16 January 2014

SALAM MAULIDUR RASUL


Assalamualaikum!
Rasanya
belum terlambat lagi aku nak ucap Salam Maulidur Rasul kepada kenkawan dan juga kepada pembaca yang sudi singgah sekejap di blog Kakiconteng!

Pada hari Selasa lalu, bersamaan 12 Rabiulawwal 1435, adalah hari memperingati jasa dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada waktu yang sama ketika itu aku hanya tenguk kat talibesen berita  Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Putrajaya.  Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menegur segelintir umat Islam negara ini yang mudah terpengaruh dengan fahaman luar yang dibawa masuk ke dalam masyarakat.

Baginda juga meminta umat Islam sentiasa berusaha memperkukuhkan ikatan persaudaraan serta mengharmonikan perbezaan pandangan walaupun atas dasar mazhab yang berlainan. Titah Seri Peduka lagi, perpaduan wajib dipupuk dan diperteguh supaya umat Islam tidak dipandang rendah oleh musuh yang sentiasa berusaha meneruskan agenda mereka yang tersendiri.

Hari ini, melalui media baru seperti facebook, Whatsapp dan blog kita berkongsi pelbagai comment yang secara terang-terangan menyentuh sensitiviti umat Islam. Segelintir umat Islam lebih berminat berpolemik dalam isu remeh-temeh kerana hanya melibatkan isu cabang dan ranting sahaja. Lebih teruk lagi isu-isu tersebut dipertikai secara membabi-buta. Nampak sangat yang membahaskan isu-isu berkaitan agama tersebut hanya ikut perasaan riak, inginkan perhatian, like yang lebih ramai dari rakan-rakan mereka.

Dalam
Media Baru ini
, masyarakat Islam itu sendiri cuba menonjolkan diri dengan mengupas isu-isu agama dan soal kehidupan harian dengan memuat-naik video serta kapsyen yang boleh memecah-belahkan Kesatuan Ummah. Imej buruk segelintir umat Islam tersebut telah menarik minat kepada musuh Islam untuk campur tangan dan tumpang sekaki bagi memburukan lagi keadaan supaya umat Islam sentiasa dalam ancaman dan kehinaan.

Musuh Islam sentiasa mencari ruang dan peluang untuk melakukan provokasi seperti kisah Alvin & Vivian Lee (13 July 2013) yang dengan niat mempersendekan Bulan Ramadan. Mereka berdua pernah memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh iaitu sup tulang babi, dengan kapsyen "Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh, wangi, enak dan menyelerakan".

Kisah penjinak anjing yang dikenali sebagai Chetz, pernah juga menguris perasaan umat Islam dengan memuat-naik suntingan videonya sendiri yang memaparkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama tiga ekor anjing dengan memasukan latar belakang takbir raya. Walaupong apa alasannya, si Chetz juga tumpang sekaki untuk mencabar kesucian Islam kerana dia melihat ada ruang dan peluang untuk mendapat banyak comment dan Like!

Begitu
juga dengan isu mengenai penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang sedang hangat diperkatakan di Selangor ketika ini. Tiada kata sepakat atau ayat lain iaitu umat Islam sekarang tidak bersatu hati, tidak tegas bila menghadapi perkara yang mempunyai kepentingan bersama. Ada gak segelintir orang Melayu yang berketurunan Islam, menyokong penggunaan kalimah Allah. Bagi mereka menganggap apalah salahnya kalau bukan Islam nak guna pakai kalimah tersebut.

Penyebaran maklumat, photo dan vedio palsu dengan hanya klik share di facebook juga telah menjadi satu kegilaan masa kini tanpa memahami isi kandungannya dan tidak membuat kaji selidik terlebih dahulu, siapakah gerangan yang memuat-naik status tersebut. Kekadang ada status yang dipost  bukanlah orang yang arif, orang yang berilmu tapi hanyalah budak yang masih berhingus. Bila pengikutnya melihat status photo atau vedio tersebut terus klik share dan klik like kerana nak jaga hati friends (rakan maya) kononnya!

Tren penyebaran fitnah dan khabar angin secara meluas (macam surat berantai gitu) juga makin digemari oleh pengguna media sosial kerana mempunyai ciri-ciri keterbukaan, murah, mudah dan cepat. Orang muda atau dikenali juga sebagai generasi Why lebih cenderung mencari sumber ilmu dari Internet. Malah ada yang percaya dan yakin giler bahawa apa yang dipaparkan di Internet adalah 100% betul.

Kebanyakan generasi Why iaitu kaum belia masa kini menjadikan Internet dan rakan kamceng mereka adalah yang terbaek! Malah ada segelintir belia dan remaja berkongsi (share) ayat-ayat al-Quran dan hadis yang sudah diputar-belitkan oleh musuh-musuh Islam. Lebih teruk lagi rakan-rakan mereka bukan sekadar like tetapi memberi comment sehingga fitnah dan hadis palsu terus tersebar sampai mampu membentuk persepsi dikalangan kelompok mereka bahawa maklumat, photo atau vedio tersebut adalah benar.

Jika
kita sedikit rajin membuat kajian dan penilaian terlebih dahulu tentang apakah benar status atau photo tersebut, pasti kita tidak akan terbabit atau bersubahat menyebarkan fitnah dan hadis-hadis palsu dengan menekan butang Share atau Like. Malah jika diselidik latar-belakang orang yang menyebarkan fitnah tersebut kekadang mereka itu bukanlah siapa-siapa pong.  


M
ereka
hanyalah golongan orang yang gagal! Mereka diuji dengan kekayaan, kesenangan dan kejayaan tetapi mereka gagal untuk bersyukur. Diuji pula dengan sedikit kepayahan, kemiskinan dan kegagalan tetapi mereka ini juga tidak dapat menerima hakikat dan tidak re'da.

Selalunnya
mereka akan diuji oleh Allah sedikit sahaja sebagai contoh, tidak cemerlang
dalam pelajaran, gagal dalam pekerjaan, tidak dinaikan pangkat, kecundang dalam percintaan, gagal dalam perniagaan dan kekadang gagal juga untuk hidup bermasyarakat. Kira kelompok penyebar fitnah dan hadis palsu seperti yang aku  sebutkan diatas adalah orang-orang yang gagal dan tidak bersyukur, jiwanya kacau, tidak tenang kerana telah dicabut 'keberkatan' - Wallahualam!



No comments:

Post a Comment