13 September 2011

APA YANG KITA MAKAN!

New post kali ne masih lagi story pasal makan. Selagi ada perkataan bulan Syawal, selagi tu lah kita buat acara makan-makan sempena Hari Raya Aidulfitri. Acara makan atau openhaus hanya boleh di-adakan pada hujung minggu sahaja, pasal semuanyer sudah sibuk memulakan tugas masing-masing. Bila nak buat openhaus, kenelah rancang! Nak masak apa, berapa jenis, mula jam berapa dan siapa yang nak dijemput. Walaupun istilahnye "openhouse" tapi sebenarnye hanya yang dijemput je boleh datang. Kat kampung lainlah! Pintu rumah sentisa terbuka, tak perlu di-jemput atau hantar kad undangan. Buat openhaus ne kalu xde pembantu rumah, memang memeritkan. Lepas je tetamu balik jam 1200 tengah malam, tuan rumah terpaksa bersengkang mata, bersihkan pinggan-mangkuk, kuali-belanga dan simpan balik barang-barang tersebut kat stor. Lepas tu baru terasa, seluruh badan sakit-sakit. Silap haribulan esok tak datang korje! Demam! Huhuhu...



Bab memilih menu, janganlah buat menu hanya untuk selera dan citarasa saja, tetapi kita kene
sediakan menu yang seimbang untuk kesihatan tubuh badan tetamu kita. Jangan banyak sangat sediakan makanan yang bergoreng seperti chicken nugget, chicken meatball, potatoe wadges,
karipap,nasi minyak, nasi goreng, ayam goreng atau meehoon goreng. Kalau kita banyak makan
makanan bergoreng, mugkin kita kene batuk kering! Hehehe...gurau je. Sabenarnye memakan
makanan yang sudah di proses akan memberi kesan buruk kepada kesihatan kita. Makanan
yang diproses selalunye ditambah dengan serbuk perasa, perisa dan bahan pewarna untuk
mengekalkan ketahanan jangka-hayat. Hujung minggu ne dah mula jemputan openhaus!
Memang seronok ge openhaus, bukan pasal acara makan-makan - tapi dapat berjumpa
kengkawan lama. Selamat menjamu selera! Agak-agak makan tu, jangan sampai jatuh sakit!!!



Cadangan:

Kalau kita merancang untuk buat laksa sebagai menu utama, menu sokongan plak saperti
tuna sandwich, bingka pudding roti, boil potato wedges, coktail chicken sausage, green salad
dan jangan lupa buah-buahan segar seperti betik, tembikai,pisang atau buah anggur. Untuk
minuman plak elok disediakan minuman oren jus atau sekadar ice lemon tea. Jangan lah
sediakan minuman sirap bandung atau teh iced! Kita dahlah makan, makanan yang berminyak- lepas tu ditambah pulak yang berlemak! Wow! berat badan boleh naik mendadak lepas habis bulan Syawal.





Keterangan photo:
Atas sekali ialah contoh susunan meja buffet untuk openhaus. Pic yang kedua ialah nasi himpit goreng bersama serunding daging. Yang ketiga tu pic nasi tomato goreng bersama kuah lontong serta salad Turki. Pic yang ke-empat plak, green salad telur. Pic yg ke-lima ialah photo lama tempat makan yang terkenal dengan panggilan Benteng. Photo ini diambil sekitar tahun 70'an dan sangat terkenal dengan gerai nasi ayam. Pic yang bawah sekali ialah contoh makanan diproses yang sudah digoreng!


Publish post by Kakimakan!




No comments:

Post a Comment