12 October 2011

Kayuh sa-lepas Subuh!

Hello!!!
Semalam aku ada publish video aktiviti berbasikal yang aku muat-turun
dari Youtube. Video yang bertajuk "Rose Bandit Riding Bikes" tu telah aku delete salepas terima sms dari kengkawan. Maaflah Beb! Sewaktu aku muat- turun video tu aku tak perasan ada lagi beberapa klip video yang menumpang!

Tujuan aku muat-turun video tu untuk berkongsi pengalaman berkayuh,
tapi kalau ada plak klip video lain yang tak sepatutnye di tonton olih bebudak bawah 15 tahun, itu memang patut di delete. Blog aku ne memang sesekali anak buah aku singgah. Kalau dah terhidang depan mata, tentu diorang nak klik jugk kan! Lepas tu klik lagi jauh dan jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kerana perasaan ingin tau! Huhuhu...

Sebenarnye Beb! Ramai gak kengkawan aku yang tak punya pc atau laptop kat rumah. Bukan
pasal tak mampu beli, tapi lebih kepada takut! Takuttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!



Kayuh salepas Subuh!
Pada subuh Jumaat, 14 hb. jam 6.30 pagi kami memulakan kayuh arah ke Pusat Bandar Kuala Lumpur. Nak try camane kalu ge kerje naik basikal. Meyusuri lebuhraya cam selamat je, tapi
sabenarnye tak cukup selamat kerana terpaksa menggunakan laluan lorong kecemasa. Lorong
kecemasan plak kekadang berkongsi dengan penunggang cupcai. Kenderaan yang melalui lebuh
raya tentulah laju, kalu tidak takan dinamakan highway!

Sampai kat Jalan Melaka, jam baru kul o710 pagi. Ingat nak sarapan kat Restoran Bilal Jalan Melaka, tapi belum bukak lagi. Kami teruskan kayuh arah ke Jalan Gereja, masuk ke Bukit
Ceylon dan terus ke Jalan Bukit Bintang. Rehat kejap kat pondok polis berhampiran outlet
A&W. Apalagi, klik sini klik sana lah! Hehehe....






















Sambil klik-klik,
terpandang plak beberapa remaja Melayu masih tido kat atas kerusi batu dihadapan Jalan Bukit Bintang. Kalau tenguk dari pakaian bukanlah gelandangan! Waktu pagi macam ne, remaja lain sibuk ge kolej, ge kerja atau mula berniaga, bebudak Melayu ne masih lagi bermimpi di siang hari! Anak siapa-lah agaknye! Kami tingalkan kawasan Bukit Bintang yang mula sibuk dengan orang ramai yang hendak masuk opis. Kami kayuh melalui Hotel Istana, Hard Rock Cafe dan terus menuju Melaka Street. Lepas tu kayuh melalui jalan belakang menuju Medan Mara, nak sarapan roti bakar!











































No comments:

Post a Comment