02 May 2013

BHG III - Keliling Pulau Pangkor



"Ke mana kita lepas ne?" Soal Azahan kepada En Leong yang dari tadi asyik bercakap pasal PRU-13.

"Kita pegi Teluk Dalam, sana ada plojek kelajaan tara jadi punya. Dulu mau bikin Restolen Terapung. Taktau apa had, sikalang itu tempat sudah banyak losak."


Teksi yang dipandu si Leong melepasi papan tanda Teluk Dalam yang papannya dibalut dengan plastik lambang dacing. Si Majid pulak memang suka bertanya kat Leong.

"Lu ingat sapa boleh menang ini Pulau Pangkor, BN
ka atau PKR."

"Hayaaa! Mestilah itu Menteli Besak. Lu tenguk sini tempat manyak gambar Zambry". Sambil menunjukan poster wajah Datuk  Seri Dr Zambry yang digantung sekitar Teluk Dalam.

"Tapi itu gambar PKR pun ada banyak. Saya ada nampak dekat pekan Pangkor semalam. Sini PKR pun ada kuat jugak". Balas Majid, saja-saja hendak menduga si Leong.

Si Leong tidak menjawab soalan Majid, mungkin otaknya sedang berfikir akan kebenaran kata-kata Majid tadi. Pulak tu, PKR di pulau nie disokong oleh DAP.

"Sikalang kita stop
sini
, tenguk ini tempat." Teksi pink berhenti betul-betul dihadapan pintu masuk ke Restoran Terapung. 


"Lu tenguk! Ini plojek manyak besak tapi ini tempat talak olang mali", si Leong terus membebel pasal projek yang menjadi gajah putih. Walaupun tempat ini bukan sebahagian lokasi yang patut dilawati oleh pelancung, tapi dapat juga aku merakam sekitar Restoran Terapung.


Selesai tenguk bekas restoran terapung yang terbiar kaku, teksi bergerak melepasi kawasan lapangan terbang, tempat membuat boat nelayan dan teksi akhirnya berhenti di kilang ikan bilis.

"Sini boleh beli ikan bilis ala sikit mulah." Bisik Leong sambil berjalan menuju tandas.


Kami berempat masuk ke-dalam kedai dan kelihatan ada beberapa pelacung sedang membeli belah di sini. Aku  beli sedikit ikan bilis dan ikan masin sebagai buah tangan, untuk ziarah Tok Sidang Hj Omar di Bagan Datuk nanti. Begitu juga dengan isteri aku si Mawa, beli sikit keropok ikan untuk diberi kepada kenkawan pejabat.  


Selesai beli belah, teksi terus meluncur membawa kami melalui pekan lama Sungai Pinang. Ikut info yang si Leong bagitahu, kebanyakan penduduk pekan nie adalah dari kaum Cina. Mereka terdiri dari nelayan, peniaga dan pembuat kopi. Ketika teksi melintasi pekan, aku nampak ada Balai Polis dan sebuah Masjid.

"Eh Leong! Sini ada masjid, siapa sembahyang sini?" Soal si Azahan.

"Itu Melayu kampung sebelah mari sini sembahyang. Sini, Cina sama Melayu ada baik maa."


Great Wall! Teksi pink sudah semakin menghampiri pekan Pangkor, tapi si Leong beluk pulak ke kanan sambil bagitau kalau kami berminat hendak melihat-lihat great wall.

"Waah! Kat
Pangkor pun ada Great Wall"
  usik Mawa. Dapatlah aku merakam mini great wall dan tenguk ikan besar  dalam tasik. Pusing-pusing kat taman great wall dan tekak pun haus! Lepas bersiar-siar di taman mini, aku hendak ajak si Leong singgah minum di Restoran Hassan.



Kami tinggalkan mini great wall! Teksi yang dipandu Leong melintasi rumah kedai di pekan Pangkor. Nampaklah bebudak kayuh basikal sambil bendera BN tergantung di belakang basikal. Dari raut wajah budak-budak tersebut nampak happy sahaja,  mungkin tidak ada gangguan dari bebudak PKR dan DAP agaknya. Macam yang Leong cakap tadilah, diorang hidup kat pulau nie, baik Cina dan Melayu sentiasa berbaik sangka, hormat menghormati antara satu sama lain. Kira muhibahlah gitu!


Jam 1115 pagi! Kami berhenti minum di Restoran Hassan  yang lokasinya di-Kampung Masjid. Azahan dan Majid makan nasi campur. Mawa pulak pesan laksa dan aku mintak roti bakar dua set untuk si Leong sekali. Selesai minum aku ta'pau pulak dua bungkus nasi campur untuk makan tengahari dalam bilik  penginapan nanti. Malas dah hendak keluar!


Kota Belanda! Selesai minum kami gerak masuk ke perkampungan Melayu menuju Kota Belanda. Sambil aku merakam pemandangan sekitar peningalan penjajah, kedengaran si Majid mempertikaikan susunan ayat di papan tanda.

"Barisan ayat yang salah nie pun diorang tak tukar. Sepatutnya begini ...............!"


Teksi yang kami tumpangi telah pun meninggalkan Kota Belanda menuju Uptown. Aku bayar seperti yang dijanjikan iaitu RM 70.00 untuk jalan-jalan selama dua[2] jam termasuk tugas Encik Leong sebagai pemandu pelancung gitu! Selesai sudah aktiviti kami keliling Pulau Pangkor. Terima kasih En Leong! 



No comments:

Post a Comment