Salam Jumaat - 7 Oktober 2011
Malam ne kami janji nak kayuh ke Plaza Idaman Gombak. Jam 08.00 malam kami mulakan kayuhan menyusuri lebuhraya Jalan Kucing, dan beluk ke kiri untuk masuk ke Jalan Pahang. Dari Jalan Pahang, kayuh melalui Setapak dan terus kayuh menuju Plaza Idaman, Gombak.
Di Plaza Idaman, kami berhenti rehat untuk minum. Oleh kerana cuaca malam ne sejuk, perut pun rasa lapar! Kami pesan sate ayam dan nasi impit untuk mengalas perut. Ingat ye! Sekadar mengalas perut. Kalau makan sampai kenyang nanti, tentu tak larat nak kayuh!
Sedang kami menikmati rezeki malam, sedikit demi sedikit air turun dari langit. Gerimis pulak! Kami pun tingalkan Plaza Idaman dan singgah kat kedai kopi berhampiran Taman Kamariah. Kat sini kami minum lagi. Jumpa plak si Bakar (otai Kg Manggis), dan dah hampir 30 tahun si Mahfol tak jumpa si Bakar. Inilah yang dikatakan jodoh, rezeki, pertemuan & maut. Kalau tak kayuh ke Gombak tentu si Mahfol tidak berjumpa si Bakar kan! Mulalah diaorang chit-chat kisah silam sambil sesekali tergelak besar. Nampak memang happy diaorang! Hujan masih lagi turun, tapi tak lebatlah! Oleh kerana si Kuzai besok masuk kojer jam 0700 pagi, kami pun terpaksa kayuh untuk balik umah!!!
Aku sampai umah, lebih kurang jam 1115 malam. Sambil sejukan badan sebelum mandi, aku
baca akbar mengenai Belanjawan 2012. Masih lagi kerajaan bagi subsidi terutama beras, tepung,
gula dan minyak masak kepada semua lapisan rakyat. Yang paling beruntung ialah orang kaya.
Dahlah kaya raya, beli makanan pun dapat subsidi dari kerajaan! Tu belum masuk lagi subsidi
petrol dan lain-lain. Olih kerana subsidilah rakyat Singapura dan Thailand beli petrol kat Malaysia. Murah beb! Olih kerana ada subsidi jugalah rakyaat Malaysia seludup keluar gula, minyak masak dan petrol. Nak kaya cepat! Huhuhu...
Berbalik cerita pasal Belanjawan 2012, tak de plak kerajaan umumkan untuk kurangkan harga
basikal atau nak buat laluan basikal di sekitar Kuala Lumpur. Nak tunggu bila? Cuba kita lihat
kejap kat Copenhagen. Ibu negara tersebut diiktiraf sebagai antara bandar raya terbersih di dunia dan bebas dari kesesakan trafik. Ketika ne plak, satu pertiga penduduk Copenhagen berbasikal sama ada ke tempat kerja, sekolah atau ke universiti. Kerajaan diorang (pihak berkusa Copenhagen) telah membina laluan khas untuk berbasikal sepanjang 350 kilometer di seluruh kota tersebut. Sasaran terbaru pihak berkusa Copenhagen ialah menggalakan separuh penghuni kota tersebut untuk berbasikal menjelang tahun 2015!
Posted by Kakikayuh!
No comments:
Post a Comment