Maulidur Rasul! Selepas solat Magrib acara Sambutan Maulidur Rasul dimulakan dengan ucapan ringkas Ustaz Sabaruddin Othman kemudian disusuli dengan ceramah dari Ustaz Johari. Lepas tu bacaan Qasidah dari penghuni Darul Ulum. Usai solat Isya, acara seterusnya ialah makan malam beramai-ramai iatu makan sedulang empat orang. Inilah pertama kali aku bersama Majid, Baha, Azahan dan Ammar makan sedulang. Setiap dulang di isi dengan nasi putih, dua ketul ikan patin bersaiz besar, beberapa potongan daging lembu dan kambing, potongan kecil ikan masin dan beberapa potongan ulam petai. |
No comments:
Post a Comment