26 January 2014

JEMPUTAN DARI ZAABA


Majlis Perkahwinan anak-anak Tuan Zaaba Abd Ghani dan Puan Zaliha Hj Hassan yang berlansung di Dewan Bestari Aminuddin Baki,Jalan Kg Pandan Kelompo!






Keterangan gambar dari kiri ke kanan:
Tuan Zaaba, En Rahim Bakar, En Zainal, En Mat Zain, En Mahfol, Puan Azizah dan Pn Mazlina.




23 January 2014

DOLU DAN SEKARANG!



Assalamualaikum!

I - Dolu! Kehidupan generasi sebelum Merdeka amatlah sukar ketika itu kerana Darurat akibat percubaan oleh Parti Komunis Malaya hendak menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan. Begitu juga bagi kebanyakan generasi yang lahir 15 tahun selepas merdeka. Mereka hidup dalam serba kekurangan ditambah pula dengan harga barang yang agak mahal jika dibandingkan dengan pendapatan mereka.

Mereka
bekerja keras untuk terus hidup iaitu bekerja sebagai penoreh getah atau bertani disawah kepunyaan sendiri atau kepunyaan orang lain. Harga getah dan padi pulak tidak menentu, maka mereka makan sahaja apa yang ada. Berkongsi makan nasi berlaukan ikan masin cekik leher atau setidak-tidaknya ikan tamban goreng. Rumah pula ketika itu tiada bekalan paip dan letrik, mandi kat perigi atau sungai, minum air tadahan hujan, lampu guna pelita minyak tanah atau lampu gaslin.

Makan!
Jika hendak makan ikan fresh, kene rajin memancing  kat sungai atau parit. Nanti dapatlah makan ikan goreng puyu, ikan keli atau merasa masak lemak ikan haruan. Sesekali kalau ada lebih duit, barulah dapat membeli ikan kembong atau ikan pari dari kedai runcit yang berdekatan. Masa tu mereka memang jarang dapat merasa makan udang, sotong atau ketam.

Sayur pula, mereka petik pucuk ubi dibelakang rumah, pucuk paku dipaya atau petik kangkung ditepi parit. Jika musim cendawan pula, dapatlah merasa cendawan telinga kera atau cendawan kukur (krikit) yang tumbuh di kebun getah. Selalunya  mereka lebih senang  untuk mendapat sayuran serta ulam seperti petai, jering, terung pipit, kacang botol, keladi, ubi kayu, ulam pegaga dan selom kerana harganya murah.

Sarapan Pagi!
Mereka bersarapan anak beranak dengan lemping, cekodok pisang, ubi rebus atau pulut bersama ikan masin. Jauh sekalilah mereka nak bersarapan dengan ruti Gardenia atau bijirin Cornflake. Masa tu kalau basuh baju pong guna sabun buku cap kapak, ubat nyamuk guna cap gajah, pening kepala sikit, sapu dengan minyak cap kapak gak dan kalau demam, telan serbuk cap kaki tiga. 


Untuk
menambah pendapatan ada antara mereka yang bercucuk tanam dibelakang rumah menanam sayur, membela ayam, itek atau kambing. Kalau tinggal dibandar pula mereka buat kojer 'part time' kat petrol pam, jual surat khabar, botol atau jual tembaga. Mereka yang pandai masak pulak akan jual nasi lemak bungkus dan kuih-muih dengan menghantar kat kedai kopi.

Selepas Merdeka!
Sekali lagi mereka yang tinggal dibandar macam Kelompo merasa 'darurat'. Kali ne disebabkan rusuhan kaum yang terjadi pada 13 May 1969. Masa darurat ne kalau ada duit pong tak guna pasal mereka tak boleh berbelanja. Barang-barang keperluan harian susah nak dapat, terutama  ikan dan sayuran.

Masa
darurat ramai yang makan ikan sardin dan ikan masin. Sayuran pulak beli pada penjual bermotosikal iaitu sayur pucuk paku, pucuk ubi, jantung pisang, pucuk betik, rebung, pisang muda, pucuk labu, petai dan jering.

Rumah
mereka
yang ada
bekalan letrik,
dapatlah beli televisyen hitam putih. Seronoknya ketika itu  apabila mereka dapat menuntun filem-filem Melayu terutam lakonan P Ramlee, Nordin Ahmad, Jins Shamsuddin, Sarif Dol, Siput Serawak, Saadiah, Sarimah dan lain-lain. Lupa seketika kesusahan, penderitaan dan keperitah hidup selepas Merdeka. Ada gak hiburan dari luar, seperti wayang pacak atau musim-musim tertentu di bandar terdekat diadakan 'fun fair' dan tentulah menjadi keseronokan luar biasa pulak kepada anak-anak muda ketika itu.

Waktu tu! Barang keperluan rumah tangga tidaklah semewah hari ini. Generasi dolu hanya pakai dapur minyak ketika memasak. Kekadang tak mampu beli ubat gigi jenama Colgate apatah lagi kalau nak beli Listerine. Bila nak bercukur jambang atau misai tak guna foamy hanya sekadar guna buih sabun dan air panas. Body spray atau deodorat kalau guna jenama Brut waktu dolu, kira udah mewahlah Bro!
                   
II- Sekarang!
Ramai udah generasi sebelum Merdeka berpindah ke pusara. Tinggal generasi selepas 15 tahun Merdeka melihat anak-anak mereka membesar dalam kesenangan dan kemewahan. Anak-anak muda mereka hari ini hidup dikelilingi dengan kemudahan  seperti kereta, motosikal, peti sejuk, televisyen LCD, penghawa dingin, maikrowave, oven, laptop dan telefon bimbit.

Hadiah!
Ibu bapa yang daholunya mengharungi kehidupan ala kadar, kini memastikan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Anak-anak yang lulus cemerlang dalam peperiksaan sekolah akan dijanjikan dengan hadiah dan wang ringgit. Begitu juga kalau ada anak yang sedikit degil - kene jentik telinga oleh guru kat sekolah, maka ibu papanya cepat-cepat buat report kat polis.

Hidup Mewah!
Apabila setengah permintaan anak-anak tidak dapat dipenuhi oleh ibu bapa, maka terjadilah kes-kes seperti 'Anak Ku Sazali' dimana berlakunya amukan anak terhadap ibu bapa, hanya kerana tidak membelikan telepon bimbit. Anak-anak jadi manja dan mengada-ngada, silap sikit akan memberontak atau lari dari rumah. Lebih teruk lagi, bila lari dari rumah dan tinggal dengan kenkawan dan mula berjinak-jinak dengan rokok atau dadah.

Cara Hidup!
Hari ini kehidupan golongan yang dahulunya miskin udah bertukar menjadi kumpulan yang dikatakan berpendapatan sederhana. Yang sederhana menjadi senang dan yang udah senang menjadikan pula mereka kaya-raya. Kita tidak terkejut kalau majlis perkahwinan anak-anak mereka dibuat kat hotel mewah siap pakai 'wedding planner' lagi.

Kos
sara hidup akan terus meningkat terutama pada golongan bergaya yang tinggal dibandar-bandar besar. Mereka ini sanggup dan sudah bersedia untuk merasai dan melalui kehidupan mereka tanpa risau sama ada harga barang naik atau turun. Berbeza pula pada mereka-mereka yang tidak mampu turut serta dalam kehidupan yang dianggap mewah dan bergaya.

Negara Maju!
Golongan yang tidak cukup bijak tentu tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak dalam hidup mereka. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa  kos sara hidup meningkat dan akan terus meningkat apabila nanti, Malaysia berada sama taraf dengan negara maju seperti Singapura, Hong Kong, Jepun dan Korea.

Biar Papa Asalkan Bergaya!
Jika tidak mampu janganlah berbelanja yang tidak perlu. Kurangkanlah nafsu hendak makan di KFC atau minum di Starbuck. Tidak perlu deodorat jenama Dolce Gabbana atau menyarung baju berjenama Calvin Klein. Ukurlah baju dibadan sendiri! - Wallahuaklam!








19 January 2014

DEERLAND PARK - LANCANG PAHANG


Aku
sambung cerita Bahagian II, melawat Deerland Park yang terletak diBukit Rengit, Lancang-Pahang. Jarak antara Kuala Gandah Elephant ke Deerland Park kira-kira 8 kilometer. Sekiranya kenkawan memandu kereta dari Kuala Lumpur, boleh ikut Karak Highway dan exit ke Lancang iaitu laluan ke Kuala Lipis-Raub. Selepas tu kenkawan akan nampak signboards ke Kuala Gandah dan Deerland Park. 

Entrence Fees!
Waktu operasi dari jam 1030 pagi hingga 0530 petang. Setiap seorang dewasa dikenakan pengeras sebanyak RM5.00 sahaja. Kenkawan boleh melawat sambil belajar tentang pelbagai spesies rusa seperti Javan Rusa, Sike Deer dan Sauba Deer.

Selain
aktiviti memerhati dan memberi makan rusa, kenkawan juga boleh melihat binatang lain seperti burung unta, kucing hutan, burung merak, ular sawa, landak dan pelbagai spesies burung. Pengelaman santai seperti ini juga boleh dikongsi bersama anak-anak ketika musim cuti sekolah.

Kami Berlima!
Aku, Majid, Bahar, Azahan, dan Ammar bergerak dari satu sangkar ke satu sangkar memerhati bintang-bintang yang kebanyakannya kelihatan tidak ceria kerana kehidupan yang terkurung tidak seperti rusa yang lepas bebas kerana kawasan yang disediakan agak sedikit luas.

Waktu Asar!
Kami tinggalkan Deerland Park, menuju kebun Sani yang terletak di Paya Pelantar. Jam tangan menunjukan kul 0415 petang dan kami singgah di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq di Kampung Mempateh, Lancang untuk menunaikan solat Asar.

Kebun Paya Pelantar!
Berehat kat kebun Sani di Paya Pelantar-Karak, sambil menikmati apam balik dan goreng pisang. Kami mandi bergilir-gilir dengan menggunakan air tadahan hujan yang udah ditapis oleh Si Sani. Air tadahan tanpa kelorin ini bila singgah kat badan, fuhhh! terasa sejuk tetapi dapat menyegarkan semula tubuh kami berlima.

Sebelum Magrib!
Jam 0645 petang lebihkurang, kami berlima tinggalkan kebun Paya Pelantar kerana ingin turut serta dalam Sambutan Maulidur Rasul di Madrasah Darul Ulum yang terletak di Kampung Paya Siput, Karak-Lancang. Ketika kami memasuki kawasan Madrasah kelihatan Ustaz Sabaruddin Othman bersama beberapa rakan beliau sedang berdiri disatu simpang sambil tersenyum menyambut kedatangan tetamu.

Madrasah Darul Ulum!
Untuk pengetahuan kenkawan semua, Madrasah ini sebenarnya terletak di kawasan 'Titik Tengah Semenanjung' dan mempunyai kira-kira 200 penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua. Penghuni yang tinggal dan belajar disini adalah mereka-mereka yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma.

Sekiranya
kenkawan ingin melihat gambar-gambar Madrasah Darul Ulum dan story pasal titik tengah, sila klik entri yang aku post pada 19 December 2013 bertajuk Titik Tengah Semenanjung. Entri tersebut adalah kisah aku dan rakan ketika melawat Madrasah Darul Ulum atas jemputan peribadi tuan punya Madrasah iaitu Ustaz Sabaruddin bin Othman.

Maulidur Rasul!
Selepas solat Magrib acara Sambutan Maulidur Rasul dimulakan dengan ucapan ringkas Ustaz Sabaruddin Othman kemudian disusuli  dengan ceramah dari Ustaz Johari. Lepas tu bacaan Qasidah dari penghuni Darul Ulum. Usai solat Isya, acara seterusnya ialah makan malam beramai-ramai
iatu makan sedulang empat orang. Inilah pertama kali aku bersama Majid, Baha, Azahan dan Ammar makan sedulang. Setiap dulang di isi dengan nasi putih, dua ketul ikan patin bersaiz besar, beberapa potongan daging lembu dan kambing, potongan kecil ikan masin dan beberapa potongan ulam petai.

Alhamdulliah!
Selesai makan, kami berlima bersalaman dengan Ustaz Sabaruddin Othaman dengan ucapan terima kasih kerana sudi menjemput kami merasai pengalaman Sambutan Maulidur Rasul bersama penghuni Madrasah. Lebih kurang jam 1100 malam, kami tinggalkan Madrasah Darul Ulum menuju Kuala Lumpur!













18 January 2014

PUSAT KONSERVASI GAJAH-KUALA GANDAH


Selepas Subuh!
Aku memasukan barang-barang yang perlu kedalam backpack iaitu kain palikat, tuala, sabun mandi, berus gigi, lampu suloh (white led), pisau kecik dan racun serangga aerosol dari jenama Mortein. Kali ini aku bersama Majid Tatt, Azahan, Ammar dan Baha akan pergi ke Majlis Maulidur Rasul atas  jemputan peribadi dari Ustaz Sabaruddin Othman, (Madrasah Darul Ulum) yang terletak di Kg Paya Siput, Karak-Lancang.

Pekan Karak!
Walaupong acara Majlis Maulidur Rasul itu hanya akan kami sertai selepas waktu Magrib, tetapi Majid ajak keluar awal sebab nak makan nasi lemak sedap
kat Pekan Karak. Sambil makan kami merancang aktiviti seterusnya iaitu singgah lepak kat kebun Sani di Paya Pelantar. Lepas Zohur kami cadang hendak melawat Pusat Konsrvasi Gajah di Kuala Gandah.

Lepas Zohur!
Selepas solat Zohur di Masjid Al-Ehsan, kereta yang dipandu Majid gerak arah ke Kuala Gandah. Berheti kat kedai makan untuk mencuba ikan patin masak pindang. Alhamdullilah! Perut pong sudah di isi dan perjalanan diteruskan menuju Pusat Konsrvasi Gajah. Daftar masuk sebagai pelawat, isi borang dan  tak kene bayaran. Diberikan stiker untuk dilekatkan kat baju, kira sebagai tanda udah  boleh masuk ke kawasan aktiviti memerhati dan memberi gajah makan.

Aktiviti!
(Kalau istilah Mat Salleh ialah Activities Elephants Observation and Hand Feeding). Pertama kali aku masuk ke sini, memang seronok kerana dapat belajar benda baru hanya dengan pemerhatian. Memerhati gajah dimandikan oleh pelawat dan memerhatikan gelagat pelawat adalah dua perkara yang berbeza. Kita akan terus belajar dan belajar walaupong hanya dengan memerhati!

Soalan!
Sambil memerhatikan gajah-gajah berkubang kat dalam sungai, sempat lagi tu si Azahan bertanya kat  Baha apakah perbezaan antara gajah kat sungai tu dengan gajah duduk di kain palikat. Kalau malas nak berfikir cakap saja taktau dan si Azahan pong bagi jawapan yang buat kami berlima ketawa!

Visitor Schedule!
Ada beberapa aktiviti
lain kat pusat ne seperti memeberi makan gajah, memerhati anak gajah mandi atau makan serta menuntun (video show) mengenai isu-isu berkaitan dengan gajah. Kita juga boleh mendapat info melalui papan-papan iklan yang didirikan kat sekitar pusat tersebut.

Bagi Makan!
Ada beberapa ekor gajah sedang menunggu kalau-kalau ada pelawat yang sudi menghulurkan makanan. Kesian, mungkin gajah ne lapar - jadi Majid dan Ammar pong membeli dua ikat tebu untuk diberikan kepada gajah tersebut sambil berkata "Boleh makan tebu ne, tapi kalau dapat kencing manis tanggunglah sendiri ya gajah". Hehehe!

Deerland Park!
Selesai udah acara memerhati dan memberi gajah makan. Selepas ne kami berlima akan melawat sambil belajar di Deerland Park, Lancang yang lokasinya tidak jauh dari sini. Kalau ikut info yang aku dapat kat internet, kita boleh dapat melihat beberapa jenis rusa seperti Javan Rusa, Sike Deer dan Sauba Deer. Waktu operasi di Deerland Park ialah antara jam 1030 pagi hingga jam 05.30 petang. - Kita jumpa lagi nanti dientri Bhg II, kisah aku berlima melawat Deerland Park, dengan izin Allah!
Info!  Head of Centre National Elephant Conservation Centre, Department of Wildlife and Nature Parks, Kuala Gandah-Lancang, Pahang Darul Makmur. Tel: 09-2790391 Fax: 09-2790398. E-mail : www.wildlife.gov.my
















16 January 2014

SALAM MAULIDUR RASUL


Assalamualaikum!
Rasanya
belum terlambat lagi aku nak ucap Salam Maulidur Rasul kepada kenkawan dan juga kepada pembaca yang sudi singgah sekejap di blog Kakiconteng!

Pada hari Selasa lalu, bersamaan 12 Rabiulawwal 1435, adalah hari memperingati jasa dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada waktu yang sama ketika itu aku hanya tenguk kat talibesen berita  Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Putrajaya.  Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menegur segelintir umat Islam negara ini yang mudah terpengaruh dengan fahaman luar yang dibawa masuk ke dalam masyarakat.

Baginda juga meminta umat Islam sentiasa berusaha memperkukuhkan ikatan persaudaraan serta mengharmonikan perbezaan pandangan walaupun atas dasar mazhab yang berlainan. Titah Seri Peduka lagi, perpaduan wajib dipupuk dan diperteguh supaya umat Islam tidak dipandang rendah oleh musuh yang sentiasa berusaha meneruskan agenda mereka yang tersendiri.

Hari ini, melalui media baru seperti facebook, Whatsapp dan blog kita berkongsi pelbagai comment yang secara terang-terangan menyentuh sensitiviti umat Islam. Segelintir umat Islam lebih berminat berpolemik dalam isu remeh-temeh kerana hanya melibatkan isu cabang dan ranting sahaja. Lebih teruk lagi isu-isu tersebut dipertikai secara membabi-buta. Nampak sangat yang membahaskan isu-isu berkaitan agama tersebut hanya ikut perasaan riak, inginkan perhatian, like yang lebih ramai dari rakan-rakan mereka.

Dalam
Media Baru ini
, masyarakat Islam itu sendiri cuba menonjolkan diri dengan mengupas isu-isu agama dan soal kehidupan harian dengan memuat-naik video serta kapsyen yang boleh memecah-belahkan Kesatuan Ummah. Imej buruk segelintir umat Islam tersebut telah menarik minat kepada musuh Islam untuk campur tangan dan tumpang sekaki bagi memburukan lagi keadaan supaya umat Islam sentiasa dalam ancaman dan kehinaan.

Musuh Islam sentiasa mencari ruang dan peluang untuk melakukan provokasi seperti kisah Alvin & Vivian Lee (13 July 2013) yang dengan niat mempersendekan Bulan Ramadan. Mereka berdua pernah memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh iaitu sup tulang babi, dengan kapsyen "Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh, wangi, enak dan menyelerakan".

Kisah penjinak anjing yang dikenali sebagai Chetz, pernah juga menguris perasaan umat Islam dengan memuat-naik suntingan videonya sendiri yang memaparkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama tiga ekor anjing dengan memasukan latar belakang takbir raya. Walaupong apa alasannya, si Chetz juga tumpang sekaki untuk mencabar kesucian Islam kerana dia melihat ada ruang dan peluang untuk mendapat banyak comment dan Like!

Begitu
juga dengan isu mengenai penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang sedang hangat diperkatakan di Selangor ketika ini. Tiada kata sepakat atau ayat lain iaitu umat Islam sekarang tidak bersatu hati, tidak tegas bila menghadapi perkara yang mempunyai kepentingan bersama. Ada gak segelintir orang Melayu yang berketurunan Islam, menyokong penggunaan kalimah Allah. Bagi mereka menganggap apalah salahnya kalau bukan Islam nak guna pakai kalimah tersebut.

Penyebaran maklumat, photo dan vedio palsu dengan hanya klik share di facebook juga telah menjadi satu kegilaan masa kini tanpa memahami isi kandungannya dan tidak membuat kaji selidik terlebih dahulu, siapakah gerangan yang memuat-naik status tersebut. Kekadang ada status yang dipost  bukanlah orang yang arif, orang yang berilmu tapi hanyalah budak yang masih berhingus. Bila pengikutnya melihat status photo atau vedio tersebut terus klik share dan klik like kerana nak jaga hati friends (rakan maya) kononnya!

Tren penyebaran fitnah dan khabar angin secara meluas (macam surat berantai gitu) juga makin digemari oleh pengguna media sosial kerana mempunyai ciri-ciri keterbukaan, murah, mudah dan cepat. Orang muda atau dikenali juga sebagai generasi Why lebih cenderung mencari sumber ilmu dari Internet. Malah ada yang percaya dan yakin giler bahawa apa yang dipaparkan di Internet adalah 100% betul.

Kebanyakan generasi Why iaitu kaum belia masa kini menjadikan Internet dan rakan kamceng mereka adalah yang terbaek! Malah ada segelintir belia dan remaja berkongsi (share) ayat-ayat al-Quran dan hadis yang sudah diputar-belitkan oleh musuh-musuh Islam. Lebih teruk lagi rakan-rakan mereka bukan sekadar like tetapi memberi comment sehingga fitnah dan hadis palsu terus tersebar sampai mampu membentuk persepsi dikalangan kelompok mereka bahawa maklumat, photo atau vedio tersebut adalah benar.

Jika
kita sedikit rajin membuat kajian dan penilaian terlebih dahulu tentang apakah benar status atau photo tersebut, pasti kita tidak akan terbabit atau bersubahat menyebarkan fitnah dan hadis-hadis palsu dengan menekan butang Share atau Like. Malah jika diselidik latar-belakang orang yang menyebarkan fitnah tersebut kekadang mereka itu bukanlah siapa-siapa pong.  


M
ereka
hanyalah golongan orang yang gagal! Mereka diuji dengan kekayaan, kesenangan dan kejayaan tetapi mereka gagal untuk bersyukur. Diuji pula dengan sedikit kepayahan, kemiskinan dan kegagalan tetapi mereka ini juga tidak dapat menerima hakikat dan tidak re'da.

Selalunnya
mereka akan diuji oleh Allah sedikit sahaja sebagai contoh, tidak cemerlang
dalam pelajaran, gagal dalam pekerjaan, tidak dinaikan pangkat, kecundang dalam percintaan, gagal dalam perniagaan dan kekadang gagal juga untuk hidup bermasyarakat. Kira kelompok penyebar fitnah dan hadis palsu seperti yang aku  sebutkan diatas adalah orang-orang yang gagal dan tidak bersyukur, jiwanya kacau, tidak tenang kerana telah dicabut 'keberkatan' - Wallahualam!



11 January 2014

PIC of THE MONTH!

Mama! Mana Papa?
Lu Kakicontengkan!
Siri I- Terkapai Kapai
Rezeki Itu Sudah DiBahagi - 1
12345 Goyang Goyang!
Siri - Langit Itu Luas
Siri II- Terkapai Kapai!
Rezeki Sudah DiBahagi - 2
Layang Layang Putus Tali
Jom! Go Green
Klik! Klik!
Siri III- Terkapai Kapai
Siri IV- Terkapai Kapai
Siri V- Terkapai Kapai