Hari ne hari Jumaat!
Hari kedua di Taman Negara. Pagi ne kene bangun awal pasal ada aktiviti jungle trekking ke Lubok Simpon dan Bulatan Paya. Lepas sarapan pagi kami bertolak menuju jeti Kuala Tahan. Barang yang patut dibawa ialah beg sandang, loction anti nyamuk, baju sejuk, air minuman, tongkat dan kamera.
Jungle trekking bermula dari Park Centre yang jarak perjalanan ke Lubok Simpon lebih kurang 600 meter sahaja. Aku bayangkan jalan tentu becak atau licak (kata orang Sabah), sebab malam tadi hujan. Sangkaan aku meleset, kerana laluan ke Lubok Simpon telah di pasang dengan titi dan anak tangga.
Sepanjang menyusuri hutan simpan ne, kami dapati tiada nyamuk. Yang kedengaran hanya kicauan burung dan sekali-sekala bunyi geseran daun apabila di tiup angin. Akhirnya kami sampai di Lubuk Simpon. Kami berehat seketika di tepi sungai yang airnya berwarna teh tarik! Apabila dah puas menikmati kehijauan hutan hujan yang berumur lebih 130 juta tahun ne, kami berjalan semula menuju Park Centre.
Dari Park Centre kami meneruskan perjalanan ke Bulatan Paya. Apa yang nak di lihat kat sini. Macam biasalah! Pokok balak yang liltannye tiga hingga empat pemelok, akar kayu yang berbelit-belit, paku pakis yang cantik. Trek laluan pulak tak semudah ke Lubok Simpon. Kat sini jalannye becak dan banyak pacat. Tanda arah warna kuning kekadang tak kelihatan. Kalau kami sesat, pasti tak dapat sembayang Jumaat.
Sesekali kami berhenti kerana dah banyak sang pacat hinggap kat stokin! Pacat ne kene buang Beb! Tapi tak payahlah dibunuh. Majid pulak sengaja membiarkan beberapa ekor pacat hisap darah. Katanye baik untuk kesihatan! Dan katanye lagi pacat suka hisap darah kotor. Hehehe! Perjalanan diteruskan, dan kekadang bila jumpa simpang dah tak tau nak ikut arah mana. Apa pun aku kena ikut tapak kaki orang yang terdahulu melalui trek ne. Ikut grak hati lah!
Jam 11.30 pagi, kami keluar menuju jeti Kuala Tahan untuk balik ke tempat penginapan. Jam 12.45 tengahari kami bertiga pergi menunaikan solat Jumaat di Masjid Kuala Tahan. Selesai solat ge makan tengahari. Kalau dah tinggal kat Kuala Tahan, kenelah rasa ikan patin masak lemak tempoyak! Lepas makan kami bercadang untuk buat aktiviti "Birdwatching".
Kali ini perjalanan kami melalui chalet Mutiara Taman Negara. Jalan punye jalan akhirnye kami sampai kat sempadan antara chalet dengan hutan simpan. Nak teruskan perjalanan tapi tak de papan tunjuk arah dan tak tau berapa jauhnye ke lokasi birdwatching. Yang tertulis hanyalah arah ke Canopy Walkway (1.5km), Bukit Teresek (1.7km), Lubuk Lesong (3.8km) dan Lata Berkoh jauhnye 8.5km. Lokasi ne semuaye jauh bangat dong!
Takut sesat lebih baik patah balik. Kami balik menuju jeti Kuala Tahan. Jam 08.00 malam kami turun ke floating untuk makan malam. Kat sini ramai pelancong! Jeti penuh sesak dengan kehadiran budak sekolah yang ambil kesempatan cuti hari Malaysia. Diorang nak pergi "Night Jungle Walk". Lepas makan dan saksikan bebudak sekolah naik boat, kami balik ke tempat penginapan. Esok jam o9.30 pagi kami nak chek-out!
Bulan Disember 2011...
ReplyDeleteKalu sihat dan di murahkan rezeki
aku teringin nak bercuti ke Pulau!