17 June 2014

BOLA, JUDI & SIJIL SAKIT



Jumaat,
20 Jun 2014

Jam
dinding, jarumnya udah menunjukkan jam 2205 malam. Aku ketika ini berada dalam bilik bacaan sambil mengadap screen komputer. Tajuk entri Bola, Judi & Sijil Sakit telah aku posted pada 17 Jun tetapi aku tidak dapat menaip storynya kerana kengkangan masa.

I- Malam ini,
pastinya aku dapat meneruskan cerita pendek ini tanpa gangguan dari kenkawan yang sering mengajak aku ngeteh di restoran mamak sambil berbual kosong. Walaupong, demam Bola Sepak Piala Dunia
melanda dikawasan kejiranan aku, tetapi tahun ini aku tidaklah kemaruk sangat untuk menonton perlawanan hingga boleh menjejaskan kesihatan aku.

Ketika ini, lebih tiga suku daripada penduduk  dunia menonton Kejohanan Piala Dunia menerusi siaran TV atau yang berduit pulak, akan terus terbang ke Brazil. Setiap empat tahun sekali, pasti ada negara-negara yang melobi, mahukan negaranya menjadi tuan rumah kerana ada lubuk duit disitu.

Bermula dengan hak penyiaran berlesen, perang publisiti, nilai iklan-iklan yang jumlahnya berbilion ringgit, kemasukkan pelancung, jualan cenderamata, hinggalah kepada gila mahu menjulang Piala Dunia. Matlamat mereka bukan sahaja mahu menjadi juara tetapi mahu dilihat sebagai sebuah negara yang mempunyai semangat nasionalisme, hebat, ada pengaruh dan berkuasa.

Selepas Perang Dunia Kedua tidak ada lagi perang yang lebih besar melainkan perang ke atas negara-negara yang memiliki telaga minyak kerana mereka mahu memperlihatkan kepada dunia, siapa yang hebat dan siapa yang berkuasa sebagai polis dunia. Bola sepak juga begitu, negara-negara tertentu mahu mempamerkan kehebatan, tektik, teknik,  minda dan ketahanan stamina. Negara yang kuat atau memiliki ramai bintang tidak semestinya menang kerana alasan klise iaitu bola itu bulat.



II- Pulangan
keuntungan daripada kegilaan pesta bola sepak ini bukan sahaja dikaut oleh Brazil tetapi tempiasnya juga kepada kaki-kaki judi diseluruh dunia. Walaupong kegiatan tersebut tidak menyalahi undang-undang di kebanyakan negara luar tetapi di Malaysia ia merupakan satu kesalahan besar.


Setiap kali musim Piala Dunia, pasti ada yang bertaruh secara terbuka atau melalui pertaruhan online. Ada juga orang Melayu yang bertaruh secara sembunyi iaitu bertaruh dengan kawan-kawan sepejabat dengan taruhan yang  melibatkan wang antara RM10 hingga RM100. [Mj] - Orang Melayu itu tahu bertaruh itu judi dan judi itu haram tetapi masih gak terikut-ikut  budaya bukan Islam, alasan kononnya bertaruh sekadar untuk suka-suka!
 


III- Pasukan Malaysia yang asyik gagal layak ke Piala Dunia hanya mampu menjadi penonton dan kebanyakan orang Malaysia pulak adalah penonton yang memang layak digelar lalang seperti yang disiarkan oleh sebuah iklan di TV. Orang Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum akan duduk semeja digerai, restoran atau cafe sambil meneguk teh tarik dan sesekali bersorak, menjerit atau menghentak meja.

Oleh kerana tidak ada pasukan dari Malaysia, peminat bola sepak tempatan mula menyokong negara lain yang memperlihatkan betapa rendahnya semangat nasionalisme dan semangat patriotisme bangsa Malaysia. Jika sekalipong kita ini peminat bola sepak, tidaklah sampai terlalu fanatik hinggakan kita terpaksa bersengkang mata, padahal esuk kita kene kerja. [Mj] - Apa salahnya kalau kita tenguk  siaran ulangan!
 


Paginya, mulalah terlajak tidur dan terpaksa mengambil cuti sakit atau ponteng. Jika tak dapat cuti sakit terpaksa gak datang ke tempat kerja dalam keadaan tidak cergas kerana tidak cukup tidur. Penyakit gila bola ini telah menyebabkan banyak syarikat mengalami kerugian kerana prestasi produktiviti udah terjejas kerana ramai yang MC atau lewat ke tempat kerja.

Ada gak segelintir pekerja yang telah siap sedia dengan sijil cuti sakit palsu yang kebiasaannya mereka bersubahat dengan staff di klinik swasta dengan mencuri satu buku sijil cuti,  siap dengan tanda tangan dan cop Doktor. Jika mereka hendak beri alasan cuti kecemasan pulak, mereka akan dapatkan photocopy sijil kematian dari penjaga mayat, padahal yang mati tu bukanlah saudara-mara mereka pong!


Al-Kisah! Kerana terlalu fanatik dengan pasukan Brazil, ada seorang guru di Pasir Putih yang menggantungkan sepanduk Brazil Juara 2014 dan mengecat  atap garaj kereta di rumahnya dengan warna Brazil. Cikgu tu mengakui "Memang saya gila bola dan akui fanatik menyokong Brazil" kata Cikgu tulah!

[Mj]
- Meminati pasukan Brazil itu hak Cikgulah tetapi yang aku muskil kenapa buat ramalan yang Brazil Juara Piala Dunia? Bukankah ramalan itu sepertinya mendahului ketentuan Ilahi! Tak faham aku dengan Mamat Pasir Putih sorang ne. Cikgu ke TokMoh!


No comments:

Post a Comment