18 January 2014

PUSAT KONSERVASI GAJAH-KUALA GANDAH


Selepas Subuh!
Aku memasukan barang-barang yang perlu kedalam backpack iaitu kain palikat, tuala, sabun mandi, berus gigi, lampu suloh (white led), pisau kecik dan racun serangga aerosol dari jenama Mortein. Kali ini aku bersama Majid Tatt, Azahan, Ammar dan Baha akan pergi ke Majlis Maulidur Rasul atas  jemputan peribadi dari Ustaz Sabaruddin Othman, (Madrasah Darul Ulum) yang terletak di Kg Paya Siput, Karak-Lancang.

Pekan Karak!
Walaupong acara Majlis Maulidur Rasul itu hanya akan kami sertai selepas waktu Magrib, tetapi Majid ajak keluar awal sebab nak makan nasi lemak sedap
kat Pekan Karak. Sambil makan kami merancang aktiviti seterusnya iaitu singgah lepak kat kebun Sani di Paya Pelantar. Lepas Zohur kami cadang hendak melawat Pusat Konsrvasi Gajah di Kuala Gandah.

Lepas Zohur!
Selepas solat Zohur di Masjid Al-Ehsan, kereta yang dipandu Majid gerak arah ke Kuala Gandah. Berheti kat kedai makan untuk mencuba ikan patin masak pindang. Alhamdullilah! Perut pong sudah di isi dan perjalanan diteruskan menuju Pusat Konsrvasi Gajah. Daftar masuk sebagai pelawat, isi borang dan  tak kene bayaran. Diberikan stiker untuk dilekatkan kat baju, kira sebagai tanda udah  boleh masuk ke kawasan aktiviti memerhati dan memberi gajah makan.

Aktiviti!
(Kalau istilah Mat Salleh ialah Activities Elephants Observation and Hand Feeding). Pertama kali aku masuk ke sini, memang seronok kerana dapat belajar benda baru hanya dengan pemerhatian. Memerhati gajah dimandikan oleh pelawat dan memerhatikan gelagat pelawat adalah dua perkara yang berbeza. Kita akan terus belajar dan belajar walaupong hanya dengan memerhati!

Soalan!
Sambil memerhatikan gajah-gajah berkubang kat dalam sungai, sempat lagi tu si Azahan bertanya kat  Baha apakah perbezaan antara gajah kat sungai tu dengan gajah duduk di kain palikat. Kalau malas nak berfikir cakap saja taktau dan si Azahan pong bagi jawapan yang buat kami berlima ketawa!

Visitor Schedule!
Ada beberapa aktiviti
lain kat pusat ne seperti memeberi makan gajah, memerhati anak gajah mandi atau makan serta menuntun (video show) mengenai isu-isu berkaitan dengan gajah. Kita juga boleh mendapat info melalui papan-papan iklan yang didirikan kat sekitar pusat tersebut.

Bagi Makan!
Ada beberapa ekor gajah sedang menunggu kalau-kalau ada pelawat yang sudi menghulurkan makanan. Kesian, mungkin gajah ne lapar - jadi Majid dan Ammar pong membeli dua ikat tebu untuk diberikan kepada gajah tersebut sambil berkata "Boleh makan tebu ne, tapi kalau dapat kencing manis tanggunglah sendiri ya gajah". Hehehe!

Deerland Park!
Selesai udah acara memerhati dan memberi gajah makan. Selepas ne kami berlima akan melawat sambil belajar di Deerland Park, Lancang yang lokasinya tidak jauh dari sini. Kalau ikut info yang aku dapat kat internet, kita boleh dapat melihat beberapa jenis rusa seperti Javan Rusa, Sike Deer dan Sauba Deer. Waktu operasi di Deerland Park ialah antara jam 1030 pagi hingga jam 05.30 petang. - Kita jumpa lagi nanti dientri Bhg II, kisah aku berlima melawat Deerland Park, dengan izin Allah!
Info!  Head of Centre National Elephant Conservation Centre, Department of Wildlife and Nature Parks, Kuala Gandah-Lancang, Pahang Darul Makmur. Tel: 09-2790391 Fax: 09-2790398. E-mail : www.wildlife.gov.my
















No comments:

Post a Comment