25 June 2014

MENJELANG RAMADAN


Assalamualaikum!

Macam biasa, sebaik sahaja bulan Ramadan hampir tiba, Masjid dan Surau telah membuat persediaan awal seperti mengadakan gotong royang bersihkan kubur, bersihkan Masjid  atau mendapatkan sumbangan melalui kutipan rumah ke rumah. Ada juga Surau yang mengadakan majlis bacaan Yassin dan Tahlil Arwah ketika malam Jumaat sebelum 1 Ramadan 1435H.

Bagi peniaga pasar Ramadan pula, mereka telah merancang 'apa barang' yang hendak dijual, malah peniaga-peniaga tersebut udah pong mendapat tapak berniga melalui udian yang dibuat sebulan yang lalu. Bagi mereka yang tamak untuk mendaptkan tapak-tapak pasar Ramadan, mereka menggunakan banyak nama, termasuk nama-nama adek beradik, saudara-mara atau istilah lain kira macam kronilah!
 

Menjelang Ramadan, ada gak yang sanggup menyeludup keluar barang-barang keperluan seperti minyak masak, tepung dan gula ke negara jiran. Ketika mahu memasuki negara semula, mereka akan menyeludup masuk barang terlarang seperti mercun dan bunga api. Bagi penyeludup tegar pulak, bulan Ramadan adalah bulan yang paling sesuai untuk menyeludup barang-barang terlarang kerana bagi pendapat mereka, pihak berkuasa yang mengawal pintu sempadan tentu keletihan kerana berpuasa.

Letih memanglah letih, namanya pong puasa. Apapong, sempadan negara wajib dikawal ketat bagi mengelak penyeludupan masuk barang larangan bukan setakat mercun tetapi barang lain termasuk senjata api, penyeludupan manusia, dadah, arak, rokok dan pakaian berjenama tiruan.

Jika pintu masuk sempadan, kawalan udah dipertingkatkan tetapi masih ada lagi kedengaran bunyi dentuman mercun dan bunga api ketika menjelang Aidulfitri, ini bermakna barang tersebut mungkin sudah diseludup melalui pintu masuk atau jeti-jeti persendirian.


II- Sebagai ibu bapa pula, tanggungjawap membesarkan anak-anak adalah amanah daripada Allah dan ia bertanggungjawab terhadap amanah itu di akhirat nanti. Menjelang Ramadan ini, ibu bapa bukan sekadar menyediakan pakaian baru untuk anak-anak tetapi memerhati kecenderungan mereka terhadap mercun dan bunga api.

Biasakan anak-anak menjalani cara hidup Islam dengan memberitahu bahawa membeli mercun dan bunga api itu adalah satu pembaziran dan pembaziran itu pula adalah kerja syaitan. Dididklah anak-anak mengenai bahayanya bermain mercun sehingga boleh mencederakan anggota badan, mengancam keselamatan dan harta benda.

Anak-anak hendaklah sentisa diawasi dan dilarang bergaul dengan kawan-kawan yang buruk akhlaknya. Elakkan mereka bergaul dengan mereka-mereka yang telah dibiasakan dengan kemewahan seperti memakai pakaian yang mahal, suka membazir dengan bermain mercun atau tidak menutup aurat dan sebagainya.

Biasanya, minggu pertama Ramadan Surau dan Masjid akan turut dipenuhi dengan anak-anak kecil. Anak-anak ini selalunya ada ketua dan kumpulan masing-masing. Mereka yang nakal dan tidak diawasi oleh penjaganya akan berlari sesuka hati, bergurau, ketawa dan ada yang menangis kerana kene buli dengan ketua kumpulan.

Jika ada anak-anak yang nakal, ibu bapa kene melatih mereka dengan perasaan malu iaitu malu melakukan perkara yang keji dan nasihatlah anak-anak dengan kasih sayang. Laranglah anak-anak daripada bersumpah sama ada benar atau salah kecuali didalam keadaan darurat. Ibu bapa hendaklah sentiasa mendoakan anak-anak agar menjadi soleh dan solehah dan jangan sesekali memaki atau menyumpah mereka kerana dikuatiri sumpahan itu akan menjadi satu doa pulak. - Sekian, Wallahukalam!

23 June 2014

WALIMATUL URUS SYAFIQ & SHIMA



Ahad, 22 Jun 2014

I- Jam 1230 tengahari aku dan isteri udah sampai di Keramat Mall dimana akan berlansungnya Majlis Walimatul Urus pasangan Syafiq dan Shima. Sebaik memasuki dewan kami disambut oleh keluarga pengantin iaitu  Fauzi @Ariff bin Tan Sri Ahmad Razali serta isteri dan anak-anak beliau.

Ketika
aku bersama isteri beratur di meja buffet, aku perhatikan baru separuh dewan dipenuhi tetamu. Di sebelah meja buffet ini (main course) aku lihat ada meja dessert yang menyediakan minuman panas, bread pudding, tapai dan kueh-muih. Selepas tu ada meja cendol dan akhir sekali sebuah basikal warna merah yang menyediakan ice cream.

Bercakap
pasal tujuan perkahwinan ini, ia adalah sifat manusia dimana Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai sunnah para rasul untuk melahirkan rasa saling cinta mencintai, saling bekerjasama dan bantu-membantu untuk mendidik keturunan. Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenangan jiwa.

Islam
mengajar agar keluarga dan rumah tangga menjadi pelabuhan yang aman serta sedia berbincang dalam semua hal, baik hal gembira mahupun hal kesulitan yang dihadapi. Perkahwinan yang disyariatkan Islam, selain keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat.


II-
Aku bersam isteri masih lagi berada di dalam dewan sambil menanti kedatangan Kak Ana, adek Majid, Midah dan Misah sekeluarga. Sebagai halua telinga, dewan dihiburkan dengan alunan bunyi caklempong oleh sekumpulan remaja.

Alunan
bunyi caklempong berhenti. Tetamu diberitahu iaitu waktu solat Zuhur akan masuk sebentar lagi dan surau ada diluar dewan. Tidak lama kemudian rakaman azan berkumandang didalam dewan. Bagi aku, inilah kali pertama majlis Walimatul Urus berjaya di urus menggikut cara Islam dengan memberitahu kepada tetamu tentang masuknya waktu solat fardu Zuhur. [Mj]- Alhamdulillah! Udah ada perubahan dalam menguruskan Majlis Walimatul Urus. Semuga yang lainnya dapat mengikuti aturcara majlis seperti ini.



Diluar
dewan kedengaran paluan kompang. Kelihatan rombongan pengantin sedang berjalan masuk ke dalam dewan dengan di iringi bacaan selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW. Pasangan Syafiq dan Shima berhenti di pintu dewan dimana kedua mempelai ini bersalam dan mencium tangan ibu bapa mereka.

Setelah
kedua mempelai duduk diatas pentas pelamin, doa dibacakaan dan diikuti dengan ucapan terima kasih oleh Fauzi dan isteri beliau. Sehingga selesai upacara diatas pentas pelamin, hanya Majid yang udah sampai, yang lainnya masih on the way kata mereka ketika aku terima SMS. 

Jam
1415 petang, barulah adek beradik aku tiba. Aku tinggalkan Malis Walimatul Urus pada jam 1430 petang, ini bermakna aku dan isteri udah berada didalam dewan selama dua jam.
Apapun, kami ucapakan terima kasih kepada Fauzi sekeluarga kerana menjemput kami datang ke Majlis Walimatul Urus Syafiq dan Shima dengan iringan doa restu, semuga rumahtangga kedua mempelai bahagia hingga keakhir hayat. Amin Ya RabilAlamin!





PAYA DATUK, ALOR GAJAH-MELAKA




Assalamualaikum!


Setiap hujung Minggu pasti ada sahaja aktiviti luar, misalnya seperti minggu lepas, aku tidak dapat turut serta dalam mesyuarat Surau dikawasan kejiranan aku kerana aku bersama adik beradik kene pergi ziarah dan bersihkan kubur arwah ibu dan arwah ayah.

Pada Sabtu lepas pulak, aku bersama isteri pergi ke rumah pasangan Amir dan Ayu di Paya Datuk, Alor Gajah, Melaka. Tujuan ke Paya Datuk kerana hendak menjemput emak mertua yang udah hampir dua minggu tinggal di situ. Selepas ne nanti, ibu mertua kene tinggal dulu diKolompo selama seminggu sebelum dihantar balik ke kampung. Takleh lama-lama tinggalkan kampung, rindu sangat dengan anak cucu, ayam itek di kampung katanya
!

Jam
0700 pagi, kami tinggalkan Kolompo melalui Tol Sungai Besi menuju lebuhraya Utara-Selatan. Waktu dijangka tiba di Alor Gajah ialah jam 0900 pagi itupong kalau memandu tanpa henti dengan kelajuan yang biasa-biasa sahaja. Pasal kami belum sarapan lagi, kami cadang untuk singgah di R&R Nilai tetapi tak ada ruang pakir. Perjalanan diteruskan dan kami berhenti untuk sarapan di R&R Seremban.

Kami
sampai di pekan Alor Gajah dan terus singgah di pasar untuk membeli barang keperluan untuk makan tengahari. Kat pasar ne kami beli pisang muda untuk dibuat sayur masak lemak. Ulamnya pulak petai rebus dan pisang emas sebagai pencuci mulut. Kebetulan pulak Si Amir dan Ayu pong baru sahaja balik dari shopping kat pasar borong!

Jam
1130 pagi, aku lihat si Ayu udah mula sibuk di dapur dengan menyediakan menu makan tengahari sperti ikan keli bakar, air asam, ayam goreng, masak lemak pisang muda, petai dan lawannya tentulah sambal belacan. Si Amir pulak, pergi ke belakang rumah, mungkin cuba mengait beberapa biji kelapa muda untuk dijadikan minuman penghilang dahaga.

Aku
  pergi ke-belakang rumah dengan ditemani sabuah pocket kamera warna silver jenama Olympus. Di belakang rumah Amir ne ada sebuah rumah kambing yang agak sederhana besarnya. Ketika aku sampai, aku lihat si Amir masih lagi mengait buah kelapa muda dan didalam rumah kambing pulak aku lihat si Zahid sedang memberi kambing-kambing makan manakala anak bongsu si Amir yang berumur dua tahun sedang bercakap dengan anak kambing. [Mj]- Entah apalah yang dibualkan, aku sendiri pong tak faham!

Selain
memelihara kambing, Si Amir juga ada bela ayam kampung dan beberapa ekor ayam serama. Jika dilihat pada sisi lain, kelihatannya si Amir dan Ayu agak sibuk dengan kerja-kerja harian mereka seperti menghantar dan mengambil anak dari sekolah, memberi makan kambing dan ayam. Pulak tu kata si Amir, sejak kebelakangan ne mejadi pulak kambing-kambing peliharaannya.
[Mj]  Alhamdullilah. Rezeki dari Allah!

Rezeki!
Memang nampak susah kerana si Amir hanya bergantung pada duit pencen tentera. Si Ayu pulak, yang berkelulusan dalam bidang Komputer dari UiTM Shah Alam terpaksa berhenti kojer kerana hendak menjaga anak-anak yang memerlukan perhatian terus dari ibunya. [Mj] Apapong, kita patut bersyukur kerana dalam kesusahan itu, rezeki masih lagi diberikan oleh Allah. 

Rezeki yang Allah beri itu tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit atau emas permata. Anak yang ramai itu juga rezeki. Pulak tu, udah dua orang anak pompuan si Amir sambung belajar hingga ke-Universiti. Seorang di UiTM Johor dan seorang lagi sambung belajar di UiTM Terengganu. Allah berikan rezeki kepada anak-anak, kepada binatang-binatang peliharaan, pada tanah yang subur, pada pohun buah-buahan disekeliling rumah, ada yang sedang berputik dan ada pula yang sedang berbuah. [Mj] Rezekilah tu!

Semasa aku menaip perenggan ini, teringat aku akan buku yang pernah aku baca bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Fathuri Salehuddin. Dalam buku tersebut, bab 01 muka surat 02 ada menyatakan bahawa "Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk'.

Kata Fathuri,
tafsiran diatas tadi telah mengubah persepi beliau terhadap rezeki. Sebelum ini, beliau beranggapan yang dipanggil rezeki itu tentulah yang baik-baik sahaja. "Bererti apa sahaja yang kita rasakan menfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil menfaat daripadanya, (walaupun milik kita), bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain."
Dalam buku tersebut juga ada menyatakan bahawa 'menjemput rezeki' sebenarnya lebih mudah berbanding 'mencari rezeki'. Apakah kaitan rezeki dengan usaha? Apakah rezeki boleh bertambah atau berkurang? Dan paling utama adalah, apakah cara sebenar menjemput rezeki sebagaimana janji Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. (Ath-Thalaq 65:3) - Wallahuaklam!
0


17 June 2014

BOLA, JUDI & SIJIL SAKIT



Jumaat,
20 Jun 2014

Jam
dinding, jarumnya udah menunjukkan jam 2205 malam. Aku ketika ini berada dalam bilik bacaan sambil mengadap screen komputer. Tajuk entri Bola, Judi & Sijil Sakit telah aku posted pada 17 Jun tetapi aku tidak dapat menaip storynya kerana kengkangan masa.

I- Malam ini,
pastinya aku dapat meneruskan cerita pendek ini tanpa gangguan dari kenkawan yang sering mengajak aku ngeteh di restoran mamak sambil berbual kosong. Walaupong, demam Bola Sepak Piala Dunia
melanda dikawasan kejiranan aku, tetapi tahun ini aku tidaklah kemaruk sangat untuk menonton perlawanan hingga boleh menjejaskan kesihatan aku.

Ketika ini, lebih tiga suku daripada penduduk  dunia menonton Kejohanan Piala Dunia menerusi siaran TV atau yang berduit pulak, akan terus terbang ke Brazil. Setiap empat tahun sekali, pasti ada negara-negara yang melobi, mahukan negaranya menjadi tuan rumah kerana ada lubuk duit disitu.

Bermula dengan hak penyiaran berlesen, perang publisiti, nilai iklan-iklan yang jumlahnya berbilion ringgit, kemasukkan pelancung, jualan cenderamata, hinggalah kepada gila mahu menjulang Piala Dunia. Matlamat mereka bukan sahaja mahu menjadi juara tetapi mahu dilihat sebagai sebuah negara yang mempunyai semangat nasionalisme, hebat, ada pengaruh dan berkuasa.

Selepas Perang Dunia Kedua tidak ada lagi perang yang lebih besar melainkan perang ke atas negara-negara yang memiliki telaga minyak kerana mereka mahu memperlihatkan kepada dunia, siapa yang hebat dan siapa yang berkuasa sebagai polis dunia. Bola sepak juga begitu, negara-negara tertentu mahu mempamerkan kehebatan, tektik, teknik,  minda dan ketahanan stamina. Negara yang kuat atau memiliki ramai bintang tidak semestinya menang kerana alasan klise iaitu bola itu bulat.



II- Pulangan
keuntungan daripada kegilaan pesta bola sepak ini bukan sahaja dikaut oleh Brazil tetapi tempiasnya juga kepada kaki-kaki judi diseluruh dunia. Walaupong kegiatan tersebut tidak menyalahi undang-undang di kebanyakan negara luar tetapi di Malaysia ia merupakan satu kesalahan besar.


Setiap kali musim Piala Dunia, pasti ada yang bertaruh secara terbuka atau melalui pertaruhan online. Ada juga orang Melayu yang bertaruh secara sembunyi iaitu bertaruh dengan kawan-kawan sepejabat dengan taruhan yang  melibatkan wang antara RM10 hingga RM100. [Mj] - Orang Melayu itu tahu bertaruh itu judi dan judi itu haram tetapi masih gak terikut-ikut  budaya bukan Islam, alasan kononnya bertaruh sekadar untuk suka-suka!
 


III- Pasukan Malaysia yang asyik gagal layak ke Piala Dunia hanya mampu menjadi penonton dan kebanyakan orang Malaysia pulak adalah penonton yang memang layak digelar lalang seperti yang disiarkan oleh sebuah iklan di TV. Orang Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum akan duduk semeja digerai, restoran atau cafe sambil meneguk teh tarik dan sesekali bersorak, menjerit atau menghentak meja.

Oleh kerana tidak ada pasukan dari Malaysia, peminat bola sepak tempatan mula menyokong negara lain yang memperlihatkan betapa rendahnya semangat nasionalisme dan semangat patriotisme bangsa Malaysia. Jika sekalipong kita ini peminat bola sepak, tidaklah sampai terlalu fanatik hinggakan kita terpaksa bersengkang mata, padahal esuk kita kene kerja. [Mj] - Apa salahnya kalau kita tenguk  siaran ulangan!
 


Paginya, mulalah terlajak tidur dan terpaksa mengambil cuti sakit atau ponteng. Jika tak dapat cuti sakit terpaksa gak datang ke tempat kerja dalam keadaan tidak cergas kerana tidak cukup tidur. Penyakit gila bola ini telah menyebabkan banyak syarikat mengalami kerugian kerana prestasi produktiviti udah terjejas kerana ramai yang MC atau lewat ke tempat kerja.

Ada gak segelintir pekerja yang telah siap sedia dengan sijil cuti sakit palsu yang kebiasaannya mereka bersubahat dengan staff di klinik swasta dengan mencuri satu buku sijil cuti,  siap dengan tanda tangan dan cop Doktor. Jika mereka hendak beri alasan cuti kecemasan pulak, mereka akan dapatkan photocopy sijil kematian dari penjaga mayat, padahal yang mati tu bukanlah saudara-mara mereka pong!


Al-Kisah! Kerana terlalu fanatik dengan pasukan Brazil, ada seorang guru di Pasir Putih yang menggantungkan sepanduk Brazil Juara 2014 dan mengecat  atap garaj kereta di rumahnya dengan warna Brazil. Cikgu tu mengakui "Memang saya gila bola dan akui fanatik menyokong Brazil" kata Cikgu tulah!

[Mj]
- Meminati pasukan Brazil itu hak Cikgulah tetapi yang aku muskil kenapa buat ramalan yang Brazil Juara Piala Dunia? Bukankah ramalan itu sepertinya mendahului ketentuan Ilahi! Tak faham aku dengan Mamat Pasir Putih sorang ne. Cikgu ke TokMoh!


16 June 2014

ZIARAH KUBUR IBU & AYAH



Pagi Ahad
,
15 Jun 2014.
Usai solat subuh isteri aku sibuk didapur menyediakan menu sarapan pagi iaitu nasi lemak dan cekodok pisang kegemaran aku. Walaupong malam tadinya ada perlawanan bola sepak antara Sepanyol dengan Belanda tetapi kami memilih untuk tidur sahaja memandangkan hampir kesemua perlawanan melebihi waktu tengah malam hingga waktu ke subuh. Sedangkan paginya aku udah berjanji dengan adik beradik hendak 'Ziarah Kubur Ibu dan Ayah'.

Jam 0815 pagi!
Abang Hj Omar bersama dua anak lelakinya tiba di rumah aku dan selepas tu menyusul pula adek aku Majid bersama anak lelakinya Ammar yang sedang bercuti dari belajar di Madrasah Darul Ulum, Kg Paya Siput, Karak-Lancang, Pahang. Kami bersarapan dahulu sebelum memulakan perjalanan ke tempat bersemadinya ibu kami yang dikasihi iaitu ditanah perkuburan Bukit Kapar, Kelang Selangor.

Untuk
memudahkan perjalanan, hanya sebuah kereta sahaja digunakan, manakala kereta Hj Omar diletakan dikawasan petak kereta dikawasan kejiranan aku. Lebih kurang jam 0930 pagi kami sampai di tanah perkuburan di mana ketika ini orang kampung sedang buat kerja gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan.

Sebaik
sahaja kami selesai membersihkan kubur arwah ibu, satu pengumuman di buat iaitu semua yang ada ditanah perkuburan diminta berkumpul kat sekitar pondok kerana ada bacaan doa untuk semua arwah. Imam hendak memulakan bacaan doa tetapi terhenti pulak apabila kelihatan sebuah van mayat tiba di kawasan perkuburan. Selesai urusan pengkebumian, doa untuk arwah-arwah dibaca beramai-ramai. - [Mj] Al Fatihah buat arwah al-marhumah Hajjah Siti Bt Muhamad dan kepada anak cucunya, serta junjungan kita Nabi Muhammad SAW sekelurga dan sahabat-sahabatnya!

II
- Kami singgah di rumah Kak Ana dimana,  udah  terhidang diatas meja makan, ruti jala sebagai sarapan kali kedua. Sementara menunggu Kak Ana dan adek Midah bersiap-siap, kami berbual tentang bola sepak Piala Dunia dimana pasukan Sepanyol yang dibarisi ramai bintang, kene belasah dengan Belanda 5-1. [Mj] - Walaupong aku bukan penyokong Sepanyol tetapi aku kasihan tenguk muka-muka penyokong Sepanyol. Sape sangka ya, cempedak jagi nangka!

Kami
singgah rumah adek Ali di Sekincan. Adek Ali dan anaknya ikut sekali untuk sedekahkan Al-Fatihah dan Yasiin kepada arwah ayah yang bersemadi ditanah perkuburan Parit 16, Sungai Panjang, Selangor. Dalam perjalanan Hj Omar call Kak Timah, minta Kak Timah masak kerana selepas ziarah kubur nanti, kami akan singgah makan tengahari di rumah Kak Timah.

Turunkan
Kak Ana dan adek Midah di rumah Kak Timah supaya dapat menolong Kak Timah sediakan menu makan tengahari nanti. Jam 1230 tengahari kami sampai di tanah perkuburan. Selesai solat Zuhur, kami tinggalkan tanah perkuburan dan gerak arah rumah Kak Timah. [Mj] -  Al-Fatihah buat arwah Hj Japri bin Ahmad dan kepada anak cucunya serta kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabat-sahabatnya!

Assalamualaikum!
Sampai rumah Kak Timah, kami bersalaman dengan Abang Ali dan Kak Timah. Kelihatannya diatas meja makan udah terhidang lauk-pauk seperti ayam goreng, ikan goreng, ayam masak lemak, sayur pucuk meranti, kobis masak lada hitam, ulam pucuk ubi, kangkong, petai bersama sambal kuniee dan kuah kacang. Siap dengan air kelapa muda sebagai penghilang dahaga serta tapai pulut dan bubur kacang hijau sebagai dessert.

Perut
udah kenyang. Cuaca diluar pulak panas dan sesekali angin masuk melalui pintu yang terbuka luas sambil membawa wap kering. Wap kering itu mungkin fenomena El-Nino yang tiba lebih awal dari jangkaan iaitu akan  melanda negara bermula Ogas ini. Musim kemarau El-Nino akan terjadi dan ada potensi untuk berlaku ganguan air tentulah negeri Selangor DarulEhsan.

Jika
gangguan air terjadi sekali lagi, selain rakyat Selangor yang meanggung perit, orang Kolompo juga akan derita kerana terlalu bergantung dengan bekalan air dari Selangor. Setiap kali gangguan bekalan air di Wilayah Persekutuan Kolompo, terfikir gak aku, bila agaknya Wilayah Persekutuan Kolompo dan Putrajaya akan memiliki  syarikat bekalan air yang diuruskan sendiri oleh Wilayah Pesekutuan. [Mj]- Takkan orang Kolompo nak minum sumber air dari kolam bekas lombong. Agak-agaklah! Air lombongkan mengandungi logam berat yang terhasil daripada aktiviti perlombongan sebelum ini. Nak minum air kelapa pong mahal gak Beb - Wallahuaklam!

11 June 2014

RONDA-RONDA DI PEKAN GANU!



Ahad
Jam 1730!

Petang tu, setelah puas berehat di bilik, Mawa ajak ke Pasar Payang untuk membeli kain batik. Mawa ajak sekali Ana dan Nabila kerana mereka berdua juga teringin untuk melihat salah satu destinasi pelancungan yang terkenal di Kuala Terengganu.
 
Dari tempat penginapan iaitu Hotel Seri Malaysia, ada dua laluan menuju ke Pasar Payang. Pertama, kita boleh melalui celah-celah rumah kedai di Chinatown (Kg Cina) atau boleh ikut belakang, menyusuri  Sungai Terengganu melalui KT Waterfront. [Mj] -  Ketika kami berempat jalan kaki melalui waterfront, terjumpa pulak siComot sedang berjalan keletihan!

Waterfront
itu terletak disepanjang Jalan Hiliran di Pulau Kambing. Ia juga dikenali sebagai KT Waterfont yang dibina ditebingan Sungai Terengganu. Sebelum waterfront dibina, pernah wujud sebuah tapak stesen minyak dan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk tempat nelayan memunggah dan memasarkan hasil tangkapan laut.

Kini,
  KT Waterfront telah menjadi destinasi popular bagi warga bandaraya Kuala Terangganu. Kawasan ini bertambah meriah ketika waktu malam terutama malam Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan limpahan lampu neon serta orang ramai yang datang untuk memancing atau beriadah. Kemudahan ruang letak kereta yang luas disamping menyediakan tandas awam, pondok bersantai dan surau.

Akhirnya
kami berempat sampai di kawasan belakang Pasar Payang. Lokasinya di Jalan Sultan Zainal Abidin, terletak berhampiran jeti Shahbandar tempat dimana pelancung akan menaiki boat untuk pergi ke pulau-pulau berhampiran. Pasar Payang ini sangat sesuai jika kita ingin mengenali budaya orang Ganu sambil membeli barangan kraftangan, batik, songket, kain sutera, kain brocade dan barangan logam.

Di
aras satu, kita boleh memilih kain batik atau songket atau pakaian 'ready to wear' serta pakaian kanak-kanak. Dari pemerhatian akulah, kebanyakan pelancung yang datang ka sini lebih berminat membeli kain batik sutera serta T-Shirt prints ada gambar penyu dengan tulisan Terengganu untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.

Jika
kita udah sampai di Ganu, rugilah kita tidak merasai atau menikmati pelbagai masakan seperti nasi dagang, nasi kerabu, satar, kuih bako, kueh akok, keropok lekor dan buah durian telur buaya misalnya!

Puas
sudah kami jenguk dari satu kedai kesatu kedai. Kaki pun mula lenguh dan perut pula minta di sisi. Kami turun kebawah dan keluar melalui pintu hadapan. Di sini lagi meriah, pelbagai buah dijual termasuk buah lechy yang seakan-akan buah strwberry gitu. [Mj]- Musim cuti sekolah, tanpa segan silu, anak-anak Ganu sedia membantu ibu bapa berniaga dipasar!


Nota Kaki : Selepas ini akan menyusul entri 'Klik! Klik! Chinatown, dengan sedikit story dan sejarah lampau serta sajian gambar-gambar yang aku klik-klik, ketika waktu pagi dalam perjalanan mencari warung teh tarik! - [Mj] Wassalam adanya!