03 June 2016

MULTAQA, PERAH OTAK & RESOLUSI



Assalamualaikum!

Salam Jumaat kepada anda yang terserempak dengan blog aku. Semuga anda diluar sana sentiasa dalam keadaan ceria dan nikmatilah kehidupan hari-hari anda seperti anda sedang menikmati 'ice cream'. Ya! Nikmatilah ice cream tersebut sebelum ianya cair.- Mj Kakiconteng 3 June 210




1-
Multaqa!
Lama juga aku menunggu bila agaknya orang-orang bijak-pandai yang digelar intelek serta memiliki daya fikir secara kreatif mahu berhimpun bagi membincangkan agenda penting iaitu perpaduan ummah. Alih-alih, pada suatu malam tu aku terikut rancangan soaljawab  kat tv. Kamaruknya aku hendak mengetahui idea-idea atau pandangan-pandangan dari mereka, sayangnya hanya dua orang sahaja yang berada dikaca tv ketika itu. Masa tayangan aku rasa terlalu singgkat, 30 minit!

Akhbar pulak sudah hampir 20 hari aku tidak membacanya, maklumlah aku sedang bertapa kat dalam kebun, mana ada surat khabar. Jadinya, bila balik ke Kolompo sibuklah aku menyelak-nyelak akhbar lama yang dilonggokan oleh isteri aku. Tak jumpa pulak rencana tentang Multaqa! Semalam, ketika aku mengemas buku dan akhbar lama, alih-alih aku ternampak akhbar lama yang mengandungi maklumat mengenai Multaqa. Dapatlah aku sedikit info tentang perbahasan serta sesi 'perah otak' pada majlis Multaqa Perpaduan Ummah yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia [ILIM] di Bangi pada 18 Mei 2016.

Seperti yang diucapan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad iaitu jika tidak mahu hak kedudukan Melayu Islam terhakis, kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dan Barisan Nasional [BN] ketika ini perlu dipertahankan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 [PRU-14]. Ini kerana hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam [golongan majoriti]  akan hilang dalam lembaran sejarah.

Ujar Tun Abdul Hamid lagi, pada pandangan beliau antara UMNO dan Pas, tidak ada berbezaan ideologi atau prinsip, yang ada hanyalah alasan yang sengaja diperbesarkan untuk hanya menunjukkan ada perbezaan. Tinggal satu halangan sahaja iaitu kepentingan diri, masing-masing takut hilang kuasa, pendapatan dan kedudukan masing-masing. Setiap parti perlu menjawab adakah mereka sanggup berkorban kepentingan diri untuk mengelak malapetaka lebih besar.

Tambah Tun lagi yang juga merupakan Penasihat Multaqa, iaitu pada masa sama pemimpin UMNO hendaklah sedar diri, mereka perlu bersihkan diri dan kerajaan yang diterajui, sebagai parti Melayu Islam, UMNO berada didasar betul, yang rosakkan UMNO adalah pemimpinya. Pas pula, hendaklah keluar dari kotak pemikiran dan sindrom hudud. Pas perlu beri tumpuan isu pokok orang Melayu dan Islam, bukan isu sengaja diperbesarkan. [Oleh Maisarah Sheikh Rahim. Kolompo 18 Mei 2016]


 


2- Perah Otak!

Ooppp!
Take five sekejap. Aku bangun lalu menuju ke-dapur. Panaskan air. Sementara menunggu air mendidih, aku keluarkan bowl, corn flake, raisin dan se-peket minuman bijirin Nestum [28gm] dari Nestle yang katanya ada sumber serat, protein, vitamin A&C  serta ada sumber zat besi. Bila air dah masak, tuang dalam bowl, bubuh sedikit corn flake, nestum serta sedikit golden raisin dan kacau.

Sambung menaip sambil menikmati makanan [bukan minuman] yang aku beri nama Corn Flake with Golden Raisin.  Tentang sesi 'perah otak' dari para peserta seramai 200 orang ketika berlangsungnya Majlis Multaqa Perpaduan Ummah, pastinya peserta yang terpilih itu terdiri para cendekiawan dan pemikir Islam. Seperti yang diberitahu oleh Prof. Emeritus Datuk Dr Mahmmod Zuhdi Ab Majid, iaitu perbezaan politik diakui merupakan faktor utama kepada perpecahan antara umat Melayu Islam.

Ujar Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi lagi, beliau optimis parti-parti politik yang bertunjangkan Melayu dan Islam akan bersatu apabila kedua-dua pihak tidak menolak usaha itu malah menyokong melalui perbincangan ynng dibuat menerusi Multaqa Perpaduan Ummah. Multaqa sehari itu di-pengerusikan oleh Penasihat Mutaqa Perpaduan Ummah, Tan Sri Dr Zulkarnain Awang dan berjaya menghimpunkan beberapa pemimpin UMNO dan Pas antaranya Ahli Parlimen[AP] Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, AP Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Takiri, ADUN Melor, Dr. Md Yusman Yusof serta beberapa bekas pemimpin UMNO.


3- Resolusi!
Usai sesi petang, lalu satu resolusi telah dikeluarkan oleh Multaqa Perpaduan Ummah [Multaqa] iaitu:


I- Membentuk Sekretariat Khas bertujuan:
a] Mengadap Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu mohon campur tangan isu perpecahan ummah.


b] Mengadakan kunjungan hormat ke atas tokoh-tokoh utama parti politik Islam dan pemimpin negeri.

c] Menganjurkan dialog dengan badan bukan kerajaan [NGO] serta masyarakat.

d] Bertemu masyarakat untuk dapat sokongan selesaikan isu perpecahan.

e] Membentuk rangkaian kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk media.

f] Membentuk multaqa golongan muda di bawah 40 tahun.

g] Memanfaatkan media sosial - WhatsApp, Facebook, Instagram untuk semarakan perpaduan.

2- Membentuk pasukan melalui Majlis Dakwah Negara dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia [Yadim]:

3- Melibatkan semua jabatan, agensi Islam bagi menggerakan agenda perpaduan ummah. - [Info dari UM* Khamis 19 Mei 2016]



Nota Lutut :
Wah!
Belum lagi aku habis menaip kat prenggan Nota Lutut, ada yang tidak setuju lalu kene padam. Ini hanyalah salah satu idea bodo' aku. Walaupun nampak bodoh, tidak logik ataupun tidak praktikal tetapi janganlah terus buat keputusan untuk memadam! Apapun, aku doakan semuga Multaqa Perpaduan Ummah yang dianjurkan baru-baru ini mencapai tujuan. Akhir sekali aku nak sebut:"Kita melihat pelita itu tetapi tidak melihat cahayanya". - Wallahuaklam!


 


No comments:

Post a Comment