22 October 2011

Tak Nak! Tak nakkkkkkkkk

Rakan blogger yang dihormati,
Selamat bertemu lagi dalam entri Tak nak! Kali ini aku ingin
mengajak anda "Cegah Sebelum Terlambat". Penyakit obesiti, yang dikaitkan dengan penyakit kronik seperti diabetes, jantung dan kanser. Kalau ikutkan saranan pakar, kengkawan kene membuat pilihan yang betul ketika membeli produk makanan.
Makanlah sayuran dan buah-buahan pada setiap waktu hidangan utama. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Buatlah aktiviti fizikal seperti bermain layang-layang dengan anak, berkebun, membersihkan rumah, memasak, berjalan 10,000 langkah setiap hari dan berbasikal. Kengkawan juga mestilah yakin boleh melakukan dan plak mendapat sokongan dari rakan dan keluarga. Untuk amalkan gaya hidup sihat kengkawan kene memupuk minda sihat dan berhenti merokok!

Tak nak!
Memang susah nak berhenti merokok beb! Bangun pagi terus capai sebatang rokok. Lepas tu minum teh tarik, kene lagi sebatang. Ada pulak kawan yang layan minum- can-teklah! Dari 6.30 pagi hingga 1100 malam, sekuranag-kurangnye 15 hingga 20 batang rokok udah dihisap. Banyak kan!!! Kekadang bila stock dah habis, mulalah cari balik kat ash-tray-kalau- kalau ada baki pontong rokok. Teruknye jadi hamba rokok ne. Tanpa disedari juga, kaki rokok ne orangnye pengotor dan suka buang pontong rokok di merata tempat.

Tak nak merokok!
Aku dah lama berhenti merokok beb! Kebanyakan kengkawan aku yang suka kayuh basikal pong dah berhenti merokok. Dulu aku juga kaki merokok. Sehari aku hisap lebihkurang 2 kotak rokok Gudang Garam. Aku dikira penagih tegar rokok Gudang Garam. Kalau tak hisap rokok aku rasa gelisah dan tak keruan! Satu hari aku pergi berjumpa Dr gigi untuk bersihkan plak gigi yang dah mula menebal.

Tak nakkkkkkkkk!
Lepas makan tengahari aku minum iced kosong. Fulamak! Punyerlah ngilu. Rokok pun aku tak hisap pasal sayang kat gigi yang baru dicuci. Lama-kelamaan aku dah tak beli rokok, kalau kawan bagi, aku letak kat bibir tapi rokok aku tak bakar. Akhirye aku berhenti terus. Bila aku lepak dengan kengkawan kat kedai mamak, aku terpaksa tutup hidung-pasal aku dah tak boleh cium bau rokok! Hahaha...



Tak nak sakit Beb!
Sebab itulah aku buat aktiviti berkayuh. Kayuh bukan sahaja kita dapat menyedut udara bersih, tapi boleh membakar kalori! Petang semalam aku kayuh bersama dua rakan facebook iaitu Mahfol Azizah's dan Saiful Azhar Thor's ke frim-Kepong. Kalau nak kayuh ke frim hujung minggu, kene bayar rm3.00 seorang. Berbaloilah kayuh kat frim, suasana tenang, dingin dengan pemandangan hijau!



Extra:
Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan:
# 05 sen untuk peruncit
# 24 sen untuk cukai hasil tembakau
# 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
# 01 sen untuk dinikmati penanam/pengawit tembakau
# 01 sen untuk keuntungan pemborong/ pengedar rokok


(Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen!) Hehehe.....
*Maklumat ne aku ambil dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Publish by Kakikayuh

No comments:

Post a Comment