05 October 2011

Janin Dalam Rahim!



  • Salam kepda pembaca semua!
  • Semalam, Selasa 4 Oktober 2011. Berita buang bayi sudah jadi macam perkara biasa pulak berlaku di-Malaysia. Yang terbaru kes pembunagan bayi ialah di Flat Taman Segar, Selayang. Macam kata pemberita Ilah
  • Hafiz Aziz :

    "Tiada perkataan dapat di ungkapkan melainkan sangat kejam dan tidak berperi-kemanusiaan apabila seorang remaja perempuan tergamak mencampakan bayi baru lahir
    dari tingkat dua sebuah flat".

  •  
  • Kejadian sebegini akan terus kita dengar dan lihat tanpa kesudahan. Remaja yang lahir dan membesar tanpa pemahaman agama dan ilmu pengetahuan akan terus hanyut! Apabila remaja sudah mendapat lesen dari ibu-bapa atau penjaga, mereka akan meningalkan rumah dengan alasan mencari pekerjaan. Mereka akan tinggal dan menyewa dengan rakan sebaya di bandar-bandar atau tinggal di-hostel yang disediakan majikan.

    Apabila remaja yang asalnya dari desa pingitan itu bergaul dengan teman serumah, bermulalah satu kejutan budaya bagi mereka. Asalnya remaja-remaja itu adalah naif dan pemalu, tetapi sedikit demi sedikit mereka telah berani menggikut rentak rakan serumah yang lebih senior. Bermula dengan mencuba rokok, kemudian arak dan akhir sekali melakukan hubungan sex!

    Pada entri kali ini, aku bukan hendak cerita sangat pasal zaman remaja. Semua kita sudah merasa zaman remaja, dan selepas ini pulak anak-anak kita akan memasuki alam remaja. Sudah bersediakah mereka?
     
  • Proses Awal
    Saat berlakunya pembuahan, sel telur ataupun ovum ibu bersenyawa dengan sperma daripada ayah. Satu daripada jutaan spermatozoa yang paling tangkas, bersenyawa dengan sel telur itu. Pada saat itu juga sebenarnya konsep kehidupan mula berlaku. Kombinasi genetik antara ayah dan ibu menentukan sifat fizikal dan pemikiran anak, melalui kombinasi sekitar 30000 gen dalam diri bayi. 

  • Bulan Pertama
    Minggu ke-4. Janin mengalami pertumbuhan yang cepat sehingga mencapai 10000 kali ganda ukuran saat persenyawaan. Pada tahap ini, organ-organnya seperti tangan, kaki, mata dan telinga sudah mula kelihatan. Begitu juga dengan tulang punggung dan otot-ototnya. Bahkan sistem peredaran darah melalui jantung sudah mula berfungsi. Plasenta atau ari-arinya mula membentuk sistem pertukaran darah yang unik antara ibu dan janin.

    Bulan Kedua
    Minggu ke-8. Organ-organnya sudah lengkap tetapi belum terbentuk sempurna. Jantungnya berdegup lebih pantas berbanding bulan pertama. Sistem penceranaan dan ginjal mula berfungsi. Empatpuloh (40) ototnya sudah dapat digerakan dan bersambung ke sistem saraf. Tulang-tulang muda juga berubah dan semakin mengeras.

    Bulan Ketiga
    Minggu ke-12. Perkembangan organ-organ tubuh janin semakin jelas. Mulutnya mula bergerak-gerak, buka dan tutup. Dia sudah mula mengerutkan dahi, mengangkat alis mata dan menggerakan kepala. Kukunya juga tumbuh di jari-jemari. Tulang punggung dan tulang dadanya semakin terbentuk sempurna.

    Bulan Keempat
    Minggu ke-16. Kini, panjang janin adalah sekitar 15 sentimeter. Badannya semakin berisi dan semakin jelas perbezaan antara organ-organnya. Kepala, leher dan tulang belakangnya juga membentuk lengkungan yang seimbang. Lapisan kulit yang lut sinar terbentuk, menggantikan membran yang meliputinya. Matanya masih tertutp. bentuk hidung, mulut, telinga dan mata juga adalah bertambah baik.

    Bulan Kelima
    Minggu ke-20. Panjang badannya mencapai 30 sentimeter, dengan berat sekitar 0.5kilogram. Ibu mula merasakan pergerakan janin. Sekiranya ada suara ataupun bunyi yang kuat, janin boleh terkejutdan bergerak-gerak dengan kasar. Sesekali, ibu dapat merasakan janinnya meneguk. Pada tahap ini juga, janin sudah dapat bergerak dan berpusing dalam posisi melipatkan tangannya di atas perut.

    Bulan Keenam
    Minggu ke-25. Kelinjar keringat janin mula berfungsi. Kulitnya yang lembut dilindungi dengan lapisan lembut yang dipanggil Verix,
    daripada cairan di sekitarya. Kelopak matanya juga sudah mula dibuka dan dirinya dapat membezakan antara gelap dan terang. Perubahan denyut jantungnya juga sudah dapat dikesan dan dirakam. Janin menimum cairan ketubannya sendiri dan kemudiannya dikeluarkan melalui urin.

    Bulan Ketujuh
    Minggu ke-30. Keempat-empat pancaindranya sudah berfungsi. Janin juga mengenali suara ibunya. Pergerakannya terbatas kerana saiz badanya semakin membesar. Tetapi, dirinya mampu mengulum ibu jarinya. Janin sering membuka mata kerana mahu mencari sesuatu. Air ketubannya juga sudah berkurang menjadi separuh bagi memberi ruang pergerakan kepadanya. Berat badanya bertambah dengan cepat sehingga mencapai 2 kilogram pada akhir usia kandungan mencecah 7 bulan.

    Bulan Kelapan
    Minggu ke-35. Kulit janin mula menebal dengan lemak di bahagian bawahnya. Antibodinya terbentuk. Dia menyerap sekitar 1 gelen air ketuban pada setiap hari. Dalam tempoh tiga jam, air ketubannya sudah berganti dengan yang baru. Dia semakin mengeanali persekitraan, misalnya suara ibunya ataupun suara-suara tertentu seperti bunyi muzik. Berat badannya bertambah sehingga 1 kilogram.

    Bulan Kesembilan
    Minggu ke-38. Berat badannya hanya bertambah sekitar 0.5 kilogram kerana plasentanya sudah matang dan bersiap sedia mahu dilahirkan. Biasanya, janin hanya menambah lemak sebagai pelindung tubuhnya supaya sentiasa berasa hangat. Dirinya sudah pun mengatur posisi supaya mudah dilahirkan.

     
  • Jelas, bagaimana hubungan antara keimanan yang berasal daripada syariat dan ilmu pengetahuan yang perlu dikembangkan berdasarkan pengalaman. Quran memberikan panduan secara umum, manakala sains menghuraikanya. Walaupun begitu, tujuannya jelas iaitu melalui ayat- Nya, Allah mahu menunjukan kepada kita semua, Dia adalah pencipta yang paling sempurna. Apa yang penting adalah, bagaimana kita mengagumi dan mentauhidkan Allah melalui kenyataan yang di bentangkan-Nya dalam kehidupan kita - Wallahuaklam! [Mj].

    Extra: Buku ini menceritakan mengenai Kaabah. Apakah yang terselindung
  • di sebalik pusaran energi Kaabah, sehingga meningkatkan kualiti iman.
  • Apakah keistimewaan yang terdapat pada Kaabah. Mengapa berdoa di-
  • sekitar Multazam itu lebih mestajab. Bagaimanakah cara mendapat pahala
  • solat yang berlipat ganda?



  • Posted by Kakiconteng!





No comments:

Post a Comment