- Sabtu, 4 June 2016
1- Pukul 0915 pagi. Kami sudah berada diJalan Kucing kerana inilah laluan biasa kami jika hendak ke pusat bandar. Cadangnya, kami keluar awal [kalau boleh di kira awalalah!] ne kami hendak bersarapan ruti bakar dihadapan bangunan Mara sebelum ke kedai cermin mata yang terletak di Campbell Shopping Kompleks. Nantinya, usai berurusan dikedai cermin mata, kami hendak menjenguk adek [adek ipar] yang tinggal di-Alor Gajah gitu!
Melepasi Jalan Kucing, beluk ke Jalan Tun Ismail dan terus masuk ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Melintas dihadapan Sogo, nampak macam biasa sahaja. Sebaik hendak memasukki lorong untuk mempakir kereta di belakang Balai Polis Dangwangi [Campbell], kelihatan beberapa kun plastik merah-putih diletakan ditengah laluan tersebut. Seorang pertugas Rela memberitahu laluan untuk ke tempat parkir ditutup sepanjang bulan Ramadhan. Pulak dah!
Barulah kami teringat, hari ini dan esuk adalah hari-hari orang Kolompo mahu berbelanja sakan[1] sebelum menjelangnya 1 Ramadhan pada hari Isnin, 6 June 2016. Patutlah lorong untuk ke ruang pakir ditutup kerana gerai-gerai Ramadhan sudahpun didirikan sepanjang lorong belakang, kira dua hari awal gitu! Oleh kerana kami tidak mahu terbabit dalam kesesakan, hiruk-piruk atau huru-hara orang kota Metropolitan, makanya kami mengambil keputusan untuk keluar dari pusat bandar. - Cut!
2- Keadaan dilebuh raya Utara-Selatan menghala ke Tol Sungai Besi nampaknya baik-baik sahaja. Maksud aku tidaklah sesesak mana pun. Kenderaan yang berjurutan[2] itu dilihat seakan patuh akan undang-undang jalan raya, mungkin disebabkan kisah 'viral di internet' selepas seorang saksi kemalangan pada 23 Mei lalu menggelar mereka yang memasukki lorong kecemasan sebagai 'pembunuh' kepada dua beradik berkenaan.
Tentunya kita masih ingat akan kejadian kemalangan yang berlaku berhampiran susur keluar Tol Simpang Ampat, dimana kemalangan membabitkan dua beradik di Kilometer 228 Lebuh Raya Utara-Selatan [PLUS] itu telah menjadi viral. Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa sedang menaiki motosikal, terlanggar sebuah kereta rosak yang dipakir di lorong kecemasan menyebabkan kedua-duanya cedera parah. Beberapa saksi memberitahu, kedua-dua mangsa masih bernyawa ketika dibantu oleh orang ramai. Dikatakan, van bulan sabit[3] [ambulans] yang dinanti-nantikan lewat sampai beberapa jam.
Van bulan sabit didakwa lewat tiba kerana gara-gara segelintir pengguna lebuh raya memasukki lorong kecemasan sehingga menghalang pergerkan van bulan sabit untuk ke lokasi kemalangan. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban pada malam kejadian disebabkan terlewat mendapat rawatan. - Cut!
3- Melepasi tol Sungai Besi, kenderaan bergerak lancar. Teringin nak berhenti di R&R Nilai atau Seremban untuk bersarapan tetapi hilang selera bilamana melihat kenderaan terlau banyak bersidai disekitar pakir R&R. Walaupun perut kami minta diisi, kami mengambil keputusan untuk bersarapan di restoran Mamak[4] bila sampai di pekan Alor Gajah nanti. Sabar dan bertenang!
Ketika kereta kami baru sahaja melepasi Rembau, pergerakan kenderaan mula perlahan. Ada beberapa pemilik kenderaan yang tidak sabar lalu bertindak memasukki lorong kecemasan. Kelihatan juga sebuah van mayat turut memasukki lorong kecemasan. Taktahu pulak aku, apakah tujuan van mayat tersebut menyalakan kedua-dua lampu tinggi [sport light] dan bergerak laju dilorong kecemasan. Adakah van mayat tersebut sedang membawa mayat atau mahu segera menggambil mayat atau saja suka-suka dengan berharap ada pengguna kenderaan lain yang sudi mem'viral'kan diinternet.
[Jika kita meneliti tata-cara atau Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, lorong kecemasan hanya boleh dilalui oleh kenderaan penyelamat seperti ambulans [bulan sabit], polis dan tentera. Kenderaan lain yang masuk ke dalam lorong kecemasan sehingga menghalang pergerakan kenderaan tersebut [ambulans, polis dan tentera] akan didenda sehingga RM2,000 atau penjara enam [6] bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama].
4- Pekan Alor Gajah. Akhirnya kami sampai dengan selamat tanpa insiden yang tidak diingini. Pakir kereta dihadapan restoran lalu kami masuk dan memesan dua teh tarik, dua keping ruti canai untuk dimakan dan bungkus sepuloh keping ruti canai untuk dibawa balik. Sambil menikmti ruti canai aku terdengar suara seorang lelaki India Muslim dikauter bertanya kepada beberapa orang lelaki dimeja sebelah:
"Tahutak, Muhammad Ali dah meninggal"
"Muhammad Ali mana?" soal salah seorang lelaki bertubuh kurus dan berseluar pendek paras lutut.
"Muhammad Ali peninju lagenda"
"Ohhh! Muhammad Ali boxer!"
"Eya! Dia meninggal dunia petang tadi akbiat masalah pernafasan. Kan dia dah lama mengidap penyakit Parkinson bermula tahun 1980 kalau tak silap. Masa meninggal umurnya lebih kurang 74 tahun dan telah menjadi juara heavyweigt dunia sebanyak tiga kali".
"WoW! Peminat Muhammad Ali ne. Boleh ingat semua" jawab seorang lagi lelaki yang memakai topi sambil lelaki tersebut melepaskan asap rokoknya ke udara. Puas!
Perbulan antara India Muslim dikauter dengan pelanggan terhenti seketika bilamana aku menghampiri kaunter untuk membuat pembayaran. Kami keluar dari kedai mamak menuju gerai menjual 'wade' dan 'masalode'[5] yang terletak tidak jauh dari kereta yang kami pakir. Kelihatan seorang lelaki India sedang melayan seorang pelanggan pompuan Melayu digerai tersebut. Aku membeli dua ringgit wade dan dua ringgit masalode sebagai tambahan buah tangan untuk dibawa ke rumah adek yang tinggal kat kawasan perumahana di Melekek. - Cut!
Nota Lutut: Jika anda ingin membaca tentang kisah moreh, bazar, tarawih dan kisah-kisah di-bulan Ramadhan, sila klik "Bazar, Tarawih dan Moreh" yang aku udah post pada 6 July 2014 atau entri "Ramadhan Yang DiNanti" [13 June 2015]. Sekian terima kasih dan selamat berpuasa!
No comments:
Post a Comment