Selamat Petang!
Izinkan aku mengisi ruangan
diatas ini dengan mutiara kata :
"Sesiapa yang tidak ingin berkenalan
dengan kesusahan dan kedukaan serta
ingin merasa tenteram, hidup sederhana, bergaul sederhana dan menjauhi perkara yang dibenci oleh perasaan sendiri...
Sentiasalah mengawal dari mengeluarkan
kata-kata yang tidak menyinggung perasaan orang lain. Hendaklah baik sangka
kepada orang lain, jangan cemburu, jangan dengki dan jangan membuka rahsia keburukan orang lain. Juga jangan menfitnah
dan menyebarkan kabar yang belum tentu
terbukti kebenarannya"
BERITA I-RAGUT!
Hari ini berita muka surat 11, yang aku petik dari akbar Kosmo iatu kisah tindakan berani seorang pemandu kereta merempuh motosikal dinaiki dua peragut yang cuba melarikan beg tangan seorang wanita yang kene ragut dipersimpangan lampu isyarat di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berhampiran Bandar Puteri Pucong. Sebelum kejadian pada pukul 10.15 pagi, Andy Kho 36, berkata yang dia memandu kereta berhenti bersebelahan kereta dipandu seorang wanita bagi menunggu giliran lampu isyarat.
Bagaimanapun, sejurus selepas berhenti di persimpangan itu, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki berhenti di antara keretanya dan kereta yang dipandu wanita itu. Secara tiba-tiba, pembonceng motosikal itu memecahkan cermin tingkap sebelah tempat duduk penumpang hadapan kereta wanita itu menggunakan besi pengunci stereng kereta.
Andy yang melihat senario (bukan rancangan sinario TV3) itu tanpa berfikir apa-apa bertindak memandu keretanya lalu merempuh motosikal yang dinaiki peragut itu sehingga mereka terjatuh. Kedua-dua peragut terus bangun dan melarikan diri ke dalam semak berhampiran.
BERITA II-BLACK PANTHER!
Cubaan kumpulan pengganas Sulu menceroboh kawasan pantai timur Sabah. Aku ulang balik ya! Pantai Timur Sabah bukan Pantai Timur Semenanjung, berakhir ekoran penahanan dua buah bot dinaiki sekumpulan 25 lelaki yang membawa bersama pelbagai senjata oleh pihak berkusa Filipina.
Pulau Simunul yang terletak kira-kira 144 kilometer dari Semporna, Sabah merupakan salah satu lokasi yang menjadi kawasan persembunyian dan pencerobohan puak pengganas Sulu yang sebelum ini telah menawan kampung Tanduo di Lahat Datu.
Sumber itu berkata, kumpulan 25 lelaki yang dipercayai dalam rancangan menceroboh Sabah diketuai oleh Hj Asak Alimuddin seorang lelaki berpangkat kolonel dalam pasukan Black Panther Briged. Kolonel yang berusia 50-an itu turut dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Pemimpin Puak Sulu, Jamilul Kiram III.
BERITA III-MAJLIS KAHWIN!
Berita yang ketiga (3)ne, bukannya dari akbar Kosmo! Ini hanyalah diari aku pasal udah menerima empat keping (4) kad undangan Majlis Perkahwinan di sekitar Kelompo dan Lembah Kelang. Yang menariknya, ke empat-empat jemputan tersebut sama tarikh iaitu hari Ahad, 26 Mei 2013.
Eh! Silaplah, satu kad jemputan tu hari Sabtu, 25 Mei 2013 bersamaan 15 Rejab 1434 Hijrah. Majlis yang akan diadakan di Dewan Dato' Jamil Ahmad, Kem Perdana Sg Besi, Kelompo.
Hari Ahad (26/5/2013) pulak, jemputan dari En M Salleh dari Taman Fadason off Jalan Kepong, Kelompo. Lagi satu jemputan dari En Nasir Daud yang akan mengadakan majlis dikediaman beliau di Balai Bomba Jalan Jelatek, Kelompo. Yang last sekali jemputan dari adik Midah dari Sg Buloh, Selangor.
Tiada Nota Kaki Salam Sayang dan Jumpa Lagi!
|
No comments:
Post a Comment