23 June 2014

PAYA DATUK, ALOR GAJAH-MELAKA




Assalamualaikum!


Setiap hujung Minggu pasti ada sahaja aktiviti luar, misalnya seperti minggu lepas, aku tidak dapat turut serta dalam mesyuarat Surau dikawasan kejiranan aku kerana aku bersama adik beradik kene pergi ziarah dan bersihkan kubur arwah ibu dan arwah ayah.

Pada Sabtu lepas pulak, aku bersama isteri pergi ke rumah pasangan Amir dan Ayu di Paya Datuk, Alor Gajah, Melaka. Tujuan ke Paya Datuk kerana hendak menjemput emak mertua yang udah hampir dua minggu tinggal di situ. Selepas ne nanti, ibu mertua kene tinggal dulu diKolompo selama seminggu sebelum dihantar balik ke kampung. Takleh lama-lama tinggalkan kampung, rindu sangat dengan anak cucu, ayam itek di kampung katanya
!

Jam
0700 pagi, kami tinggalkan Kolompo melalui Tol Sungai Besi menuju lebuhraya Utara-Selatan. Waktu dijangka tiba di Alor Gajah ialah jam 0900 pagi itupong kalau memandu tanpa henti dengan kelajuan yang biasa-biasa sahaja. Pasal kami belum sarapan lagi, kami cadang untuk singgah di R&R Nilai tetapi tak ada ruang pakir. Perjalanan diteruskan dan kami berhenti untuk sarapan di R&R Seremban.

Kami
sampai di pekan Alor Gajah dan terus singgah di pasar untuk membeli barang keperluan untuk makan tengahari. Kat pasar ne kami beli pisang muda untuk dibuat sayur masak lemak. Ulamnya pulak petai rebus dan pisang emas sebagai pencuci mulut. Kebetulan pulak Si Amir dan Ayu pong baru sahaja balik dari shopping kat pasar borong!

Jam
1130 pagi, aku lihat si Ayu udah mula sibuk di dapur dengan menyediakan menu makan tengahari sperti ikan keli bakar, air asam, ayam goreng, masak lemak pisang muda, petai dan lawannya tentulah sambal belacan. Si Amir pulak, pergi ke belakang rumah, mungkin cuba mengait beberapa biji kelapa muda untuk dijadikan minuman penghilang dahaga.

Aku
  pergi ke-belakang rumah dengan ditemani sabuah pocket kamera warna silver jenama Olympus. Di belakang rumah Amir ne ada sebuah rumah kambing yang agak sederhana besarnya. Ketika aku sampai, aku lihat si Amir masih lagi mengait buah kelapa muda dan didalam rumah kambing pulak aku lihat si Zahid sedang memberi kambing-kambing makan manakala anak bongsu si Amir yang berumur dua tahun sedang bercakap dengan anak kambing. [Mj]- Entah apalah yang dibualkan, aku sendiri pong tak faham!

Selain
memelihara kambing, Si Amir juga ada bela ayam kampung dan beberapa ekor ayam serama. Jika dilihat pada sisi lain, kelihatannya si Amir dan Ayu agak sibuk dengan kerja-kerja harian mereka seperti menghantar dan mengambil anak dari sekolah, memberi makan kambing dan ayam. Pulak tu kata si Amir, sejak kebelakangan ne mejadi pulak kambing-kambing peliharaannya.
[Mj]  Alhamdullilah. Rezeki dari Allah!

Rezeki!
Memang nampak susah kerana si Amir hanya bergantung pada duit pencen tentera. Si Ayu pulak, yang berkelulusan dalam bidang Komputer dari UiTM Shah Alam terpaksa berhenti kojer kerana hendak menjaga anak-anak yang memerlukan perhatian terus dari ibunya. [Mj] Apapong, kita patut bersyukur kerana dalam kesusahan itu, rezeki masih lagi diberikan oleh Allah. 

Rezeki yang Allah beri itu tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit atau emas permata. Anak yang ramai itu juga rezeki. Pulak tu, udah dua orang anak pompuan si Amir sambung belajar hingga ke-Universiti. Seorang di UiTM Johor dan seorang lagi sambung belajar di UiTM Terengganu. Allah berikan rezeki kepada anak-anak, kepada binatang-binatang peliharaan, pada tanah yang subur, pada pohun buah-buahan disekeliling rumah, ada yang sedang berputik dan ada pula yang sedang berbuah. [Mj] Rezekilah tu!

Semasa aku menaip perenggan ini, teringat aku akan buku yang pernah aku baca bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Fathuri Salehuddin. Dalam buku tersebut, bab 01 muka surat 02 ada menyatakan bahawa "Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk'.

Kata Fathuri,
tafsiran diatas tadi telah mengubah persepi beliau terhadap rezeki. Sebelum ini, beliau beranggapan yang dipanggil rezeki itu tentulah yang baik-baik sahaja. "Bererti apa sahaja yang kita rasakan menfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil menfaat daripadanya, (walaupun milik kita), bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain."
Dalam buku tersebut juga ada menyatakan bahawa 'menjemput rezeki' sebenarnya lebih mudah berbanding 'mencari rezeki'. Apakah kaitan rezeki dengan usaha? Apakah rezeki boleh bertambah atau berkurang? Dan paling utama adalah, apakah cara sebenar menjemput rezeki sebagaimana janji Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. (Ath-Thalaq 65:3) - Wallahuaklam!
0


No comments:

Post a Comment