09 June 2016

HARI PERTAMA, TERAKHIR RAMADAN



"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa iaitu dalam beberapa hari yang tertentu"
    
                                                                                                                     [ Al-Baqarah: 183-184]



Sebelum Ramadan!

Bulan berganti bulan dan tibalah bulan yang dinanti-nanti oleh umat Islam diseluruh dunia iaitu bulan Ramadan yang dikaitkan dengan ibadat puasa, kurma dan bazar Ramadan. Seperti yang telah kita sedia maklum, bulan Ramadan juga dikenali sebagai bulan beramal ibadat, bulan menyucikan jiwa dari segala dosa yang telah kita lakukan selama ini. Bulan Ramadan juga mempunyai keistimewaan tersendiri, dimana  al-Quran diturunkan untuk memberi petunjuk kepada manusia.


Seminggu sebelum bermulanya bulan Ramadan, suasana  dikebanyakan masjid dan surau dinegara kita kelihatan sibuk dimana mereka [AJK] telah mewujudkan kumpulan moreh[1] terdiri daripada anak-anak muda kemudian gotong-royang membersihkan kawasan masjid atau surau dan ada juga AJK surau yang melakukan ziarah dan kutipan rumah ke rumah bagi mendapatkan sumbangan ikhlas untuk menampung perbelanjaan sepanjang program serta aktiviti pengimarahan surau.

Di luar kawasan masjid dan surau didirikan pula kemah-kemah berwarna putih untuk kegunaan memasak bubur lambok atau digunakan oleh peniaga-peniaga kecil. Dibandar atau didesa sama sahaja, kemeriahannya pasti terasa apabila tapak-tapak bazar Ramadan didirikan sama ada dalam sekala besar atau kecil-kecilan. Bazar Ramadan kelihatan dimana-mana seperti dipusat belibelah, kawasan perumahan, kampung-kampung termasuk juga didesa yang jalannya tanah merah, berdebu dan jauh terasing dari kehidupan modern. - Cut!

Berita dari negara jiran pula, ialah tentang tidak banyak bazar Ramadan di Jakarta berbanding di Kolompo yang kelihatan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Warga Jakarta tidaklah seghairah warga Kolompo untuk mendapatkan juadah berbuka puasa. Perbezaan ini menunjukkan Ramadan di Kolompo lebih kepada mahu mencari rezeki berbanding mencari pahala. Pun begitu, negara Indonesia yang mempunyai penganut Islam paling ramai didunia masih ada yang mengamalkan ritual nenek moyang mereka.

Sebagai contoh
, disebuah desa pingitan Sumatera Barat Indonesia,  ada  perkara pelik yang di
lakukan oleh masyarakat Nagari. Seperti kata seorang tokok masyarakat di Sumatera Barat, Labay Sahirin menyatakan bahawa tradisi 'tolak bala'[2] telah lama diamalkan dalam kalangan nenek moyang mereka. Ritual tersebut bukan hanya dilakukan untuk menyambut bulan Ramadan, malah ia juga dilalakukan bagi mengusir segala bentuk bahaya, musibah dan bencana yang mungkin terjadi.

Sebelum ritual itu dilakukan, penduduk terlibat perlu menyembelih sesekor kambing. Daging kambing itu setelah dimasak akan dijamu kepada tokoh agama untuk santapan bersama pada malam selesai proses berzikir. Selepas itu, para tokoh agama dan penduduk setempat akan melakukan 'pawai obor'[3] sambil berarak, mereka mengucapkan kalimat puji-pujian kepada Sang Pencipta. Menurut penduduk setempat, obor itu sendiri membawa maksud semarak umat dalam menjalankan proses berkenaan.  - REPUBIKA.ID


Di Magelang, Jawa Tengah pula lain ceritanya. Penduduk Dusun Dawang diKampung Banjarnegoro, wilayah Magelang menyambut bulan Ramadan dengan acara tradisi 'Bajong Banyu'[4] atau perang air. Tradisi tersebut dimulakan dengan pertunjukan tarian tradisional kuda lumping, topeng ireng dan beberapa pertunjukan seni oleh kumpulan kanak-kanak Dusun Dawang.

Penduduk yang berpakaian tradisinol Jawa itu akan berarak dan berjalan kaki ke sumber air atau dikenali sebagai Tuk Dawung yang terletak kira-kira 500 meter dari kampung mereka. Dengan diringi muzik tradisinol, ketua-ketua masyarakat akan mengambil air dari mata air untuk diisi ke dalam cerek yang dibawa oleh penduduk desa.

Air yang dibawa balik ke kampung mereka kemudian dituang ke dalam baldi besar dan secara simboliknya lima orang akan membasuh muka mereka menggunakan air tersebut dan seterusnya acara perang air pun bermula. Semua penduduk kampung tanpa mengira usia dan jantina akan menyiram air yang diambil tadi antara satu sama lain. Menurut Ketua Dusun, perang air itu merupakan acara simbolik untuk membersihkan diri dan memohon ampun kepada Tuhan, selain saling bermaaf-maafan antara penduduk kampung agar ibadah puasa dapat dilalui dengan keadaan bersih zahir dan batin. - KOMPAS.COM

Itu tadinya adalah sedikit kisah dinegeri seberang. Apakata kita balik menyeberang ke Semenanjung.
Disekitar kejiranan aku, mereka telah bersiap sedia untuk berjamaah solat Isya' dan solat tarawih. Sementara menunggu masuk waktu, selalunya ada sekumpulan otai yang lepak diluar surau, menghisap rokok sambil berbual tentang banyak hal. Perkara yang dibualkan ialah tentang kurma Yusuf Taiyoob, tazkirah melalui media sosial mengenai pembaziran dibulan Ramadan, tip amalan meminum air nabeez[5], nasihat merancang cuti awal, hal harga barang, kisah budak putus jari sebab main mercun dan soal jawab tentang puasa, tarawih dan hal-hal remeh seperti korek telinga dan korek hidung di bulan Ramadan.

Menghampiri waktu solat Isya' lalu  muazzin melaungkan azan:

"Allahu akbar Allahu akbar[2x], Asyhadu allaa ilaaha ilallaah[2x], Asyhadu anna Muhammadar-Rasuulullah[2x], Haiya 'alash-shallah[2x], Haiya 'alal-falaah[2x], Allahu akbar Allahu akbar, Laa ilaaha illallaah" [Perhatian: Azan sunnat diserukan pada tiap-tiap sembahyang fardu, samaada ketika sembahyang sendirian, mahupun berjemaah. Samada ketika dirumah mahupun di masjid. [Sunnat hanya untuk kaum lelaki sahaja].


Berduyun-duyun mereka datang ke surau. Baik lelaki mahupun perempuan. Tak mengira umur, warna kulit atau asal usul. Mereka datang hanya bertujuan untuk sama-sama mengimarahkan surau.  Suara riuh kanak-kanak mula kedengaran. Ada anak-anak yang berlari kesana kesini. Sesekali dimarahi oleh bilal atau siak. Anak-anak berhenti berlari tetapi anak-anak itu akan berlari semula kerana mereka adalah anak-anak yang masih kecil. Usai solat tarawih, anak-anak itu mula berebut-rebut mahu menjamah moreh tetapi diminta untuk beratur. Anak-anak kecil itu akur!

Agak hairan juga apabila masuk minggu ke-dua, anak-anak kecil mula berkurangan. Bukan sahaja anak-anak kecil, malah budak-budak muda juga sudah dilihat terlalu sedikit datang berjemaah-bersama-sama melakukan solat Isya' dan solat tarawih. Yang tinggal hanyalah sedikit warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan budak moreh. Selebihnya yang masih bertahan ialah jemaah dewasa dan orang-orang tua.

Masuk minggu ketiga jemaah di masjid dan surau bertambah kurang. Kurangnya sangat ketara, apabila melihat juadah 'moreh' yang dihidangkan tidak banyak terusik. Jadinya, untuk tidak membazir, juadah yang berbaki terpaksa di-tau'paw[6] oleh jemaah. Minggu-minggu terakhir iaitu Malam Lailatul Qadar, menyaksikan masjid dan surau dilanda suram. Kebanyakan jemaah mula meninggalkan kawasan kejiranan masing-masing untuk balik ke kampung. Lainnya pula mungkin tengah sibuk dibazar Ramadan atau dishopping mall, membeli belah pada saat-saat akhir.  Yang masih tinggal dimasjid dan surau hanyalah sedikit warga tempatan dan selebihnya warga dari luar negara. - Wallahuaklam!


Glosari:


[1]moreh: Jamuan di-masjid/surau selepas solat Tarawih. [2]tolak bala: Menghindari diri daripada ditimpa kejadian [kemalangan] buruk. [3]pawai obor: Berarak dengan membawa obor. [4]bajong banyu: Perang air. [5]air nabeez: Air nabeez adalah air rendaman kurma atau kismis dalam air masak semalaman dalam bekas bertutup dan kemudian diminum pada keesokan paginya. Air nabezz adalah minuman beralkali yang mampu membuang asid dalam perut dan menyingkirkan toksin. [6]taw'paw: makanan yang dibungkus-bawa balik.




No comments:

Post a Comment