09 June 2014

SERI MALAYSIA KUALA TERENGGANU


Ahad 1215 tengahari


Perjalanan diteruskan menuju Kuala Terengganu yang jarak jauhnya dari Kuala Dungun lebihkurang 79 kilometer dengan melalui beberapa kampung  bermula dengan Kg Rantau Abang, Kg Jamba Bongkok, Kg Mercang,  Kg Kerengga, Kg Setul Patah, Pekan Marang dan seterusnya melalui Kg Cenening
dan terus memasuki pusat bandar Kuala Terengganu.

Lokasi
yang dituju ialah Hotel Seri Malaysia yang beralamat di Lot 1640, Jalan Hiliran (Balik Bukit) Kuala Terengganu. Oleh kerana tidak pasti dimana gerangan letaknya Hotel tersebut, kami berhenti ditepi jalan. Sementara isteri aku mencari menggunakan google map aku pula bertanya pada dua orang lelaki yang sedang berbual dilaluan siar kaki. Menurut lelaki tersebut, jalan terus melalui Pasar Payang kemudian beluk kanan, susur terus sehingga penghujung deretan kedai Kg. Cina.

Alhamdullilah!
Walaupong kami tidak membuat reservation,  masih ada bilik kosong. Yalah! ketika inikan musim cuti sekolah, pulak tu ramai ibu-bapa bawak ahli keluarga bercuti ke-Kuala Terengganu. Dari info yang diberitahu oleh petugas dikauter pendaftaran tadi, keseluruhan 150 bilik telah hampir penuh, jika kami terlewat mendaftar mungkin terpaksa mencari bilik dihotel lain.

Sementara
menunggu urusan 'check in' selesai, aku sempat merakam susun atur perabut di lobby. Nampak kemas dan bersih dengan beberapa jambangan bunga yang diletakan disisi meja walaupong suasana ketika ini dilobby hotel sedikit sibuk. - Sempat lagi tu anak buah aku si Nabila berposing!
Urusan dikauter udah selesai. Kami dapat dua bilik di tingkat dua yang viewnya separuh nampak pusat bandar dan separuh lagi nampak laut. Hotel ne juga menyediakan kemudahan function room/banquet hall, coffee house diCafe Sekayu, surau, laundry, safe deposit box & 24 jam reception counter.

Attraction!
Tempat yang perlu dilawati seperti Pasar Payang (Central Market), Pulau Duyong, State Museum, Sekayu Park, Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Lain-lain aktiviti, boleh menaiki boat ke Seberang Takir, membeli kain Songket dan kain Batik di Pasar Payang, membeli Keropok Lekor di Losong atau menikmati Nasi Dagang dan Nasi Kerabu di gerai yang berhampiran. - Kenalah berjalan kaki sikit Beb. Baru boleh dapat rasa makanan yang edap-edap!

Untuk tempahan  sila hubungi:
Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu.
Tel: 609-623 6454/ Fax: 609-623 8344.
email:smtgg2@yahoo.com
website:www.serimalaysia.com.my


No comments:

Post a Comment