04 June 2014

Ke UiTM Dungun, Terengganu



Hari Ahad 

Jam 0730 pagi, kami tinggalkan Hotel Paka Inn menuju Dungun, Terengganu. Pagi ini adalah hari pendaftaran pelajar baru (si Dilla) bagi sesi Jun - Oktober 2014. Kami melalui Jalan Pantai Sura, terasa angin dari Laut Cina Selatan bertiup lembut seakan-akan mengalu-alukan kedatangan rombongan 'Cik Kiah' ke UiTM Terengganu.

Ketika menyusuri Jalan Pantai Sura aku teringat akan rencana tulisan Zaini Hassan dalam ruangan Cuit iaitu penubuhan UiTM adalah selaras dengan DEB yang berhasrat untuk mengimbangi dari segi ekuiti, profesional dan juga sumber manusia dalam bidang industri dan swasta antara kaum-kaum utama di Malaysia.

UiTM pada hakikatnya telah berjaya melalui perkembangan amat pesat dan mengembang sayap ke seluruh negara dengan 15 buah kampus cawangan, sembilan (9) kampus kota, tiga (3) kampus satelit, 21 kolej bersekutu dan sebuah kampus pintar yang bakal didirikan. UiTM juga menawarkan 300 program akademik serta rumah kedua bagi 172,000 pelajar dengan tenaga kerja seramai 17,000 0rang. - Ujar Zaini Hassan dalam ruangan Cuit [Rabu 28 Mei 2014].

Jam 0815 pagi!
Kami menghampiri pintu masuk UiTM di Sura Hujung, kenderaan bergerak perlahan dan petugas-petugas sedang mengawal lalu lintas. Ada gak petugas yang meletakan kertas putih 'Telah Mendaftar' yang mesti dipamirkan di cermin hadapan kereta dan kami juga menerima borang Soal Selidik yang perlu diisi oleh ibu-bapa atau penjaga bagi mengukur keberkesanan tugas yang dijalankan di hari pendaftaran pelajar-pelajar baru.

Kertas putih
yang perlu dipamirkan kat depan cermin kereta itu adalah kertas dua dalam satu dimana pihak pengurusan UiTM meminta rombongan 'Cik Kiah' yang berduyun-duyun memasuki kawasan kampus itu agar dapat meninggalkan kawasan parkir sekiranya udah selesai urusan penempatan anak-anak kerana parkir yang terhad di kawasan kampus.

Untuk
pengetahuan kenkawan di luar sana, sejarah
Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang mula beroperasi pada November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar hasil lawatan beliau ke Ceylon (Sri Langka) pada tahun 1951.

Pada Jun 1956, Dewan Latihan RIDA diletakan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA mendapat nama baru iaitu Institut Teknologi MARA (ITM). Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah Universiti, namun begitu, namanya tidak ditukar sehingga pada 26 Ogas 1999, ITM dengan resminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

II- Ketika
ini aku bersama isteri udah berada diluar kampus setelah melepasi kawasan sistem 'Drop Zone' dimana pemandu dikehendaki menurunkan penumpang dan barangan pelajar di tempat yang dikhaskan. Aku dan isteri berehat disalah satu wakaf yang disediakan kat tepi pantai Suru Hujung sambil menikmati deruan ombak Laut Cina Selatan.

Sementara
menunggu rombongan Cik Kiah yang masih berada didalam kampus, aku dan isteri ngeteh disalah satu gerai yang mengadap bangunan UiTM. Sambil minum aku perhatikan banyak kenderaan yang lalu-lalang di Jalan Pantai Sura. Kebanyakan kenderaan tersebut adalah rombongan Cik Kiah yang telah mendaftar anak-anak mereka di Universiti Teknologi MARA.

Kebanyakan
ibu bapa mungkin bersetuju dengan pilihan anak-anak mereka untuk masuk belajar ke Universiti Teknologi MARA.  Apakah alasan mereka agaknya apabila memasukkan anak-anak ke UiTM. Adakah kerana yuran dan kos pengajian yang murah atau kualiti sistem pengajian. Atau alasan lain iaitu Graduan UiTM lebih mudah mendapat kerja atau keinginan anak atau juga terpaksa kerana tiada pilihan lain.

Apapong
alasan ibu-bapa atau pelajar-pelajar baru, UiTM diwujudkan kerana ia adalah hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub di bawah Akta 173 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak istemewa itu serta kedudukan Islam dan Raja-Raja Melayu terletak di tempat tinggi, sehingga perkara ini tidak boleh dipersoalkan atau dipinda walaupong mendapat sokongan dua pertiga Parlimen.


Nota Kaki :
Kepada pelajar-pelajar baru, berterima kasih dan bersyukurlah kerana anda telah diterima masuk ke Universiti Teknologi MARA. Insafilah diri bahawa UiTM  sebenarnya telah banyak berjasa kepada orang Melayu. Janganlah anda 'seperti kacang lupakan kulit'. Diharap, tiada lagi suara-suara sumbang dari bekas pelajar UiTM yang mahukan Universiti Melayu ini dibuka pintunya kepada kaum bukan Melayu. - Wallahuaklam!


@[Keterangan gambar : Dibawah ini ialah shop lot baru di Kuala Dungun, Terengganu. Berbeza sangat ketika aku menjejakkan kaki di sini pada sesi June 1981/82. Dolu, masih ada rumah kedai yang dibina dengan atap zin dan berdindingkan papan. Pulak tu, di lorong dan jalan raya sekitar pekan berhampiran pasar, pasti ada kambing-kambing berkeliaran. Setiap hujung minggu aku bersama rakan merayau hingga ke Kg Teluk Lipat dan Kg Pantai, nak tenguk cara hidup dan budaya orang Ganu gitu!]



No comments:

Post a Comment