26 June 2016

SEPULOH AKHIR RAMADAN




  • 21 Ramadan 1437 Hijrah

    Asalamualaikum!
    Dalam buku 'Amalan Bulan Ramadhan'[ABR] susunan Muhammad Talib iaitu diceritakan pada sepuloh hari terakhir pada bulan Ramadan, Rasulullah SAW menguatkan ikat pinggangnya. Maksudnya, baginda menjauhi isteri-isternya kerana baginda beriktikaf[1] di dalam masjid. Selain itu, pada malam harinya baginda mengajak keluarganya untuk memperbanyak ibadah. Kerana itu, bila kita memasuki sepuloh hari terakhir bulan Ramadan, hendaklah kita memperbanyak amal kebajikan sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah SAW. - [ABR 44 MS 83].

    Diriwayatkan juga oleh Abdullah bin Shamid, bahawa Rasulullah SAW bersabda' iaitu penjelasan mengenai  malam lailatul qadar adalah malam ketika Allah menurunkan firman-Nya ke langit dunia sekaligus. Hal ini berbeza pengertiannya dengan malam nuzul al-Quran ialah saat pertama al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW di gua Hira' yang terjadi pada 17 haribulan Ramadan.

    Mengenai malam lailatul qadar itu disebutkan dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

    "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam kemulian. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemulian itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar"[2]. [Al-Qadar:1-5]

    Allah tidak menerangkan secara terperinci waktu lailatul qadar ini. Yang diterangkan hanyalah nilai keutamaannya, iaitu seribu bulan. Akan tetapi, angka seribu dalam ayat ini bukanlah angka matematik, melainkan sebahagian lambang[3] yang pengertiannya ialah jumlah yang tidak terbatas.

    Adapun saat tepatnya malam lailatul qadar ini merupakan masalah ghaib[4], yang hanya Allah sahaja mengetahiNya. Kita tidak dapat memperkirakan secara pasti malam-malam lailatul qadar itu turun. Kerana itu, Rasulullah SAW tidak menetapkan secara terperinci bila tibanya malam itu, tetapi baginda memberikan perkiraan bahawa kemungkinan besar terjadi pada malam 27 Ramadan[5].

    Apapun penetapan malam ke 27 tidak dinilai sebagai ketetapan mutlak[6], tetapi sebagai kemungkinan sahaja. Jadinya, hendaklah kita menghidupkan atau mencari lailatul qadar dengan berjaga tanpa tidur bermula pertengahan malam sampai datang waktu Subuh pada malam-malam ganjil dalam bulan Ramadan.

    Pada malam bertemu lailatul qadar hendaklah melakukan amal kebajikan, seperti membaca al-Quran, berdoa, berwirid, berzikir atau mengajarkan mengenai agama, yang kita lakukan bertepatan dengan lailatul qadar. Maka itu Allah akan memberi pahala sama dengan pahala orang yang melakukan amal tersebut seribu bulan terus-menerus.


    Hendaklah pada malam lailatul qadar itu kita memberbanyakan amal-amal sunnah. Begitu juga kalau kita mampu mengeluarkan sedekah, hendaklah dilakukan pada malam tersebut. Sedekah boleh diberikan untuk kepentingan masjid atau kepada fakir miskin dan orang-orang lain yang layak kita beri.

    Pada malam terakhir Ramadan pula, disebutkan dalam sebuah hadith yang penjelasannya bermaksud 'Dalam bulan Ramadan, Allah memberikan lima kelebihan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Semua kelebihan itu tidak pernah Allah berikan kepada umat sebelumnya. Di antara lima perkara kelebihan itu ialah  dibukakan pintu-pintu ampunan pada akhir bulan Ramadan bagi orang-orang mukmin yang telah menjalankan ibadah dan amal kebajikan selama Ramadan'.

    'Kerana itu, pada malam terbukanya pintu ampunan yang luas dari Allah kepada hamba-Nya ini, hendaklah kita memperbanyakan mengucapkan istighfar[7] dan berjaga sepanjang malam untuk membaca kalimat thayyibah agar pintu ampunan Allah yang luas itu dapat kita perolehi'.

    'Dengan penjelasan hadith tersebut, sepatutnya kita menilai diri sendiri, apakah layak malam yang sangat berkah[8] itu kita pergunakan untuk suatu aktiviti dengan pembicaraan yang tidak bermanafaat. Sebab malam yang sangat berkah itu memberikan kesempatan kepada kita untuk melebur[9] segala macam dosa yang kita lakukan sebelumnya, baik dengan sengaja atau tidak'. - Wallhuaklam!



    Glosari & Info:


    [1]Beriktikaf [2]Fajar [3]Lambang [4]Ghaib [5]27 Ramadan [6]Mutlak [7]Istighfar [8]Berkah [9]Melebur

No comments:

Post a Comment