29 June 2016

BRITAIN - EU [BREXIT]





24 Ramadan 1437 Hijrah

Setahun lalu industri kewangan, pasaran saham dan komoditi dunia telah kecoh apabila ada ura-ura Greece akan meninggalkan Kesatuan Eropah [EU] dan kemungkinan juga Grexit tidak menggunakan mata wang Euro lagi. Jika ia menjadi kenyataan ketika itu mungkin berlaku gelombang panik, sekaligus terjadi kemelesetan ekonomi dunia. Tetapi yang mengejutkan kita hari ini ialah Britain pulak keluar dari EU apabila majoriti pengundi memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah. - [Sila selak entri pada 30 June 2015 - Spekulasi Mainan Barat]


1-
EU. Sebelum aku merapu entah apa-apatah
, apa kata kita imbas sekejap sejarah penubuhan Kesatuan Eropah [EU] yang idea asalnya dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill pada 1946. Namun idea tinggal idea sehinggalah Robert Schuman, Menteri Luar Perancis mencadangkan pembentukan Kesatuan Pan-Eropah pada 1950 bertujuan mengawal pengeluaran arang batu dan keluli di Perancis dan Jerman.

Melalui Deklarasi[1] Schuman, dicadangkan agar kesatuan itu dibuka kepada negara-negara Eropah yang lain. Makanya, pada 1951 komuniti arang batu dan keluli Eropah [ECSC] ditubuhkan melalui perjanjian Paris dan telah menjadi printis kepada pembentukan Kesatuan Eropah moden. Ia dianggotai Belgium, perancis, Itali, Luxembourg, Belanda dan Jerman Barat.

Setelah itu, negara-negara anggota EU pada dasarnya bersetuju memindahkan hak-hak penting seperti dasar kewangan, pasaran dalam negara dan perdagangan luar kepada kesatuan ini. Sehingga Mei 2004, Kesatuan Eropah merupakan blok ekonomi terbesar didunia. Pada waktu yang sama mata wang Euro diperkenalkan dan digunakan oleh 19 negara anggota yang dikenali sebagai Eurozone.


2- BRITAIN. Pungutan suara yang dicadangkan oleh Perdana Menteri David Cameron pada Januari 2013 [sebagai janji pilihan raya sekiranya Parti Konservatif dipilih sebagai kerajaan pada 2015] akhirnya memakan diri. Pada 20 Febuari 2016, David Cameron menetapkan 23 Jun 2016 sebagai tarikh pungutan suara selepas mengadakan rundingan tentang kedudukan Britain dalam Kesatuan Eropah di Brussels.

Pada hari pengundian, dilihat pada kiraan awal pihak Remain [kekal] akan menang tetapi beberapa jam selepas pengundian ditutup undi Leave [tinggalkan] meningkat sebanyak 52 peratus mahukan Britain keluar EU, manakala hanya 48 peratus mengundi kekal. England dan Wales mengundi Leave tetapi Scotland dan Ireland Utara mahukan kekal bersama EU.

R
eferendum[2] itu telah memberi kesan langsung kepada ekonomi dengan pasaran saham dunia jatuh khususnya di London dengan tukaran nilai mata wang Britain menjunam teruk. Kesan lainnya ialah hubungan antara blog dagangan United Kingdom[UK] dan EU terputus dan perlu dirunding semula. Sistem pekerjaan rentas sempadan pula akan dirombak susulan pembatalan keahlian UK dalam EU. Tarif dagangan antara EU dan UK akan kembali kepada asal dan menyaksikan barangan diimport ke UK lebih mahal. 

Keputusan Britain  u
ntuk meninggalkan EU mungkin juga akan memberi kesan kepada Liga Perdana Inggeris [EPL] dimana pemindahan pemain lebih terhad gara-gara langkah
mengetatkan peraturan permit kerja di Britain. Menurut BBC Sport, 102 pemain daripada 552 yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah kali ini datangnya daripada EPL, mewakili 20 peratus jumlah pemain yang beraksi di Perancis.

[Antara pemain yang mungkin  terpaksa meninggalkan EPL kerana menggunakan permit kerja EU ialah Dimitri Payet [WestHam], N'Golo Kante [Leicester City], Anthony Martial [Man United], Philippe [Liverpool], Diego Costa [Chelsea] dan Romelu [Everton].


3-BREXIT.
Diberitakan juga akibat Britain Exit [Brexit][3] ini akan menjangkiti beberapa negara anggota lain yang mungkin petanda bahawa Kesatuan Eropah [EU] itu akan hilang dari radar dunia. Penolakan terhadap EU semakin dirasai di Perancis, Denmark, Itali, Sweden, Hungary, Republik Czech, Belanda, Austria, Sepanyol, Poland serta Ireland.

Bila bercakap pasal istilah
'exit', siapa boleh menyangka pasukan England juga terpaksa exit daripada Euro 2016 setelah tewas kepada pendatang baru Iceland[4] dalam peringkat 16 terakhir. Kekalahan tersebut turut memaksa pengendali England, Roy Hodgson melepaskan jawatannya dengan penuh kehinaan.

Meskipun Iceland sekadar memiliki populasi kira-kira 330,000 orang namun itu tidak menghalang mereka untuk mara ke suku akhir dan dijadulkan bertemu tuan rumah Perancis. England pula yang memiliki penduduk hampir 53 juta orang serta mempunyai liga domestik terkaya di dunia, telah membuatkan penyokong England 'termalu besar' apabila terpaksa exit gitu!



Nota Lutut: Seperti yang didakwa oleh tonggak pertahanan Iceland, Ragnar Sigurdsson iaitu mentaliti pemain England yang menganggap pertemuan dengan pasukannya ibarat 'berjalan di taman' telah menghukum mereka. Manakala Perdana Menteri Britain, David Cameron mengumumkan mahu meletakan jawatan kerana kecewa disebabkan kebanyakan penduduk  menolak kempennya supaya Britain kekal dalam EU.



 Keterangan:
[1] Deklarasi  : Penyataan yang ringkas dan jelas

[2] Referendum : Pungutan Suara.

[3] Brexit     : Britain Exit atau Britain keluar dari EU

[4] Iceland    : Populasi Iceland sama dengan bandaraya Leicester City di England. Agama rasmi ialah Luther tetapi ramai yang berpegang kepada kepercayaan kuno. Disenarai sebagai negara kedua paling gumbira untuk didiami dibelakang Switzerland. Pertama kali memilih wanita sebagai Perdana Menteri iaitu Johanna Siguroardottir pada 2009. Tidak seperti England, bola sepak bukan sukan nombor satu di Iceland. Pulaktu, Iceland tidak memiliki liga bola sepak profesional. Malah, Pengurus Iceland [Heimir Hallgrimsson] turut bekerja sebagai 'part time' doktur gigi. Nantinya, apabila jurulatih dari Sweden [Lars Lagerback] meletak jawatan selepas tamat Euro 2016, Heimir akan mengambil alih pasukan Iceland sepenuhnya.




No comments:

Post a Comment