06 May 2013

CERITA @KEDAI KOPI!


"Jom ngeteh tempat biasa, kul 0900", ayat SMS yang aku terima malam tadi. Aku pun gerak arah yang dijanjikan iaitu Restoran Ali Maju, yang memang nampak maju pasal udah bertahun mamak ne ada kat sini. Time macam ne memang ramai kaum sedang pekene teh sambil bergosip!


Ketika aku melangkah masuk, kawan aku Farid, Bakar dan Johari telah pun sampai lebih awal dan diorang sedang menikmati roti nan bersama ayam tandori. Aku pulak pesan teh tarik, air suam dan sekeping tossei garing. Sambil makan sambil potpet - potpet pasal keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Keputusan Pilihan Raya (PRU-13)! Malam tadi telah diumumkan pembentukan Kerajaan Pusat sebaik-baik sahaja kedudukan 112 kerusi Parlimen dimenangi BN sebagai tanda menang majoriti mudah. Walaupong begitu, BN masih lagi gagal untuk menawan semula negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.


Popular Tapi Tewas! Menarik bagi aku ialah ulasan dari si Bakar pasal calon popular tetapi tewas seperti Raja Nong Chik (P-Lembah Pantai), Mohd Ali Rustam (P-Bukit Katil), Saifuddin Abdullah (P-Temerloh), Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah. Begitu gak dengan Mohamad Sabu (P-Pendang), Salahuddin Ayub (P-Pulai) dan Dr Haron Din di Parlimen Arau.

Tewas gak calon dari PKR seperti Saifuddin Nasution (P-Kulim), Mustaffa Kamil (P-Pasir Salak) dan Husam Musa di Parlimen Putrajaya. Tambah si Bakar lagi, "Jangan lupa! Penyanyi Tengku Intan @Dayang Ku Intan (PKR), Herman Tino (Bebas) dan Wan Aishah Wan Ariffin (Pas)- diorang ne pun popular gak tapi tewas". Kami bertiga pun tergelak, tapi tak taulah apa yang kelakar sangat. Mungkin gelak tenguk gaya si Bakar yang beriya-iya nak bagitau pasal bekas tiga penyanyi tu tewas.

"Aku respeklah pada penyanyi Wan Aisah", tiba-tiba Johari bersuara. "Apasal pulak?" soal si Bakar hairan. "Yalah! Kau tenguk betul-betul, si Aisah boleh dapat undi 22,495, banyak tu!. Sikit lagi Mohd Isa tewas". Kami serentak ketawa dan kali ne gelak kami sedikit kuat. Pelanggan yang duduk kat kiri kanan kami toleh sekejap, mungkin tekejut kot!



"Shittt! Perlahan Sikit Bro
", bisik si Farid. Bual bicara dan analisa politik kedai kopi diteruskan. Kata si Bakar, BN cuba pulak letakan calun muda seperti Daniel Wa Wai How-25 tahun untuk Dun Keranji, tapi tewas gak dengan calon DAP. Pengundi Cina takkan nak undi BN walaupun BN letak calon dari kaum Cina. Begitu juga dengan meletakan calon Mohd Shamsul Yusof, pemilik Sekolah Tahfiz di Dun Pasir Tumbuh dan calon Fatul Bari Mat Yahya (Pengerusi ILMU) bagi Dun Sanglang, dua-dua pong tewas.

Ini Kalilah! Adalah cogan kata dari Pakatan Pembangkang terutama dari PKR dan DAP yang terdapat di kain rentang dan facebook serta blog. Si Farid yang selama ini mendiamkan diri, tiba-tiba nak bersuara gak! "Lain kalilah" Kami bertiga senyum dan si Farid terus menganalisa cubaan Pakatan Pembangkang nak rampas Putra Jaya.

Kata Farid, kalaulah ditakdirkan pada PRU-13 ne, Pakatan Pembangkang yang memenangi kerusi Parlimen sebanyak 133 dan sebaliknya BN hanya dapat 87 kerusi, agaknya Anuwar Ibrahim (PKR) tentu jadi PM, Haji Hadi Awang (PAS) TPM I dan Lim Kit Siang (DAP) pegang jawatan TPM II. Agak-agak Malaysia ne jadi Negara Islam tak seperti yang diperjuangkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz (MB Kelantan). "Belum tentu lagi Bro!". Tak sempat kami bertiga nak bukak mulut, si Farid sambung bicara lagi.
 

Perlaksaaan hukum Hudud! "Kita kene tenguk, siapa dibelakang Anwar Ibrahim selama ini. Bukan Tok Guru Nik Abdul Aziz dan bukan jugak Lim Kit Siang". Farid terus potpet - potpet pasal pengundi Melayu yang nak perubahan iaitu mahukan negara berlandaskan Islam dengan slogan 'Membangun Bersama Islam'. Bagaimana pulak penerimaan pengundi kaum Cina (DAP) terhadap  cadangan negara Islam termasuk sistem perundangan Islam iaitu Hudud. Tentulah kaum Cina DAP takut! Lantas mereka (DAP) pong cuba nak rampas Putra Jaya dan nak jadikan Malaysia seperti Singapura.
 

"Boleh caya ke cerita kau ne Farid?". Soal Bakar, sambil bangun dan bagitau kenkawan yang dia nak balik dah. Masing-masing tenguk jam dan jarum udah menunjukan kul 11.45 malam. Tak sangka! Kami berempat udah 3 jam lebih lepak kat kedai Mamak hanya kerana nak mengeteh!

Makan minum malam ne ditanggung beres oleh si Bakar. "Terima kasihlah belanja kami Bakar, lain kali smslah kalau nak pekene teh." Empat-empat penganalisa politik kedai kopi pong ketawa. Hahaha!



Nota Kaki : "Hukuman hudud ini bukan ciptaan PAS, bukan ciptaan Tok Guru, bukan ciptaan Nabi Muhammad, tetapi ciptaan Allah. PAS melaksanakannya kerana ia adalah arahan Allah. Seumpama solat dan ibadah-ibadah lain yang wajib. Kalau (hukuman) gantung, dapat pula dilaksanakan. Di Malaysia ini hukum gantung buat, (tetapi) orang tidak bising, kerana apa? Kerana orang Eropah yang buat. (Tetapi hukuman) hudud ini orang Eropah tidak buat. Kita sudah terpaku dalam kepala, sikit-sikit orang Eropah." - Dari Buku Pemikiran Tuan Guru, Nik Abdul Aziz Nik Mat

No comments:

Post a Comment