29 June 2016

BRITAIN - EU [BREXIT]





24 Ramadan 1437 Hijrah

Setahun lalu industri kewangan, pasaran saham dan komoditi dunia telah kecoh apabila ada ura-ura Greece akan meninggalkan Kesatuan Eropah [EU] dan kemungkinan juga Grexit tidak menggunakan mata wang Euro lagi. Jika ia menjadi kenyataan ketika itu mungkin berlaku gelombang panik, sekaligus terjadi kemelesetan ekonomi dunia. Tetapi yang mengejutkan kita hari ini ialah Britain pulak keluar dari EU apabila majoriti pengundi memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah. - [Sila selak entri pada 30 June 2015 - Spekulasi Mainan Barat]


1-
EU. Sebelum aku merapu entah apa-apatah
, apa kata kita imbas sekejap sejarah penubuhan Kesatuan Eropah [EU] yang idea asalnya dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill pada 1946. Namun idea tinggal idea sehinggalah Robert Schuman, Menteri Luar Perancis mencadangkan pembentukan Kesatuan Pan-Eropah pada 1950 bertujuan mengawal pengeluaran arang batu dan keluli di Perancis dan Jerman.

Melalui Deklarasi[1] Schuman, dicadangkan agar kesatuan itu dibuka kepada negara-negara Eropah yang lain. Makanya, pada 1951 komuniti arang batu dan keluli Eropah [ECSC] ditubuhkan melalui perjanjian Paris dan telah menjadi printis kepada pembentukan Kesatuan Eropah moden. Ia dianggotai Belgium, perancis, Itali, Luxembourg, Belanda dan Jerman Barat.

Setelah itu, negara-negara anggota EU pada dasarnya bersetuju memindahkan hak-hak penting seperti dasar kewangan, pasaran dalam negara dan perdagangan luar kepada kesatuan ini. Sehingga Mei 2004, Kesatuan Eropah merupakan blok ekonomi terbesar didunia. Pada waktu yang sama mata wang Euro diperkenalkan dan digunakan oleh 19 negara anggota yang dikenali sebagai Eurozone.


2- BRITAIN. Pungutan suara yang dicadangkan oleh Perdana Menteri David Cameron pada Januari 2013 [sebagai janji pilihan raya sekiranya Parti Konservatif dipilih sebagai kerajaan pada 2015] akhirnya memakan diri. Pada 20 Febuari 2016, David Cameron menetapkan 23 Jun 2016 sebagai tarikh pungutan suara selepas mengadakan rundingan tentang kedudukan Britain dalam Kesatuan Eropah di Brussels.

Pada hari pengundian, dilihat pada kiraan awal pihak Remain [kekal] akan menang tetapi beberapa jam selepas pengundian ditutup undi Leave [tinggalkan] meningkat sebanyak 52 peratus mahukan Britain keluar EU, manakala hanya 48 peratus mengundi kekal. England dan Wales mengundi Leave tetapi Scotland dan Ireland Utara mahukan kekal bersama EU.

R
eferendum[2] itu telah memberi kesan langsung kepada ekonomi dengan pasaran saham dunia jatuh khususnya di London dengan tukaran nilai mata wang Britain menjunam teruk. Kesan lainnya ialah hubungan antara blog dagangan United Kingdom[UK] dan EU terputus dan perlu dirunding semula. Sistem pekerjaan rentas sempadan pula akan dirombak susulan pembatalan keahlian UK dalam EU. Tarif dagangan antara EU dan UK akan kembali kepada asal dan menyaksikan barangan diimport ke UK lebih mahal. 

Keputusan Britain  u
ntuk meninggalkan EU mungkin juga akan memberi kesan kepada Liga Perdana Inggeris [EPL] dimana pemindahan pemain lebih terhad gara-gara langkah
mengetatkan peraturan permit kerja di Britain. Menurut BBC Sport, 102 pemain daripada 552 yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah kali ini datangnya daripada EPL, mewakili 20 peratus jumlah pemain yang beraksi di Perancis.

[Antara pemain yang mungkin  terpaksa meninggalkan EPL kerana menggunakan permit kerja EU ialah Dimitri Payet [WestHam], N'Golo Kante [Leicester City], Anthony Martial [Man United], Philippe [Liverpool], Diego Costa [Chelsea] dan Romelu [Everton].


3-BREXIT.
Diberitakan juga akibat Britain Exit [Brexit][3] ini akan menjangkiti beberapa negara anggota lain yang mungkin petanda bahawa Kesatuan Eropah [EU] itu akan hilang dari radar dunia. Penolakan terhadap EU semakin dirasai di Perancis, Denmark, Itali, Sweden, Hungary, Republik Czech, Belanda, Austria, Sepanyol, Poland serta Ireland.

Bila bercakap pasal istilah
'exit', siapa boleh menyangka pasukan England juga terpaksa exit daripada Euro 2016 setelah tewas kepada pendatang baru Iceland[4] dalam peringkat 16 terakhir. Kekalahan tersebut turut memaksa pengendali England, Roy Hodgson melepaskan jawatannya dengan penuh kehinaan.

Meskipun Iceland sekadar memiliki populasi kira-kira 330,000 orang namun itu tidak menghalang mereka untuk mara ke suku akhir dan dijadulkan bertemu tuan rumah Perancis. England pula yang memiliki penduduk hampir 53 juta orang serta mempunyai liga domestik terkaya di dunia, telah membuatkan penyokong England 'termalu besar' apabila terpaksa exit gitu!



Nota Lutut: Seperti yang didakwa oleh tonggak pertahanan Iceland, Ragnar Sigurdsson iaitu mentaliti pemain England yang menganggap pertemuan dengan pasukannya ibarat 'berjalan di taman' telah menghukum mereka. Manakala Perdana Menteri Britain, David Cameron mengumumkan mahu meletakan jawatan kerana kecewa disebabkan kebanyakan penduduk  menolak kempennya supaya Britain kekal dalam EU.



 Keterangan:
[1] Deklarasi  : Penyataan yang ringkas dan jelas

[2] Referendum : Pungutan Suara.

[3] Brexit     : Britain Exit atau Britain keluar dari EU

[4] Iceland    : Populasi Iceland sama dengan bandaraya Leicester City di England. Agama rasmi ialah Luther tetapi ramai yang berpegang kepada kepercayaan kuno. Disenarai sebagai negara kedua paling gumbira untuk didiami dibelakang Switzerland. Pertama kali memilih wanita sebagai Perdana Menteri iaitu Johanna Siguroardottir pada 2009. Tidak seperti England, bola sepak bukan sukan nombor satu di Iceland. Pulaktu, Iceland tidak memiliki liga bola sepak profesional. Malah, Pengurus Iceland [Heimir Hallgrimsson] turut bekerja sebagai 'part time' doktur gigi. Nantinya, apabila jurulatih dari Sweden [Lars Lagerback] meletak jawatan selepas tamat Euro 2016, Heimir akan mengambil alih pasukan Iceland sepenuhnya.




26 June 2016

SEPULOH AKHIR RAMADAN




  • 21 Ramadan 1437 Hijrah

    Asalamualaikum!
    Dalam buku 'Amalan Bulan Ramadhan'[ABR] susunan Muhammad Talib iaitu diceritakan pada sepuloh hari terakhir pada bulan Ramadan, Rasulullah SAW menguatkan ikat pinggangnya. Maksudnya, baginda menjauhi isteri-isternya kerana baginda beriktikaf[1] di dalam masjid. Selain itu, pada malam harinya baginda mengajak keluarganya untuk memperbanyak ibadah. Kerana itu, bila kita memasuki sepuloh hari terakhir bulan Ramadan, hendaklah kita memperbanyak amal kebajikan sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah SAW. - [ABR 44 MS 83].

    Diriwayatkan juga oleh Abdullah bin Shamid, bahawa Rasulullah SAW bersabda' iaitu penjelasan mengenai  malam lailatul qadar adalah malam ketika Allah menurunkan firman-Nya ke langit dunia sekaligus. Hal ini berbeza pengertiannya dengan malam nuzul al-Quran ialah saat pertama al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW di gua Hira' yang terjadi pada 17 haribulan Ramadan.

    Mengenai malam lailatul qadar itu disebutkan dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

    "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam kemulian. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemulian itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar"[2]. [Al-Qadar:1-5]

    Allah tidak menerangkan secara terperinci waktu lailatul qadar ini. Yang diterangkan hanyalah nilai keutamaannya, iaitu seribu bulan. Akan tetapi, angka seribu dalam ayat ini bukanlah angka matematik, melainkan sebahagian lambang[3] yang pengertiannya ialah jumlah yang tidak terbatas.

    Adapun saat tepatnya malam lailatul qadar ini merupakan masalah ghaib[4], yang hanya Allah sahaja mengetahiNya. Kita tidak dapat memperkirakan secara pasti malam-malam lailatul qadar itu turun. Kerana itu, Rasulullah SAW tidak menetapkan secara terperinci bila tibanya malam itu, tetapi baginda memberikan perkiraan bahawa kemungkinan besar terjadi pada malam 27 Ramadan[5].

    Apapun penetapan malam ke 27 tidak dinilai sebagai ketetapan mutlak[6], tetapi sebagai kemungkinan sahaja. Jadinya, hendaklah kita menghidupkan atau mencari lailatul qadar dengan berjaga tanpa tidur bermula pertengahan malam sampai datang waktu Subuh pada malam-malam ganjil dalam bulan Ramadan.

    Pada malam bertemu lailatul qadar hendaklah melakukan amal kebajikan, seperti membaca al-Quran, berdoa, berwirid, berzikir atau mengajarkan mengenai agama, yang kita lakukan bertepatan dengan lailatul qadar. Maka itu Allah akan memberi pahala sama dengan pahala orang yang melakukan amal tersebut seribu bulan terus-menerus.


    Hendaklah pada malam lailatul qadar itu kita memberbanyakan amal-amal sunnah. Begitu juga kalau kita mampu mengeluarkan sedekah, hendaklah dilakukan pada malam tersebut. Sedekah boleh diberikan untuk kepentingan masjid atau kepada fakir miskin dan orang-orang lain yang layak kita beri.

    Pada malam terakhir Ramadan pula, disebutkan dalam sebuah hadith yang penjelasannya bermaksud 'Dalam bulan Ramadan, Allah memberikan lima kelebihan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Semua kelebihan itu tidak pernah Allah berikan kepada umat sebelumnya. Di antara lima perkara kelebihan itu ialah  dibukakan pintu-pintu ampunan pada akhir bulan Ramadan bagi orang-orang mukmin yang telah menjalankan ibadah dan amal kebajikan selama Ramadan'.

    'Kerana itu, pada malam terbukanya pintu ampunan yang luas dari Allah kepada hamba-Nya ini, hendaklah kita memperbanyakan mengucapkan istighfar[7] dan berjaga sepanjang malam untuk membaca kalimat thayyibah agar pintu ampunan Allah yang luas itu dapat kita perolehi'.

    'Dengan penjelasan hadith tersebut, sepatutnya kita menilai diri sendiri, apakah layak malam yang sangat berkah[8] itu kita pergunakan untuk suatu aktiviti dengan pembicaraan yang tidak bermanafaat. Sebab malam yang sangat berkah itu memberikan kesempatan kepada kita untuk melebur[9] segala macam dosa yang kita lakukan sebelumnya, baik dengan sengaja atau tidak'. - Wallhuaklam!



    Glosari & Info:


    [1]Beriktikaf [2]Fajar [3]Lambang [4]Ghaib [5]27 Ramadan [6]Mutlak [7]Istighfar [8]Berkah [9]Melebur

23 June 2016

ALERGI & ENTRI PILIHAN




  • 18 Ramadan 1437 Hijrah

    Apartment!
    Bilah kipas ligat berpusing. Jam di-dinding berwarna putih jarumnya baru sahaja melangkah ke pukul 07.30 pagi. Di luar, kedengaran burung pipit decit[1]-mendecit.

    Pitt! Pritt!


    Burung-burung itu sangat gumbira
      menyambut ketibaan pagi. Sesekali decitnya tengelam dalam kebisingan
    deru injin motosikal dan kereta. Motosikal dan kereta itu  keluar dari petak parkir dan tergesa-gesa pula meninggalkan kawasan kejiranan aku. Begitu juga dengan burung-burung pipit, terbang dari ranting ke ranting, dahan ke dahan. Pitt! Prittt! Sayup-sayup[2] kedengaran dan hilang entah ke mana.


    Aku,
    ketika ini sudah berada di bilik bacaan. Mengadap screen komputer. Sementara menunggu kedai runcit yang menjual surat khabar di buka, ada baiknya aku melakukan aktiviti minda. Melukis menggunakan tetikus atau menulis [yang sebenarnya menaip] di laman blog aku.

    Yalah! Daripada  melayani pertengkaran atau cacian di facebook atau sekadar melawak agar di tertawakan oleh orang lain, apa salahnya aku berkongsi sesuatu yang boleh di menafatkan atau sekadar buat renungan dan ingatan untuk kita bersama.


    1-
    Alergi
    Aku tertarik dengan satu rencana mengenai kesedaran tentang alahan [alergi][3]  dimana kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai pengetahuan atau maklumat yang mencukupi bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan untuk alahan.

    Kaji selidik yang pertama kali dilakukan oleh MSAI[4] yang diumumkan bersempena Minggu Alahan  Sedunia baru-baru ini, 50 peratus rakyat Malaysia masih percaya wujudnya penawar untuk alahan. Jelas Dr Amir Hamzah Datuk Abdul Latif [Presiden MSAI], rawatan bukan segalanya untuk menyembukan alahan kerana pencegahan adalah matlamat utama memandangkan penawarnya masih belum ditemui sehingga kini.

    Kata Dr Amir, ketika ini isu alahan yang menjadi kebimbangan adalah alahan makanan sebanyak 55 peratus, ketidaktahanan pada makanan [45%], ekzema [42%] dan rhinitis [gatal-gatal dan bengkak pada membran mukus di dalam hidung].

    Dipendekan cerita, menurut Dr Amir lagi, alahan makanan mendatangkan kesan kepada semua lapisan umur dan terjadi apabila sistem imun badan[5] mendapati terdapat sesetengah jenis makanan yang mendatangkan mudarat lalu bertindak balas menghasilkan satu atau lebih gejala.

    Antara makanan yang dikenal pasti menjadi punca utama mendapat alahan seperti makanan laut [90%], kekacang [47%], soya [44%], gandum [30%] dan telur [30%]. Namun, apa yang membimbangkan ialah kesedaran yang kurang dikalangan masyarakat tentang alahan menyebabkan penghidap berdepan dengan risiko penyakit yang lebih tinggi dan berbahaya misalnya anafilaksis[6]. @Info dari tulisan Siti Airunnisa Alaui [mode UM 21/4/16]



    2- Entri Pilihan
    Ada pembaca yang terserempak dengan blog aku mungkin hanya membaca entri terbaru atau membaca berpandukan 'popular post' atau juga melihat melalui 'Live Traffic' sahaja. Bagi memudahkan pembaca diluar sana mendaptkan entri kegemaran seperti cerita pendek [bukan cerpen], aku merapu, rencana, sejarah, seni lukis, kisah backpacker, hobi berbasikal atau sedang mencari maklumat tentang bilik hotel serta tempat percutian, dibawah ini aku seneraikan entri pilihan aku untuk tatapan pembaca:


    Cerita Pendek
    03 Sept  14  Konsert diKL+PPS diNgri Pulau
    13 Jan 2015  Ke Lancang dgn Sani
    16 Jun 2015  Pagi diKL.

    28 Ogas  15  Bubur Nasi Sup Ekor
    20 Dec 2015  Langit November

    Aku Merapu

    04 June  12  Gaji Lambat Pulak!
    23 Nov 2013  Wajah Melayu
    23 Jan 2014  Dolu dan Sekarang.
    15 Oct 2015  Bila Usia Kita Bertambah
    17 Jun 2016  Terkenang Zaman Dolu


    Rencana
    20 May 2012  Komenter dari Azman Anuar
    17 Sept  12  Siswa Melayu Malas
    18 Mac 2014  Teori+Gosip di Internet
    21 Sept  13  Konspirasi Yahudi-Zionis

    27 April 16  Mudah dan Cepat

    Sejarah
    09 May 2012  Helah Orang-Orang China
    09 July  12  Tentera Selempang Merah
    13 Mac 2013  Peristiwa Kalabakan
    03 April 13  Kisah Hj Abdullah Hukum
    03 Oct 2014  Serang Hendap Ulu Legong

    Seni Lukis
    02 Feb 2012  Kurator Perlu Kreatif

    08 April 13  Lelongan Henry Butcher
    16 April 13  Pelukis Wanita di UM.
    18 Sept  14  Komik [Jailani Abu Hassan]


    Backpacker

    06 Dec 2013  Kota Bharu ke Kuala Kerai
    12 Apr 2014  Travelog Backpacker.
    24 Nov 2014  Backpacker [Jailani AbuHassan]
    18 Sept, 15  Backpacker-Ke Pantai Timur
    13 Mac 2016  Kota Bharu-Jeli-Gerik[4]

    Hobi Berbasikal
    13 Mac 2012  Off Road @Frim
    16 Sept  12  Tongkat Ali Trail
    15 Nov 2012  13 Rider @Empangan Batu

    05 Feb 2013  Trek TM Bikers
    12 Oct 2014  Kayuh! Empangan Batu.

    Cari Makan 
    06 Feb 2010  Salad Bangladesh
    29 Sept  12  Speghetti Rendang
    15 Feb 2012  Hi-Tea Party!
    16 Oct 2013  Caesar Salad & Croutons
    16 April 14  Golek-Golek!


    Bilik Hotel

    06 April 12  Firefly Park Resort
    11 June  12  Citrus Hotel @JB

    03 Jan 2015  Dingin Malam di George Town
    06 Jan 2015  Hotel Koperasi Alor Setar[4]
    10 Jan 2015  Dayang Busines Centre[7]


    Lokasi Percutian

    17 Dec 2012  Ke Selatan Tanah Air
    29 April 13  Bercuti ke Pulau Pangkor

    04 Dez 2014  Jalan-Jalan di Teluk Intan


    Glosari & Info

    [1]Decit: Bunyi burung bersiul [2]Sayup-Sayup: Kurang jelas pandangan dan pendengaran [3]Alergi: Sensitif terhadap sesuatu makanan atau ubat sehingga boleh menimbulkan kesan yang tidak baik [alahan]. [4]MSAI: Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia [5]Imun Badan: Perihal perubatan. [6]Anafilaksis: Suatu reaksi alahan teruk yg terjadi tiba-tiba dan boleh menyebabkan kematian apabila tubuh mendapat sentuhan dengan punca alahan.


22 June 2016

KAKI NENEK, DADAH & SISA PEPEJAL





Rabu, 17 Ramadan 1437 Hijrah

Saban tahun menjelang 17 Ramadan umat Islam di Malaysia akan menyambut ulang tahun Nuzul al-Quran dimana antara peristiwa agung umat Islam yang berlaku pada Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira' tahun ke-41 keputeraan Rasullulah SAW.

Intro[1] diatas ini adalah sedikit perkongsian dan ingatan untuk diri aku dan juga pembaca tentang peristiwa agung yang dikenali sebagai Nuzul al-Quran[2]. Aku bukanlah hendak membicarakan tentang Nuzul al-Quran kerana bab ini diluar bidang aku disebabkan kemiskinan ilmu. Walaupun aku mengetahui sedikit tentang sejarah Nuzul al-Quran tetapi bak kata orang bijak pandai:

['Banyak yang kita tahu,  banyak lagi yang kita tidak tahu'].



1- KAKI NENEK.

Ahad
19
Jun, kejadian tentang seorang warga emas dikerat kakinya sehingga putus oleh seorang remaja dipercayai penagih dadah di Kampung Tanjong Rendang, Lemal-Pasir Mas, Kelantan. Dalam kejadian yang beraku pada kira-kira 5 petang itu, mangsa Mek Som Mat Diah, berumur 89, turut cedera di bahagian muka akibat ditumbuk oleh remaja yang berusia 19 tahun itu.

Difahamkan beberapa hari sebelum kejadian suspek dikatakan sering datang ka rumah mangsa untuk meminta wang namun permintaannya tidak dilayan. Jiran mangsa terdengar bunyi tangisan kuat lalu bergegas ke rumah mangsa. Sebaik sampai, jiran tersebut melihat suspek sedang memotong kaki Mek Som dengan menggunakan senjata tajam dipercayai pisau.

Jiran tersebut menjerit meminta tolong orang kampung dan sebaik orang kampung sampai di rumak Mek Som, kaki kirinya telah putus. Penduduk kampung terus mengepung dan menangkap suspek.


[Setelah terlantar dikatil hospital, satu lagi berita yang menyentuh hati apabila kaki Mek Som yang putus di pergelangan kaki kiri tidak dapat disambung semula, sebaliknya akan dipotong sehingga paras lutut bagi memastikan kecederaan itu tidak mempunyai risiko dan memudaratkannya]. - Cut!


2- DADAH!

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini menyatakan kebimbangan berkaitan penyalagunaan dadah dalam kalangan budak sekolah yang kini pada tahap amat serious[3] gitu! Malah pihak kementerian juga udah mengenal pasti beberapa sekolah bermasalah dengan merujuk sekolah kategori C sebagai sekolah yang mempunyai banyak kes disiplin melibatkan ponteng dan penyalahgunaan dadah.

Pihak sekolah [kategori C] harus menerima kenyataan dengan hati terbuka dan masyarakat pula terutama ibu-ibu dan bapak-bapak sewajarnya bekerjasama dalam usaha 'pembersihan' masalah dadah tanpa terlalu bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata. Guru dan bapak-bapak jangan sesekali berputus asa dalam menangani masalah dadah disekolah, ini kerana budak sekolah yang  masih mentah[4] itu adalah generasi pewaris masa depan negara.

Beberapa faktor sudah pun dikenal pasti kenapa  bebudak sekolah terjebak dalam dunia lalok[5] yang menyebabkan pencapaian akademik mereka merosot dan sering ponteng sekolah. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya, ingin mencuba, mencari keseronokan kononnya boleh mententeramkan jiwa. Bebudak sekolah yang tertekan itu kebanyakan berasal dari keluarga bermasalah. Pada masa yang sama, pusher[6] dadah  bijak mengambil kesempatan dari masalah dan tekanan jiwa pelajar tersebut lalu memujuk dan selalunya pujukkan itu berhasil.

Apabila seorang pelajar sudah dapat direkrut, pelajar itu pula tentunya mahu merekrut rakan-rakan karibnya atau ayat lain 'geng satu kepala'. Pulaktu, dadah sekarang bukannya dadah zaman dolu-dolu  seperti ganja, heroin atau morfin tetapi trend masa kini sudah beralih kepada dadah sentetik[7] yang boleh didapati dengan mudah.

Sebab trend atau ada sebab-sebab lain yang menjadi punca dadah mudah didapati itu aku belum tahu sangat. Tetapi yang pastinya sumber pengedaran dadah itu  tidak berjaya disekat sepenuhnya oleh pelbagai agensi dan pihak  berkuasa di Malaysia. Mungkinkah ada orang-orang halimunan[8] yang menghalang kuasa agensi untuk membenteras penyeludupan dan pengedaran dadah. Jika ada penunjuk kearah itu, sindiket yang digelar 'ikan jerung' itu perlu dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Memang betul, berita tangkapan sindiket dadah oleh pihak berkuasa. Contohnya baru-baru ini polis berjaya membongkar sebuah makmal khusus untuk memproses dadah ekstasi[9] yang berselindung di sebalik rumah teres dua tingkat kat kawasan perumahan Desa Jaya, Rabu lalu.

Menurut polis, makmal itu mampu menghasilkan satu juta pil ekstasi bernilai sekurang-kurangnya RM50 juta berdasarkan jumlah bahan kimia yang ditemui. Serbuan pada pukul 12 tengahari itu hanya dapat menahan seorang lelaki tempatan ['ikan bilis'] berusia 51 tahun yang juga pengusaha rumah urut refleksologi. Buat masa ini polis sedang mengenal pasti dua lagi individu yang dipercayai rakan kongsi kepada suspek yang ditahan.

[Harap-harap dapatlah pihak polis menangkap ketua sindiket yang masih bebas itu. Yalah! Bukannya senang nak tangkap ikan jerung. Perlu ada anggota yang pakar dan peralatan pun kena canggih, supaya jerung tidak terlepas gitu!].


3- SISA PEPEJAL.


Dari kisah kaki nenek kena potong, dadah dan kini kita berkongsi pula tentang rancangan kerajaan mahu mengasingkan sisa pepejal melibatkan kediaman bertanah dan bertingkat. Sebenarnya kempen kitar semula udah pun diperkenalkan kerajaan hampir dua dekat[10] yang lalu tetapi tidak mendapat sambutan. Sebabnya, kempen tersebut hanyalah sekadar kempen macam kata orang dolu-dolu: 'Seperti melepaskan batuk ditangga'.

Kempen kitar semula gagal. Dari pemerhatian aku, memang benarlah kegagalan itu disebabkan tahap kesedaran masyarakat Malaysia  masih rendah berbanding negera maju seperti Jepun dan Korea. Bagaimana pula tentang kempen terbaru mengenai proses pengasingan sisa pepejal mengikut kategori seperti sangkar berwarna coklat untuk kaca, jingga untuk plastik manakala biru untuk kertas. Adakah kempen itu berjaya!

Jika setakat berkempen tetapi pihak berwajib seperti Perbadaan Pengurusan Sisa Pepejal, SWCrop[11] dan Alam Flora serta Badan Pengurusan Bersama tidak serious nantinya usaha tersebut hanya sia-sia atau ayat lain kira kempen 'hangat-hangat taik ayam!'. Sudahnya, masyarakat terus menerus terbiasa dengan amalan tradisi iaitu buang sampah merata-rata. - Cut!



Nota Lutut:
Kaki nenek Mek Som putus kena potong. Dipotong oleh remaja penagih dadah. Dadah itu telah menutup akal budi, lalu perkara-perkara  gila terjadi. Dadah mudah didapati berbanding belacan
[12] seperti dailog dalam filem arahan P.Ramlee. Ramai orang bijak lagi pandai memberi idea tetapi ia hanyalah sekadar idea bagi menunjukkan mereka bekerja.

Akhirnya nanti kita akan mendengar seorang nenek dikelar mati. Lalu, seorang remaja lelaki dituduh lagi. Jika benar mahu mencegah biarlah bermula dari rumah kemudian ke-sekolah. Asingkan pelajar bermasalah disatu bilik darjah seperti mengasingkan penagih dadah supaya tidak menjadi barah.

Begitu juga dengan kempen sisa pepejal. Letaklah sangkar-sangkar pengasingan sisa pepejal dihadapan kelas Tadika. Letak juga sangkar tersebut berhampiran kanten sekolah, kolej dan Universiti. Biar mereka nampak dengan jelas ada perkara baru dalam kehidupan mereka. Guru-guru, curilah sedikit masa mendidik anak bangsa, tentang dadah dan sisa pepejal. Jangan biarkan rebung menjadi buluh!

Disekolah, baik guru atau pelajar senior, pimpinlah tangan adek-adek yang masih mentah dan berilah tunjuk ajar bagaimana seorang murid harus membuang sampah serta didiklah supaya mereka menghormati pengutip sampah. Semuga dimasa akan datang tidak ada lagi kedengaran cerita Mek Som dan budak sekolah lalok di bilik darjah - Wallahuaklam!



 

20 June 2016

KERJAYA & KERJA TAMBAHAN




15 Ramadan 1437 Hijrah

Hari ini Senin, 20 June 2016. Ini bermakna umat Islam sudah setengah bulan berpuasa dalam bulan yang diberkati ini dan semuga segala amal kita akan mendapat rahmat dari Allah SAW.

Dalam bulan yang mulia ini, walaupun kita berpuasa tetapi kita tetap meneruskan rutin harian kita iaitu bekerja. Ada antara kita yang bekerja 12 jam sehari, ada pula 8 hingga 6 jam sehari dan ada yang bekerja di waktu siang dan ada pula yang bekerja shif diwaktu malam bergantung kepada kerjaya seseorang.
 

1-
Pada zaman
sekarang
kita kena bergerak sepantas yang boleh kerana kebanyakan orang mahu berlumba-lumba untuk maju seiring dengan dunia serba canggih ini. Kita suka atau tidak, terpaksa juga membuat sesuatu supaya kita tidak ketinggalan terutama dalam dunia pekerjan. Aku atau anda diluar sana, kekadang terpaksa melakukan lebih daripda satu pekerjaan untuk memperoleh pendapatan tambahan. Ada juga yang sanggup melakukan apa jua jenis pekerjaan demi sesuap nasi atau kerana ingin hidup cara bermewah-mewah gitu!

Dolu kat Kolompo, kalau kita bersiar-siar atau sekadar window shopping sekitar penghujung tahun 60an dan awal 70an, kita akan temui ramai yang bekerja tanpa memerlukan sijil kemahiran seperti kerja tukang gunting rambut misalnya. Di Jalan Melayu,  ada beberapa orang tukang gunting rambut yang hanya berbekalkan peralatan mengunting dan sebuah kerusi sahaja. Jalan Melayu yang bersambung dengan penempatan India Muslim, berhampiran Masjid India itu juga terdapat tukang urut, penjual obat dan pengilat kasut.

Jika lalu di Melaka Street, terdapat warga India yang membuat pertunjukkan ular serta Tukang Tilik Nasib menggunakan burung nuri. Ada juga sesekali ternampak orang bermain silap mata. Di Lebuh Ampang pula, terdapat beberapa buah kedai yang menyediakan perkhidmatan pinjaman wang yang digelar ceti[1]. Kalau sesekali ke-Chow Kit Road, pasti terserempak beberapa orang sedang duduk menadah tangan dan mereka-mereka ini menjadikan kerjaya pengemis sebagai pekerjaan tetap.

[Begitu juga dengan kerjaya pelacuran, call girls[2]
  teksi sapu, pembeli surat khabar lama,
runner kad pengenalan dan surat beranak, penjual tiket wayang black market[3], tukang isi borang, penyeluk saku, kaki pukul, penari kabaret[4], penjaga parking haram atau 'ulat' bas, misalnya, mereka-mereka ini tidak memerlukan sijil kemahiran atau lesen perniagaan].


2-
Bila zaman beralih ke era 80an, kita dapati ada beberapa kerjaya baru muncul misalnya, seperti tukang nangis ketika kematian dalam masyarakat Cina, tonto[5], penjual tilam [tilam lama tukar baru], gores dan menang, lori tunda, tukang siang ikan, peragut, penjual pakaian terpakai, along[6], pembunuh upahan, gro[7], runner jpj dan lain-lain lagi.

Diluar negara lain ceritanya, banyak juga kerjaya yang dilakukan ditepi jalan seperti melukis, menyanyi, menari atau bermain muzik. Malah ada juga kerjaya pelik dari dolu hingga sekarang seperti  di Amerika dan negara-negara Eropah misalnya, terdapat kilang pengeluar deodoran[8] yang menawarkan pekerjaan pelik iaitu  sebagai penguji produk.

Khabarnya, mereka yang bekerja sebagai penguji deodoran itu perlu mencium ketiak atau mana-mana bahagian badan yang diletakan cecair pewangi itu. Mereka akan menentukan sama ada deodoran tersebut sesuai dengan orang tertentu dan mengeluarkan bau yang menyenangkan jika disapu pada bahagian badan. Menariknya, purata gaji bagi pekerja yang melakukan kerja tersebut mendapat gaji sekitar RM153,000 hingga RM395,000 setahun.

Lain-lain pekerjaan yang dianggap pelik ialah  tukang cuci telinga yang hanya terdapat di India, China dan Jepun. Kerjaya mencuci telinga orang dianggap sebagai kerja seni dan diwarisi turun temurun itu dilakukan  dikawasan terbuka tepi jalan. Kerjaya pelik lain termasuk sebagai penentu jantina ayam, tukang tidur profesional, food tester, tukang beratur, tukang tolak[9], pencuci muntah dan kerjaya sebagai penumpang yang diupah seperti yang berlaku di Jakarta, Indonesia.


3-
Hari ini kerjaya seperti Gro, pelacur, tonto, along, penyeluk saku, peragut, perompak, pembunuh upahan, keldai dadah, pencuri motosikal & kereta, penyeludup barang, pecah rumah, jual orang,   judi on line, love scam[10] dan bermacam lagi kerjaya terlarang yang aku tak mampu nak sebut, dilakukan  oleh orang-orang  yang memiliki penyakit hati mungkin!

Apabila seseorang telah memiliki hati yang sakit atau sakit hati, akan mudah tergiur[11] oleh hawa nafsu lalu merebak menjadi benih-benih maksiat sepanjang hidup mereka, sekiranya mereka tidak segera bertaubat dengan taubat nasuha[12]. Orang-orang yang tersesat kenalah kembali kepangkal jalan dan curilah sedikit masa untuk merenung dosa-dosa yang pernah dilakukan.  - Titek!

[Sebagai penambah perasa dalam entri ini, aku selitkan sekali kisah yang tentunya pernah kita dengar mengenai seorang pelacur menolong seekor anjing].                 

                 SEORANG PELACUR
             MENOLONG SEEKOR ANJING




Kisahnya:

Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang pelacur di zaman Bani Israil, yang kehabisan bekalan [makan-minum] ketika berada di tengah gurun. Bibirnya telah pecah-pecah, matanya berkunang-kunang kerana kehausan dibakar terik matahari. Sedang dia menyeret-nyeret kakinya tanpa tujuan lagi, tiba-tiba dia menjumpai sebuah sumur
[13] lama yang lubangnya sempit, airnya sedikit dan jauh kedalam. Namun begitu, dengan susah payah dia turun lalu berhasil memuaskan dahaganya. Kemudian dengan lebih susah  pula dia merangkak naik keatas.

Tatkala dia sudah merasa segar dan mula hendak meneruskan perjalanannya, pelacur yang dina
[14] itu terlihat sesekor anjing kurus kering tengah menjilat-jilatkan lidahnya ke-pasir. Air liurnya sudah kering dan anjing itu hampir mati kehausan. Pelacur tadi membayangkan, barangkali begitulah keadaannya sebelum berhasil menghirup air.

Maka pelacur itu segera turun semula kedalam sumur yang sempit dan dalam itu. Hampir saja dia terjatuh kedalam dan binasa sebelum dia mendapat mengambil air dengan menggunakan sepatu
[15]nya sebagai gayung. Lalu, dengan menggigit sepatu berisi air, dia merangkak keluar, naik keatas. Alangkah sangsaranya pekerjaan yang dilakukannya itu.

Setelah selamat, dengan terburu-buru dia menghampiri anjing tersebut. Diberikannya air yang diambilnya tadi untuk anjing tersebut. Lahap sekali anjing itu meminumnya sehingga segar bugar semula dan berlari dalam keadaan sihat walafiat.

Rasulullah SAW kemudian berkata kepada sahabat-sahabatnya iaitu kerana kasih sayang pelacur itu kepada anjing yang hampir mati kehausan, maka semua dosanya diampankan oleh Allah dan dijanjikan masuk syurga selama-lamanya. - Wallahuaklam!



Glosari & Info:

[1] Ceti: Peminjam wang keturunan India yang mengenakan bunga yang tinggi. [2] Call Girls: Ikut kamus Wikipedia iaitu Callgirls adalah pompuan peneman berjalan[street walker] dan peneman tido [sex worker]. Perkhidmatan mereka hanya melalui call dan terdapat iklan kecil di majalah atau internet.[3] Tiket Blckmarket: Tiket yang dijual menyalahi undang-undang. [4] Kabaret: Tempat minum dan tari menari. [5] Tonto: [Singkatan dari 'Tolong orang tipu orang']. Kumpulan pemerhati yang terdiri dari kalangan gengstar. Menyalurkan maklumat kepada 'Taukeh' sebaik mengetahui ada operasi dari Penguatkuasa. [6] Along: Peminjam wang keturunan China yang mengenakan bunga sangat tinggi. [7] Gro: Bermaksud Guest Relations Officer. Perempuan yang bekerja di club atau bar yang kebanyakannya terdiri dari prostitutes yang memberikan perkhidmatan sex [all night sex]. Selalunya Gro di lindingi oleh 'ibu ayam' dan dikawal oleh gengstar. [8] Deodoran: Sejenis wangian penyembur atau sapu untuk ketiak. [9] Tukang Tolak: Di Jepun memerlukan Tukang tolak profesional untuk memastikan semua penumpang dapat memasukki tren dan memastikan  pintu tren boleh ditutup meskipun sudah terlalu ramai penumpang. [10] Love Scam: Sindiket penipuan cinta melalui laman sosial seperti Facebook.[11] Tergiur: Hati tertarik atau keinginan. [12] Nashua: Taubat yang sebenar-benar taubat dengan berjanji tidak akan mengulangi lagi segala perbutan yang salah. [13] Sumur: Perigi atau Telaga. [14] Dina: Hina.[15] Sepatu: Kasut.