16 October 2011

Tik Tuk! Tik Tuk!!!










Salam Bahagia!

Semuga anda diluar sana sihat walafiat hendaknya. Petang Ahad cam ne aku suka ngadap laptop, sambil pekene kopi. Semasa nak publish entri baru, aku selalu chacked dekat Popular Posts dan Live Traffic Feed. Kat sini aku dapat tau pergerakan blog aku. Kat live traffic, yang rajin singgah kat blog aku ialah dari Taipei dan Mountain View-California.


Kawan blogger! Kita sekarang ne sedang menuju ke tahun 2012. Pada bulan November bersamaan kalendar Islam, kita akan merayakan Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah. Lepas tu pada 25hb Disember plak kaum yang beragama Kristian akan merayakan Hari Krismas. Perasan atau tidak, masa begitu pantas bergerak. Tik tuk! Tik tuk! Tik tuk! Udah 16hb Oktober 2011.


Dari siang berganti malam, anak buah aku-dari pandai merangkak dah pun berlari. Dari xde apa-apa- kawan aku dah jadi kayaraya. Begitu -lah pantasnye masa bergerak yang hendak aku gambarkan. Jika dipanjangkan umur dapatlah kita bertemu tahun 2012.

Sepanjang
tahun ne, macam-macam aku dengar dan lihat. Aku dah biasa dengar remaja Melayu buang anak, orang Melayu dimurtadkan dan hidup mewah hasil dadah, rasuah serta pela- curan.
Ada juga aku dengar dan lihat, cerita atau berita yang baik-baik. Yang baik jarang kita debatkan atau persoalkan, kerana pada azalinye kita dilahirkan memang untuk jadi manusia yang baik!

Tik tuk! Tik tuk!
Tik tuk! Masa terus berlalu Beb! Mungkin kauorang pernah singgah kat entri "Janin dalam Rahim" yang aku publish pada 05hb.
Oktober 2011. Entri tersebut telah membuktikan bahawa proses kandungan bayi tidak mampu kita lihat, kerana pandangan manusia sangat terbatas. Tetapi hari ini, kalau si ibu berjumpa Dr. pasti sudah tau jantinanye! Kemudian buka plak internet, dapat plak tenguk pergerakan bayi (contoh sahaja) sewaktu dalam kandungan. Hebatkan! Tapi jangan lupa, Allah maha hebat lagi maha mengetahui. Sabenarnye proses kandungan bayi telah tertulis dalam Al'Quran lebih 1400 tahun dahulu. Tanpa alat canggih saperti 'telescope' proses tersebut telah diceritakan secara terpeinci. Allah jua yang maha hebat!

Tik tuk! Tik tukkkkk.
..Bunyi jam semakin lemah!
Satelah kita mengetahui proses kandungan bayi dengan pandangan yang terbatas, kita melihat kepada realiti plak, proses dari kelahiran bayi- kemudian membesar dengan merangkak, berjalan dan pandai plak berlari. Dari tadika, udah menjadi remaja, kemudian dewasa. Proses dari dewasa ke peringkat tua pulak, kita akan lihat rambut yang dahulunye hitam menjadi putih. Dari pandangan mata yang terang dan mula kabur, gigi yang kuat dan tersusun rapi, sedikit demi sedikit tercabut. Kulit mula kendur, terutama di bahagian muka, dari kuat ingatan dah jadi pelupa pulak! Dahulu punyelah cergas, sekarang ne selalu je sakit-sakit! Huhuhu....


Tik! tik-Stop! Jam dah henti berdetik. Kene tukar betri baru ne! Kalau jam bolehlah kita ganti betri, tapi kalau jantung kita dah mula berdeyut perlahan, nak ganti dengan apa? Apabila dah tua, tak nak plak jaga kesihatan. Makan apa je! Pagi sarapan nasi lemak dengan teh tarik. Tenghari plak-nasi campur siap dengan teh o iced! Hebattttt tu!Petang lepak dengan kawan-kawan pekene roti canai dan teh tarik lagi! Sambil tu hisap rokok...Yang ne lagi hebat Beb! Boleh lepak kat kedai mamak berjam-jam. Apa lagi pasti mengumpatlah!Kalau dah duduk berjam-jam, tentu takde masa nak beriadah! Bukan takde masa Beb! Kita yang habiskan masa kat kedai mamak. Pot-pet! pot-pet! Dari satu bab ke satu bab sambil sedut rokok yang tembakaunye dicampur dengan candu. Malam plak, makan nasi lagi! Siap dengan sirap bandung Beb! - Wallahuaklam!

No comments:

Post a Comment