Salam kepada Kakikayuh!
Aku baru sahaja habis membaca majalah basikal rakyat - RODA PANTAS! Edisi pengenalan Oktober 2011 yang diterbitkan oleh Roda Pantas Resources, Shah Alam-Selangor. Majalah dalam bahasa Melayu yang pertama ne tentu akan lebih menarik kerana akan bersaing dengan majalah basikal yang terdahulu iaitu Cycling Malaysia dan Cycling Asia.
Majalah Roda Pantas sesuai dibaca oleh semua kaki kayuh. Saperti yang ditulis pada salam perkenalan editor oleh Lizam Ridzuan "Bukan sekadar sebuah majalah basikal sahaja, tetapidalam masa yang sama membawa mesej sihat serta cergas dan alam hijau. Majalah terbitan bulan ini, ingin mengajak lebih ramai golongan untuk mendekati aktiviti berbasikal. Selain satu aktiviti yang menyihatkan ia juga seronok dilakukan apatah lagi bersama kumpulan. Selain paparan aktiviti berbasikal di Malaysia, kami juga memberikan anda panduan berbasikal yang betul selain berkongsi idea dan pengelaman bersama anda semua".
Salah satu panduan yang menarik untuk aku paparkan kat entri kali ne ialah first time nak membeli basikal. Nak kayuh basikal apa ye? Mountaine Bike(MTB), Folding Bike, Road Bike>Fixie, BMX atau Hybird (Gabungan eleman basikal bukit dan road). Apa kata kita dengar nasihat dari pakar Roda Pantas!
"Pengalaman saya dalam arena sukan basikal road bermula pada tahun 2006, manakala saya
baru sahaja menjinak-jinakkan diri dalam sukan berbasikal mtb sejak Mac 2010".
*Basikal lumba (Road Bike)
Road Bike merupakan basikal yang trendy dan hanya memerlukan stamina yang cukup beserta
mental yang kuat untuk mengayuh. Bagi saya road bike, untuk mendapat kepuasan kayuhan adalah pada tahap 50km ke atas, jika kurang dari 50km tiada kepuasan akan dirasai. Road bike amat mudah kerana tidak banyak memerlukan teknikal. Ia juga sesuai di kalangan semua peringkat.
*MTB
Adalah pilihan majoriti di kalangan warga Malaysia. Ini adalah kerana segi ketahanan dan kekukuhan dan amat mudah dijaga. Selain dari itu, ia boleh juga dianggap sebagai multi-bike kerana boleh digunakan on-road, off-road dan touring. MTB mungkin tidak selaju road bike tetapi apa yang menarik mengenai mtb adalah dari cara seseorang mengendalikan teknikal semasa off-road. - [Hasan Karim - Kelab Dukect].
No comments:
Post a Comment