10 March 2017

CENDAWAN BOLA GOLF!


Tanah Kebun

Satu petang, aku terserempah dengan dua kuntum cendawan unik yang tumbuh dicelah rumput yang baru diketam. Rupa bentuk cendawan tersebut seperti bola golf atau dari kacamata akitek, cendawan tersebut seperti sebuah Pavilion[1] untuk pameran. Aku dengan penuh minat terus mencari nama cendawan tersebut melalui goagle. Dari laman inforum.cari.com.my yang bertajuk 'Jenis-Jenis Cendawan Yang Unik' aku temui beberapa jenis cendawan antaranya cendawan gigi berjangut, cendawan otak, fairy tale, puffball giant[2], ekor ayam belanda, cendawan gigi berdarah, sarang burung, susu biru dan cendawan choridactis.



Dari gambar yang dihidangkan dalam blog tersebut hanya cendawan Puffball Giant yang hampir menyerupai cendawan bola golf tetapi saiznya berbeza. Puffball Giant ukurannya sebesar bola sepak, manakala cendawan yang baru aku temui ukurannya hanyalah sebesar saiz lilit botol air 500ml.

Rasa tak puas hati pulak! Lalu aku goegle sekali lagi. Kali ini aku singgah di-laman Mnidotcom.blogspot.my. Ada 16 keping gambar cendawan popular di Malaysia seperti cendawan tiram, telinga kera, abalon, jerami, ling zhi, cendawan kobis, berangan, peha ayam, cendawan kukur [sisir], shiitake, butang, jarum mas [golden needle] dan perut lembu. Punbegitu, kesemua cendawan tersebut tidak menyerupai cendawan bola golf!


2- Bercakap pasal cendawan, pastinya aku teringat kali pertama aku makan cendawan kukur[3] dan sejenis lagi cendawan seperti telinga kera ialah ketika berumur 10 tahun. Cendawan tersebut emak aku kutip dari pokok getah yang tumbang. Emak biasanya hanya menumis cendawan tersebut dengan bawang merah dan ada kalanya emak campurkan  dengan ikan tamban. Sedap sangat!

Satu lagi cendawan yang sering emak masak ialah cendawan musim[4] yang tubuh selepas hujan. Cendawan yang berwarna putih, berbentuk seperti butang itu, kebiasanya emak masak sup bersama serai. Ketika-tiga jenis cendawan tersebut aku merasainya ketika zaman kanak-kanak lagi.

Apabila sudah dewasa, barulah aku mengenali beberapa jenis cendawan seperti cendawan butang yang dijual dalam tin, cendawan tiram dan cendawan shiitake serta yang terbaru aku  goreng tepung cendawan jarum mas. Rasanya tentulah berbeza apabila cendawan kita goreng, rebus atau ditumis.


3-
Esuk petang sekali lagi aku menghampiri cendawan bola golf. Alamak! Pavilion sudah bertukar warna jadi blueblack. Malah sukturnya sudah sedikit sengit seperti menara jam di Teluk Intan gitu. Aku, dengan senang hati sekali lagi merakam dua keping gambar untuk tatapan peminat cendawan. - Terima kasih  kerana anda sudi singgah di blog Kakiconteng! -[Mj]


4 comments:

  1. Depan rumah sy muncul cendawan bola golf ni.. Banyak Pulak tu

    ReplyDelete
  2. Ohhh! Tentu cendawan tersebut tumbuh di celah-celah rumput jenis cow grass. TQ kerana singgah di blog Mj!

    ReplyDelete
  3. Baru jumpa tadi sy terus google rakut beracun haha sbb sy main pegang je tq kongsi��

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam Nur Amira! Biasanya cendawan tersebut apabila sudah bertukar warna pasti beracun. Setakat kita sentuh dengan tangan tidaklah merbahaya asalkan kita bersihkan selepas itu. Terima kasih kerana singgah di blog Kakiconteng!

      Delete