04 January 2014

GREEN CAR FREE MORNNG!


Minggu
pertama bulan Januari 2014 tidak banyak aktiviti yang dapat aku lakukan. Hanya berkayuh santai bersama rakan  dalam program Green Car Free Morning. Acara tersebut dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut-Kelompo!

Jam 0730 pagi! Datuk Bandar Kelompo ada cakap  pasal DBKL akan jadikan Ahad minggu pertama setiap bulan sebagai hari berbasikal di ibu negara. Langkah tersebut kata beliau adalah selaras dengan sasaran ibu negara sebagai bandaraya yang mementingkan alam sekitar dengan mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida di bandar Kelompo.

Program
Green Car Free Morning pagi tu, disertai kira-kira 2,000 peserta blade walk, skate board dan berbasikal mengelilingi kawasan sekitar ibu negara sejauh enam kilometer. Bermula di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut, terus ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang berhampiran KLCC, melalui Bukit Bintang dan keluar semula ke Jalan Sultan Ismail, masuk Jalan Tunku Abdul Rahman dan berakhir di Dataran DBKL.

S
elesai barkayuh aku bersama rakan-rakan berkumpul semula di Dataran DBKL, minum milo free yang disediakan penaja, sambil berbual pasal aktiviti berbasikal. Kalau ikut kalendar, cycling day hari Ahad awal bulan depan ialah pada 2hb Febuari 2014. Sepanjang program tu nanti, sebanyak 15 jalan akan ditutup pada semua kenderaan selama dua jam bermula pukul 0730 pagi hingga 0930 pagi. Antara jalan yang ditutup ialah Jalan Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail dan Jalan P Ramlee.

K
etika acara nombor cabutan bertuah sedang dijalankan, kami terpaksa tinggalkan Dataran DBKL menuju kedai Mamak di Selangor Mansion pasal perut udah keroncong. Lebih baik pekene ruti goyang daripada menunggu cabutan bertuah yang belum tentu tuahnya kata rakan aku.

N
ampaknya
tak ada apa lagi yang nak aku ceritakan kat sini, melainkan nak bagitahu iaitu pada 17 Januari hingga 19 Januari 2014 akan diadakan acara kayuhan OCBC Cycle Malaysia 2014. Kepada kenkawan yang berminat, bolehlah singgah, jenguk atau layari ocbc.cyclemalaysia.commy

Nota Kaki!
Masa aku berkayuh keliling Kelompo tadi, tak nampak pulak kelibat kaum India baik yang tua atau yang muda remaja ikut serta dalam acara Green Car Free Morning! Apa masalahnya diorang ne ya. Remaja diorang ne kalau tak mampu beli basikal mahal belilah yang murah atau sekurang-kurangnya joins program ne guna skate board atau blade walk. Kesiannnnnn!!!

















No comments:

Post a Comment