16 June 2014

ZIARAH KUBUR IBU & AYAH



Pagi Ahad
,
15 Jun 2014.
Usai solat subuh isteri aku sibuk didapur menyediakan menu sarapan pagi iaitu nasi lemak dan cekodok pisang kegemaran aku. Walaupong malam tadinya ada perlawanan bola sepak antara Sepanyol dengan Belanda tetapi kami memilih untuk tidur sahaja memandangkan hampir kesemua perlawanan melebihi waktu tengah malam hingga waktu ke subuh. Sedangkan paginya aku udah berjanji dengan adik beradik hendak 'Ziarah Kubur Ibu dan Ayah'.

Jam 0815 pagi!
Abang Hj Omar bersama dua anak lelakinya tiba di rumah aku dan selepas tu menyusul pula adek aku Majid bersama anak lelakinya Ammar yang sedang bercuti dari belajar di Madrasah Darul Ulum, Kg Paya Siput, Karak-Lancang, Pahang. Kami bersarapan dahulu sebelum memulakan perjalanan ke tempat bersemadinya ibu kami yang dikasihi iaitu ditanah perkuburan Bukit Kapar, Kelang Selangor.

Untuk
memudahkan perjalanan, hanya sebuah kereta sahaja digunakan, manakala kereta Hj Omar diletakan dikawasan petak kereta dikawasan kejiranan aku. Lebih kurang jam 0930 pagi kami sampai di tanah perkuburan di mana ketika ini orang kampung sedang buat kerja gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan.

Sebaik
sahaja kami selesai membersihkan kubur arwah ibu, satu pengumuman di buat iaitu semua yang ada ditanah perkuburan diminta berkumpul kat sekitar pondok kerana ada bacaan doa untuk semua arwah. Imam hendak memulakan bacaan doa tetapi terhenti pulak apabila kelihatan sebuah van mayat tiba di kawasan perkuburan. Selesai urusan pengkebumian, doa untuk arwah-arwah dibaca beramai-ramai. - [Mj] Al Fatihah buat arwah al-marhumah Hajjah Siti Bt Muhamad dan kepada anak cucunya, serta junjungan kita Nabi Muhammad SAW sekelurga dan sahabat-sahabatnya!

II
- Kami singgah di rumah Kak Ana dimana,  udah  terhidang diatas meja makan, ruti jala sebagai sarapan kali kedua. Sementara menunggu Kak Ana dan adek Midah bersiap-siap, kami berbual tentang bola sepak Piala Dunia dimana pasukan Sepanyol yang dibarisi ramai bintang, kene belasah dengan Belanda 5-1. [Mj] - Walaupong aku bukan penyokong Sepanyol tetapi aku kasihan tenguk muka-muka penyokong Sepanyol. Sape sangka ya, cempedak jagi nangka!

Kami
singgah rumah adek Ali di Sekincan. Adek Ali dan anaknya ikut sekali untuk sedekahkan Al-Fatihah dan Yasiin kepada arwah ayah yang bersemadi ditanah perkuburan Parit 16, Sungai Panjang, Selangor. Dalam perjalanan Hj Omar call Kak Timah, minta Kak Timah masak kerana selepas ziarah kubur nanti, kami akan singgah makan tengahari di rumah Kak Timah.

Turunkan
Kak Ana dan adek Midah di rumah Kak Timah supaya dapat menolong Kak Timah sediakan menu makan tengahari nanti. Jam 1230 tengahari kami sampai di tanah perkuburan. Selesai solat Zuhur, kami tinggalkan tanah perkuburan dan gerak arah rumah Kak Timah. [Mj] -  Al-Fatihah buat arwah Hj Japri bin Ahmad dan kepada anak cucunya serta kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabat-sahabatnya!

Assalamualaikum!
Sampai rumah Kak Timah, kami bersalaman dengan Abang Ali dan Kak Timah. Kelihatannya diatas meja makan udah terhidang lauk-pauk seperti ayam goreng, ikan goreng, ayam masak lemak, sayur pucuk meranti, kobis masak lada hitam, ulam pucuk ubi, kangkong, petai bersama sambal kuniee dan kuah kacang. Siap dengan air kelapa muda sebagai penghilang dahaga serta tapai pulut dan bubur kacang hijau sebagai dessert.

Perut
udah kenyang. Cuaca diluar pulak panas dan sesekali angin masuk melalui pintu yang terbuka luas sambil membawa wap kering. Wap kering itu mungkin fenomena El-Nino yang tiba lebih awal dari jangkaan iaitu akan  melanda negara bermula Ogas ini. Musim kemarau El-Nino akan terjadi dan ada potensi untuk berlaku ganguan air tentulah negeri Selangor DarulEhsan.

Jika
gangguan air terjadi sekali lagi, selain rakyat Selangor yang meanggung perit, orang Kolompo juga akan derita kerana terlalu bergantung dengan bekalan air dari Selangor. Setiap kali gangguan bekalan air di Wilayah Persekutuan Kolompo, terfikir gak aku, bila agaknya Wilayah Persekutuan Kolompo dan Putrajaya akan memiliki  syarikat bekalan air yang diuruskan sendiri oleh Wilayah Pesekutuan. [Mj]- Takkan orang Kolompo nak minum sumber air dari kolam bekas lombong. Agak-agaklah! Air lombongkan mengandungi logam berat yang terhasil daripada aktiviti perlombongan sebelum ini. Nak minum air kelapa pong mahal gak Beb - Wallahuaklam!

No comments:

Post a Comment