02 October 2011

Kelebihan COKE!


Salam dihujung minggu!
Minggu lepas aku ada terima salinan mengenai kelebihan Coke dari
http://sakan.tripod.com/coke.html. Kelebihan Coke yang ditulis pengirim
menceritakan asal minuman Coke ialah dicipta untuk para pekerja buruh di US. Jenama Coke berasal dari daun coca iaitu cocaine!

Untuk entri pertama bagi bulan Oktober 2011, aku copy sebahagian story
mengenai kelebihan Coke. Macam kata sakan.tripod.com, mungkin anda
boleh mencuba kajian ne di rumah!

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk peniga sup tulang.

2. Untuk mencuci tandas : Masukan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flash'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak? Untuk menghilangkan kesan karat dari bumber kereta jenis chrome: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesan karat hilang!

3. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat: Tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka. Cermin kereta berdebu/kotor dan melekit? Celup tuala dengan Coke dan lap. Tak payah guna tin sembur cuci cermin.

4. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Pewaja mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis
kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah
penyakit osteoporosis.

5. Lihat lori yang membawa air Coke dalam lori tangki,(bukan lori yang bawa Coke dalam botol atau tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis
Bahaya". Lori tangki tu juga diseliputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori itu dihakis.



No comments:

Post a Comment