Petang tu, setelah puas berehat di bilik, Mawa ajak ke Pasar Payang untuk membeli kain batik. Mawa ajak sekali Ana dan Nabila kerana mereka berdua juga teringin untuk melihat salah satu destinasi pelancungan yang terkenal di Kuala Terengganu.
Dari tempat penginapan iaitu Hotel SeriMalaysia,ada dua laluan menuju ke Pasar Payang. Pertama, kita boleh melalui celah-celah rumah kedai di Chinatown (Kg Cina) atau boleh ikut belakang, menyusuri Sungai Terengganu melalui KT Waterfront. [Mj] - Ketika kami berempat jalan kaki melalui waterfront, terjumpa pulak siComot sedang berjalan keletihan!
Waterfront itu terletak disepanjang Jalan Hiliran di Pulau Kambing. Ia juga dikenali sebagai KT Waterfont yang dibina ditebingan Sungai Terengganu. Sebelum waterfront dibina, pernah wujud sebuah tapak stesen minyak dan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk tempat nelayan memunggah dan memasarkan hasil tangkapan laut.
Kini, KT Waterfront telah menjadi destinasi popular bagi warga bandaraya Kuala Terangganu. Kawasan ini bertambah meriah ketika waktu malam terutama malam Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan limpahan lampu neon serta orang ramai yang datang untuk memancing atau beriadah. Kemudahan ruang letak kereta yang luas disamping menyediakan tandas awam, pondok bersantai dan surau.
Akhirnya kami berempat sampai di kawasan belakang Pasar Payang. Lokasinya di JalanSultan Zainal Abidin, terletak berhampiran jeti Shahbandar tempat dimana pelancung akan menaiki boat untuk pergi ke pulau-pulau berhampiran. Pasar Payang ini sangat sesuai jika kita ingin mengenali budaya orang Ganu sambil membeli barangan kraftangan, batik, songket, kain sutera, kain brocade dan barangan logam.
Di aras satu, kita boleh memilih kain batik atau songket atau pakaian 'ready to wear' serta pakaian kanak-kanak. Dari pemerhatian akulah, kebanyakan pelancung yang datang ka sini lebih berminat membeli kain batiksutera serta T-Shirt prints ada gambar penyu dengan tulisan Terengganu untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.
Jika kita udah sampai di Ganu, rugilah kita tidak merasai atau menikmati pelbagai masakan seperti nasi dagang, nasi kerabu, satar, kuih bako, kueh akok, keropok lekor dan buah durian telur buaya misalnya!
Puas sudah kami jenguk dari satu kedai kesatu kedai. Kaki pun mula lenguh dan perut pula minta di sisi. Kami turun kebawah dan keluar melalui pintu hadapan. Di sini lagi meriah, pelbagai buah dijual termasuk buah lechy yang seakan-akan buah strwberry gitu. [Mj]- Musim cuti sekolah, tanpa segan silu, anak-anak Ganu sedia membantu ibu bapa berniaga dipasar!
Nota Kaki : Selepas ini akan menyusul entri 'Klik! Klik! Chinatown, dengan sedikit story dan sejarah lampau serta sajian gambar-gambar yang aku klik-klik, ketika waktu pagi dalam perjalanan mencari warung teh tarik! - [Mj] Wassalam adanya!
No comments:
Post a Comment