohamad Hassan sebagai MB Negeri Sembilan. Kekal juga sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng, Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah dan juga kekal Ketua Menteri Sarawak iaitu Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Siapa MB Selangor!
Pulak Dah! Apa dah jadi! Apa dah jadi! Sebaris ayat dari penyanyi S M Salim. Memang kecohlah kan kalau satu kapal ada tiga (3) Nakhoda atau ayat lain nak berebut jawatan Kaptain. Bukan calang-calang Kaptain Bro! Bukan Kaptain Restaurant atau Kapten Bola Sepak , tapi ne Kaptain bagi sebuah negeri yang paling kayo di Semenanjung Tanah Melayu.
DYMM Sultan Selangor sebagai ketua pemerintah bagi jajahan serta takluk negerinya yang terletak di pantai barat Semenanjung tu, terpaksalah menunggu dan terus menunggu siapa kah calon bagi Menteri Besar Selangor. Pulak tu penyandang MB Selangor lima tahun lepas iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Perlu di ingat iaitu walaupong Tan Sri ne dari PKR dan sama pulak nama hujungnya dengan Anwar Ibrahim, tapi diorang ne bukanlah adik beradik.
Kita undur ke belakang kejap! Pada Pilihan Raya ke-13 Ahad lalu, Pas dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN Selangor, manakala PKR pula hanya mendapat 14 kerusi. Kalau ikut kira-kira budak sekolah rendah, PKR udah kalah satu undi dan sepatutnya kerusi MB Selangor diserahkan kepada wakil PAS. Tapi sebab Tan Sri Abdul Khalid dikatakan mahu (bukan aku yang kata) mengekalkan jawatan Menteri Besar, tentulah wakil dari PAS dan DAP kureng setuju.
Calon yang di sebut-sebut untuk menduduki kerusi panas tapi empuk ne ialah Mohamed Azmin Ali (Pengerusi PKR Selangor) dan Dr Abdul Rani Osman dari Pesuruhjaya Pas Selangor. Kemelut dari Pakatan Rakyat ne kita tenguk ajalah dari jauh. Yalah! Bukan senang hoo nak dapat duduk kerusi panas ne. Macam minum kopilah, masa panas sedap dan kalau udah sejuk mananye sedap kan!
Alamak! Cakap pasal kopi ne, teringat air kopi mahkota dewa aku kat dapur yang masih ada separuh dalam cawan. Nak minum udah sejuk! Terpaksalah aku chillkan dalam peti sejuk. Sekianlah cerita aku petang Jumaat ne. Kepada blogger yang sering singgah terutama dari Kanta Lenca (Negara Brunei) dan dari Mountain View, California diucapakan terima kasih kerana membaca.
Mutiara Kata : Manusia yang tinggal diplenet ini pada umumnya mencari kehormatan, kesenangan dan kekayaan dengan jalan yang mudah. Mereka tidak mencari perbuatan yang baik atau mencuba mendapatkan kebaikan daripada orang-orang yang baik.
|
No comments:
Post a Comment