Assalamualikum!
Wah! Khabarnya Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan 'Festival Ramadan Putrajaya 2016' bermula 6 Jun hingga 5 Julai 2016. Festival Ramadan tersebut melibatkan kawasan Kompleks Perbadanan Putrajaya[PPj], Persiaran Perdana dan Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin [MTMZA] di Persit 3, Putrajaya. Festival kali ke-empat tersebut adalah bertujuan untuk menarik pelancung dan pengunjung ke Putrajaya dan mahu menjadikan Putrajaya sebagai lokasi alternatif untuk mendapatkan barang keperluan sambutan hari raya Aidilfitri nanti.
Malah, pengunjung yang datang bersama keluarga dan rakan-rakan boleh memilih untuk berbuka puasa dan moreh[1] di Laman Iftar berkonsepkan outdoor kafe di Kompleks PPj. Disitu terdapat 20 buah gerai menjual pelbagai juadah berbuka jam 0400 petang hingga 1200 tengah malam. Aktiviti kerohanian juga turut dianjurkan sepanjang festival dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin seperti solat Tarawih bersama Imam jemputan dari Mesir, agihan bubur lambuk dan bayaran zakat fitrah secara drive thru[2].
Tidak hairanla aku sekiranya Putrajaya menganjurkan Festival Ramadan kerana di mana-mana ceruk-rantau, bandar, kampung serta desa-desa pingitan[3] sekalipun, pasti kita akan melihat kemerihan 'Bazar Ramadan' yang menjual pelbagai juadah seperti pesta gamaknya! Jika tidak digelar festival sekalipun pengunjung-pengunjung Bazar Ramadan tentunya teruja kerana pada bulan Ramadan sahaja ada terjual juadah atau pelbagai jenis makanan tradisional yang tidak dijual pada hari biasa.
Secara jujurnya, Ramadan tahun lalu aku sudah mengurangkan aktiviti 'bazar walk'[4] kerana aku tidak boleh mengawal nafsu jika berkunjung ke bazar-bazar Ramadan. Faham-faham sajalah, jika kita ke bazar Ramadan pasti kita akan terjumpa kuih-muih tradisi yang jarang ditemui. Perut pulak tengah kosong [berpuasalah katakan] lalu kita membeli apa sahaja, melebihi keperluan untuk berbuka. Katakalah, kalau kita tinggal dibandar, bawa rm50.00 ke bazar Ramadan lalu kita membeli ikut nafsu ditambah pula dengan rengek[5] anak-anak yang hendak itu dan hendak ini. Agak-agak rm50.00 tadi bakinya tinggal berapa ya!
Bila balik ke rumah, mulalah ibu dan bapak-bapak merunggut, menyalahkan kerajaan kerana Gst[6]. Yang selalunya tak puas hati lebih kepada sibapak. Lalu sibapak terus-terusan membebel dan menyalahkan penjual bazar, keran menaikkan harga makanan. Jika di tanya pula kepada peniaga-peniga bazar Ramadan tentang kenaikkan harga, mereka menunding jari kepada pemborong dan pemborong pula tentunya menyalahkan kerajaan kerana Gst. Begitulah alasan-alasan yang sengaja dipebesarkan oleh peniaga dan pemborong agar pembeli [pihak pengguna] tidak memboycott[7] bazar Ramadan.
Sambil mendengar leteran bapak, si-ibu dan anak-anaknya pula membuka bungkusan juadah yang dibeli sebentar tadi. Menyusun diatas meja dengan riak muka yang gumbira dan ada diantara anak-anak tersebut sudah pun tertelan air liur kerana melihat juadah yang terlalu banyak. Sebaik azan berkumandang, lantas mereka berbuka tetapi mereka anak beranak berbuka bukan kerana mereka berjaya seharian berpuasa tetapi kerana mereka seharian tadi telah berlapar. Seperti kata orang bijak pandai 'Mereka melihat lampu tetapi tidak melihat cahayanya'.
Usai menjamu selera [bukan berbuka], ada diantara anak-anak mereka mengadu sakit perut lalu berlari ke tandas. Bermula seorang yang mukanya pucat-lesi menggaku cirit-birit dan muntah- muntah, akhirnya satu keluarga bukan sahaja setakat ke tandas tetapi terpaksa bekejar ke hospital. Dari pemeriksaan doktur, mereka sekelurga terkena keracunan makanan dan positif bakteria Salmonella[8] gitu! [sila selak entri 6 July 2014 bertajuk 'Bazar, Tarawih dan Moreh']
Sebaik-baiknya jika kita hendak membeli juadah dibazar Ramadan jangan bawa anak-anak. Ketika melakukan bazar walk pulak, pastikan gerai tersebut bersih lagi suci. Jangan tumpukan retina kita kearah juadah semata-mata. Perhatikan kebersihan peralatan, kebersihan kuku, appron dan tudung atau topi yang dipakai. Cuba elakkan singgah di-gerai-gerai yang banyak lalat, pekerjanya berambut panjang megerebang macam pontianak. Memang juadahnya nampak sedap tetapi disebalik kesedapan itu ada tersimpan mungkin bakteria Salmonella.
Bila tiba di-rumah nanti, segera keluarkan juadah tersebut dari plastik atau bungkusan polystryene [poly][9] kerana jika lambat dikuatiri akan basi. Jika masakan tersebut sepatutnya panas seperti masak lemak misalnya hendaklah dipanaskan segera supaya bakteria yang menyorok dalam makanan masak lemak tersebut dapat dihapuskan. Jika kita membeli makanan panas yang tengah berasap, kemudian dibungus dalam plastik lut sinar atau dimasukkan dalam container take away polystryene misalnya, disitu tanpa kita sedari sudah ada pemindahan kimia ke dalam makanan. [Mungkin kimia tersebut tidak sehebat bakteria Salmonella tetapi jika kita berterusan menggunakan pembungkus poly tidak mustahil satu hari nanti kita menggidap kanser].
Sekiranya kita singgah di pasar basah untuk membeli bahan mentah pastikan kita membeli barang-barang yang dikira barang baik untuk kesihatan. Seperti hendak membeli daun salad [iceberg lettuce] misalnya, pilihlah lapisan luar lettuce tersebut yang ada sedikit lubang bekas gigitan serangga. Jika tiada tanda-tanda gigitan seragga mungkin pengusaha lettuce tersebut menyembur racun serangga dalam kuntiti yang banyak.
Jangan salahkan peniaga runcit dipasar jika terbeli sayur atau buah-buahan yang mengandungi racun serangga berlebihan. Begitu juga jika terbeli ikan keli yang gemuk dan berlendir atau ayam yang sangat gebu. Tipu helah pengusaha sayuran, buah-buahan atau penternak ayam dan ikan keli telah diketahui umum bahawa mereka menyuntik ayam dan memberi ikan keli makanannya yang tidak sepatutunya. Dari pemakanan yang tidak bersih itu, mungkin kita dijangkiti ruam kulit atau gatal-gatal.
Nota Lutut: Pilih makanan sihat ketika kita berada di meja makan. Amalkan pemakanan seimbang bagi memastikan tubuh kita kembali bertenaga. Sewaktu bersahur, kita digalakkan untuk mendapatkan makanan yang tinggi kandungan serat seperti lobak dan brokoli. Pengambilan karbohidrat seperti kentang juga digalakkan disamping pengambilan protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang. Kita mahu sihat bukan sakit ketika berada di bulan Ramadan. - Wallahuaklam!
No comments:
Post a Comment