27 November 2016

24 November 2016

Ke TANAH GAMBUT



1- Di Lebuhraya.
Pagi masih muda ketika matahari menghulurkan sinarnya dicelah bukit bukau dan gunung ganang disepanjang banjaran Titiwangsa. Dingin pagi beransur hilang ketika kereta yang dipandu Ammar melepasi jembatan Kuala Selangor kemudian Pasir Penambang dan terus meluncur laju menuju Tanjung Karang. Di Tanjung Karang kami berhenti dipasar basah membeli ikan, sayur dan ulam-ulam sebelum meneruskan perjalanan ke rumah adek Ali yang terletak di Sekincan.


2- Di Sekincan, kami menjemput adek Ali untuk turut serta ke rumah Kak Timah yang terletak di Tananh Gambut. Dari pekan Sekincan, short-cut ikut jalan satu lorong. Dari dalam kereta, retina aku tidak lepas memandang keluar melalui cermin kaca. Saujana mata memandang melihat sawah padi yang menghijau serta burung bangau yang terbang meriuhkan alam. Burung-burung berwarna putih itu hinggap dibatas bendang. Ada yang menyelam kedalam tali air mencari makan. Nun! Sayup-sayup kelihatan dihujung jalan, sekumpulan burung terbang melayang-layang, mengelilingi sebuah bangunan. Bangunan itu digelar orang bendang, sebagai  rumah agam burung walid.

Menjelang pukul duabelas tengahari, kami sampai di rumah Kak Timah. Kami berempat melangkah masuk ke-laman rumah. Di situ ada Abang Ali yang sedang beristirahat disebuah sofa panjang. Kami bersalaman. Menyerahkan sekampit beras, ikan dan sayur-sayuran. Tengahari itu, setelah bersiap mandi dan berwangi-wangi kami pergi ke Masjid Al-Sakirin di Parit Lapan, Tanah Gambut untuk solat Jumaat.




3- Di Rumah Kak Timah.
Bahang panas diluar menerobos masuk melalui jendela yang terbuka. Diatas meja sudah terhidang kari ikan bagok. Karinya pekat. Juga ada goreng ikan sembilang bersama sayur tempe, ulam pegaga, ulam raja, kacang botol, petai rebus dan sambal belacan. Asap dari kari yang pekat itu berkepul-kepul naik ke udara. Kak Timah sibuk menghalakan dua buah kipas kearah meja makan. Abang Ali yang kelihatan sedikit uzur, hanya sengih melihat tingkah-laku isterinya melayan tetamu. Walaupun udara  panas membahang, tidak sesekali mematahkan selera kami. Aku, Mawar, abang Ali, kak Timah, adek Ali dan Ammar, tengahari itu menjamu selera dengan penuh kesyukuran. Alhamdulliah!


4- Petang itu kami memulakan kerja-kerja mengorek, mengisi tanah hitam ke dalam karung guni pelastik dan menyusunnya dalam trak pick-up untuk di bawa balik ke tanah kebun di Lancang Pahang. Tanah gambut yang berwarna hitam itu adalah tanah peroi yang siap berbaja sesuai di-gunakan untuk menyemai benih nangka atau menanam pokok bonsai, ujar adek Ali suatu petang di Lancang.

Melangkah ke pukul 0500, track pick-up yang di pandu Ammar meninggalkan rumah Kak Timah dan Abang Ali yang wajahnya kelihatan sayu ketika kami berjabat tangan tadi. Kereta yang kami tumpangi itu  melalui jalan short-cut yang sama dengan membiarkan cermin tingkap ssedikit terbuka. Biarlah angin dari bendang itu masuk membelai kulit wajah kami. Biar kehijuan padi, burung-burung dan langit senja melihat akan kami yang sedang pulang  untuk mengharungi hidup, mengutip rezeki dari persisiranya. - Cut! 




13 November 2016

CHOW KIT tidak pernah tidur!


Kuala Lumpur
Matahari tugasnya keluar di siang hari dan pulang ketika senja. Senja pun datang menolak siang ke kaki langit. Langit yang berwarna kemerahan itu pelan-pelan bertukar menjadi gelap. Aku segera bergerak ke surau yang letaknya betul-betul di-tengah dua blok apartment. Ketika aku sampai di surau, ada beberapa jemaah sedang duduk berbual di ruang rehat. Aku memberi salam, berjabat tangan dengan jemaah termasuk Abang Aziz dan Mazlan.

Ketika berjabat tangan itulah si Mazlan mengajak aku makan nasi arab di Kampung Baru dan lepas makan mahu berjalan-jalan di sekitar Chow Kit. Ujar Mazlan lagi, Abang Aziz sudah lama tidak turun ke Chow Kit dan teringin pulak mahu berjalan-jalan di waktu malam. Aku angguk tanda setuju. Aku pun sudah lama tidak berjalan-jalan di waktu malam terutama kawasan Chow Kit kerana tidak ada urusan gitu.



12 November 2016

PAGI NOVEMBER



Pagi November tidak sama seperti pagi Oktober. Hujan yang turun malam kemarin masih membekas apabila kelihatan lopak-lopak air yang bergenang disepanjang jalan menuju tanah kebun. Pagi November telah meninggalkan udara panas membahang lalu datang hujan di luar musim sehingga Disember yang kadang-kadang membawa musim banjir diluar jangka.

Aku sudah berdiri diatas tanah kebun yang tanahnya masih basah. Sekawan burung pipit memilih untuk bertengek di talian letrik, berdecit berulang-ulang, menunggu sinar matahari pertama keluar dari kamar tidurnyaAku masih tercegat, memijak tanah disini. Melihat sekeliling dan pernah mencatat peristiwa tentang pagi, tentang pohon-pohon nangka, kelapa, mangga, nenas dan limau kasturi.

Akulah pencatat waktu ketika petang bertandang, menantap dedaun buluh menari-nari. Ketika itu bersama isteri ada kopi dan goreng pisang diatas meja. Betapa runduknya kami tatkala berbicara tentang tanah yang kami pijak, tentang parit yang telah menjadi sungai. Di dalam sungai itulah anak-anak ikan talapia, patin dan keli bergaul mesra.

Aku juga pernah merakam tentang malam, tentang semilir angin yang menyangkut pada pohun dan daun-daun nangka. Tentang wap kering yang mengapung didalam pondok ketika kami makan nasi berlaukan ikan tongkol goreng dan sayur tumis jantung pisang. Pernah kucatatkan juga tentang malam yang datang, dimana panas malam terbawa kedalam mimpi. Sehingga aku termimpi dan terigau[1] bilamana terlalu mengharap datangnya angin dan hujan agar aku dapat tidur lena. Z-Z-Zzzz!


2-
Pagi November. Cuaca masih berjerebu di Kuala Lumpur ketika aku bersama rakan bersarapan disebuah restoran India Muslim. Kami berbual tentang bola sepak, tentang Facebook tersalah letak status Mark Zuckerberg mati, tentang Daesh, Donald Trump, tentang gaya hidup sihat, tentang penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Dari jauh kelihatan seorang lagi rakan datang berjalan terhenjut-henjut. Dia menarik sebuah kerusi lalu duduk mengadap kami. Dia bercerita tentang dirinya yang telah dijangkiti kencing manis. Kami terdiam sejenak.

Rakan aku seorang lagi mencadangkan untuk mengurangkan kadar gula secara semula jadi ialah dengan memakan 'superfood' iaitu peria katak[2]. Peria katak dikatakan berkhasiat dan boleh mengurangkan masalah obesiti dimana penyebab gula berlebihan dalam badan. Peria katak dikategorikan insulin[3] semula jadi. Diberitakan juga peria katak mengandungi bahan semual jadi 'phyto-insulin' yang berupaya mengurangkan paras gula dalam darah. Selain mempunyai sifat anti-diabetik, peria katak juga kaya dengan potassium[4] yang bertindak balas dengan sodium [garam] didalam badan.

Menggikut kata pakar, penyakit diabetis[5] tidak dapat disembuhkan, tetapi boleh dikawal. Sekiranya pengidap tidak bergantung kepada insulin ada baiknya pengidap menjalani kehidupan aktif. Sebenarnya menjadikan diri aktif adalah satu cara yang hebat untuk pengidap kencing manis atau diabetis.

Untuk menjalani gaya hidup sihat, disarankan berjalan seribu langkah sehari untuk kebaikan jantung atau berlari bagi membuat otak berfungsi dan menyimpan maklumat lebih baik. Ketika berlari, sejenis protin iaitu cathepsin B[5] akan dirembes keluar dan seterusnya membantu otot memulihkan diri dan mempercepatkan memori.


Kami bertiga mahu hidup sihat[6] tanpa penyakit kalau boleh lalu kami sepakat untuk melakukan aktiviti backpacker ke Taman Negara Endau-Rompin. Rancangan telah diatur. Kami akan bergerak pada pagi Ahad [25/12/16] iaitu bersempena cuit umum X'Mas. Bermula dari perhentian bas Jalan Pekeliling kami akan menaiki bas ke-terminal bas di Kuantan, Pahang. Dari Kuantan kami akan menaiki bas menuju Bandar Baru Rompin. Tiba di bandar Rompin nanti barulah kami bincangkan tentang aktiviti seterusnya. - Walahuaklam!




Nota Lutut:
[1]Igau [2]Peria Katak: Buah peria tidak digalakkan diambil oleh golongan ibu mengandung kerana boleh mengecutkan uterus dan menggalakan kelahiran bayi tidak cukup bulan. [3]Insulin [4]Potassium [5]Diabetis: Diabetis menyebabkan gula darah berlebihan terkumpul didalam darah dan tidak mampu pergi kedalam sel-sel anda. [6]Cathepsin B [7]Hidup Sihat: Bermaksud tanpa pnyakit keronik, dapat mengawal emosi dan hidup bermasyarakat [bersosial].

11 November 2016

SEMINGGU DI TANAH KEBUN




Di Tanah Kebun

Seminggu telah berlalu. Dalam tempuh tersebut, aku dan isteri hanya mendengar berita melalui kaca tv buntut besar yang bersiaran pada jam 8 malam di tv3. Antara berita yang menarik perhatian orang ramai ialah tentang kenaikan harga petrol, tentang barang kawalan yang disorok dan diseludup ke negara jiran seperti minyak masak dan gas memasak. Tidak terkecuali juga tentang dakwaan yang George Soros[1] melalui Open Society Foundation[OSF] kononnya menyalurkan dana bagi membiayai demonstrasi jalanan yang sering diajurkan oleh Baju Kuning[2].

Selepas itu, hangat pula cerita di media sosial yang kononnya [kononnya kali-2] Malaysia sedang dijual, bertujuan menakut-nakutkan orang ramai ekoran lawatan kerja[3] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara China. Alih-alih, cerita tentang minyak masak yang di sorok oleh peniaga, tentang George Soros, tentang Malaysia kena jual senyap seketika. Tumpuan manusia di planet Bumi terarah kepada kejayaan bilionair Donald Trump[4] menewaskan calon Demokrat Hilary Clinton untuk menduduki kerusi di White House[5].

Keputusan yang mengejutkan dunia itu juga membolehkan Donald Trump mengantikan Barack Obama[6] sebagai Presiden AS ke-45 berkuat kuasa pada 20 Januari 2017 manakala Gabenor Indiana, Mike Pence[7] dinamakan sebagai Naib Presiden AS. Kesan dari kejutan dan dasar ketidaktentuan Donald Trump itu mengakibatkan pasaran saham dunia merudum, manakala mata wang dolar jatuh berbanding Yen dan Euro. Mata wang Mexcio, iaitu Peso jatuh pada tahap paling rendah tetapi harga emas naik lebih lima peratus. Begitu juga dengan pasaran saham Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan  turut jatuh tiga dan 0.6 peratus.


2- Bukan sahaja manusia di kota besar yang shocking atau  terlopong mulut, malah masyarakat yang tinggal di pinggir bandar termasuk orang kampung juga ternganga mulut, terkebil-kebil mata, bilamana mendengar Donald Trump sebagai Presiden Amerika [AS]. Barangkali jika ada mahkluk lain seperti kucing misalnya yang mengikuti perkembangan dunia hari ini, tentu kucing tersebut turut terkejut beruk. Mana tidaknya, kemenangan luar jangkaan Donald Trump itu akan memberikan pelbagai implikasi kepada komuniti yang tinggal di planet bumi.

Paling merisaukan ialah penduduk Islam di Amerika itu sendiri. Ini kerana bakal Presiden Amerika itu pernah membuat kenyataan paling kontroversi dalam kempen beliau tentang Islamphobia[8]. Malah, ketika ini masyarakat Islam AS berasa tidak selamat. Mereka takut dan bimbang kerana ramai orang Islam di Amerika yang datang secara sah bukan warganegara AS.

Kebimbangan orang Islam terutama penduduk belah Asia ternyata berasas bilamana Trump berjanji akan memperhebatkan kempen pengeboman untuk menghapuskan militan Daesh. Malah, beberapa penganalisis politik berpendapat serangan ke atas negara-negara Islam [Iran dan Syria] tidaklah mustahil berlaku kerana sifat kebencian Trump kepada pengganas Daesh dan masyarakat Islam.


3- Pada pagi 10 November, pasaran saham dan dagangan komoditi dunia tetiba kembali pulih sehari selepas kemenangan Donald Trump. Berita ini sekaligus menidakkan spekulasi[9] dan ramalan penganalisis kononnya kemenangan Trump akan membawa kesan buruk berpanjangan. Permainan spekulasi dan wayang penganalisis itu membuatkan manusia yang menggikuti perkembangan dunia melihat kesemua pasaran saham utama Asia pulih secara mendadak malah mengalami peningkatan lebih tinggi berbanding kejatuhan yang dialami semalam.

Paling buat kejutan ialah kemampuan saham utama AS iaitu Indeks Dow Jones[10] yang mencecah paras tertinggi dalam sejarahnya, iaitu indeks berada pada paras 18,589.69 mata. Bagaimanapun, nasib tidak meyebelahi ringgit [ayat yang manis gitu!] apabila mata wang [RM] merosot kepada RM4.2595 berbanding dolar, iaitu paras terburuk sejak Januari. Pemerhati pasaran  pula menganggap pemulihan saham hari ini hanyalah sementara memandangkan Trump masih belum menjadi Presiden AS secara rasmi.




4- Bukanlah cerita dongeng seribu satu malam sekiranya bakal Presiden AS itu tidak mengotakan ikrar dan janji yang dibuat ketika berkempen dahulu. Antara janji Donald Trump ialah mahu mengusir semua pendatang tanpa izin yang dianggarkan kurang daripada 168,000 orang keluar dari AS. Selain itu beliau akan menyekat kemasukkan imigran dari negara-negara yang dilebal cenderung kepada keganasan termasuk pelarian perang Syria.

Dari sumber Agensi pula memberitahu, Trump melalui dasar luarnaya tidak dapat memberi jaminan perlindungan kepada negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara [NATO] jika di serang. Malah AS akan mengundurkan semua askarnya dari Eropah dan Asia sekiranya sekutu-sekutunya gagal membayar lebih bagi mendapatkan pelindungan AS.


 

5-  Di bawah kuasa Donald Trump nanti, beliau mahu menjadikan Amerika hebat semula dimata dunia. Sudah tentu AS tidak akan memberi laluan mudah kepada China dan Rusia untuk menjadi kuasa besar dunia terutama dalam ekonomi dan ketenteraan. Untuk tujuan itu, Trump bersama-sama anggota Kongres yang dibayangi oleh kebanyakan bilionair Yahudi akan mengatur perancangan teliti seperti membatalkan bayaran berjumlah berbilion-bilion dolar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sekiranya tidak mengikut segala arahan dari AS nanti.



6- Berbalik kepada rasa terkejut atas kemenangan Donald Trump, sebenarnya tidak semua yang terkejut atau harian sehingga mulut terlopong atau mengaru kepala walaupun kulit kepalanya tidak ada kerak-kerak kelemumur. Malah segelintir masyarakat di Malaysia terutama golongan marhaen[11] yang kureng arif tentang politik dan ekonomi dunia tentulah tidak ambil peduli. Ini dapat dilihat melalui pengkongsian pautan sesuatu berita dengan membuat ulasan sendiri dimuka facebook misalnya.

Individu yang tahap pemikirannya tidak sihat akan mencari hal-hal semasa negara termasuk berita terkini kemudian meletak pada muka facebook lalu memberi komen yang tidak baik. Ramailah yang menjawab ulasan tersebut manakala berpuluh-puluh lagi menekan butang Like malah ada yang Share tanpa usul periksa.




  • 7- Masyarakat marhaen di kampung lebih berminat berhujah di warung-warung kopi walaupun sesuatu berita itu sebenarnya hanya rekaan dan berlegar di media sosial sahaja. Tanpa usul periksa akan sumbernya, mereka bertegang urat mempertahankan isu-isu yang tidak sahih lalu terbentuk jurang pemisah antara dua kelompok masyarakat. Satu golongan membalut minda mereka dengan warna kuning dan satu kelompok lagi minda mereka diselaputi dengan warna merah. Golongan-golongan ini disibukan dengan isu-isu remeh-temeh lalu membazirkan minda, kesihatan, masa dan wang ringgit. Mereka terus dihasut syaitan hingga lupa diri bahawa khabar yang tidak benar itu adalah satu fitnah[12] dan fitnah itu adalah salah satu dosa besar. - Wallahuaklam!


    Nota Kaki:
    [1]George Soros [2]Baju Kuning [3]Lawatan Kerja [4]Donald Trump [5]White House [6]Barack Obama [7]Mike Pence [8]Islamphobia [9]Spekulasi [10]Indeks Dow Jones [11]Marhaen [12]Fitnah.



04 November 2016

Kuala Tahan-Jerantut-Kolompo!




Malam Itu.
Hujan rintik-rintik masih berterusan barangkali membawa waktu ke tengah malam. Sebaik selesai menonton perlawanan bola sepak, aku dan Baha tinggalkan warung kopi menuju chalet melalui hadapan Jai Guest House, Abot Guest House, Mini Market, Rayyan Hostel dan turun ke bawah kerana ingin melihat bot-bot yang berlabuh di tebingan Sungai Tembeling. Esuk! Ya esuk pagi kami akan melintas Sungai Tembeling untuk melakukan aktiviti jungle trekking.



Pagi Ahad.
Kami awal-awal pagi sudan menungkas melalui lorong sempit yang becak dan sepakat menuju warung kopi berhampiran bus stop. Pagi itu Baha bersarapan nasi lemak dan secawan teh, aku pulak bersarapan sekeping ruti canai dan teh panas. Sarapan pagi itu hanya  rm3.00 seorang sahaja[1].

Selesai sarapan, kami berjalan menuju Jetty's Crossing sambil aku mengendong day backpack yang isinya sebotol air mineral [500ml], sedikit biskut, tiga ketul bun kelapa[200gm], kamera, telepon, tuala 'good morning', emergency poncho bernilai rm6.90[2], pemetik api, first-aid plaster dan deep rub [untuk melegakan sakit otot]. Dalam beg si Baha pula, di isi dengan sepasang seliper getah, sehelai seluar mandi, tuala, emergency poncho, selfie monopot, setin mosquito spray, lampu suluh dan sebotol minyak hangat cap kuda.



Kami menumpang bot untuk ke HQ Park Centre [Jabatan Perhiltan Taman Negara] dengan membayar tambang cuma rm1.00 seorang[3]. Singgah di pejabat Taman Negara dan diminta untuk mengisi borong pendaftaran. Bayar untuk permit masuk rm1.00[4] seorang dan lesen kamera rm5.00[5]. Sebelum memulakan jungle trekking, kami membaca peta [trail map] yang dipacak diluar pejabat perhilitan. Ketika itu kelihatan sekumpulan pelajar sekolah menengah bersama beberapa guru sedang memulakan senaman panas badan sebelum melakukan aktiviti rentis dalam hutan.


Kami memulakan langkah pertama, merentis menyusuri tebing Sungai Tembeling menuju Bumbun Chegar Anjing yang jaraknya sejauh 3.1 kilometer. Ketika berjalan, aku bayangkan trek laluan pasti lecak dan berlumpur kerana semalam hujan turun rintik-rintik hingga membawa ke Subuh. Sebaik memasukki kawasan rentis, kelihatan papan tanda yang memberitahu:
'Menghayati keajaiban alam semulajadi. Lindungilah sepertimana alam menghajatinya. Ia adalah syurga dunia'.


Sangat santai kami berjalan di atas titi. Walaupun begitu kami tetap berhati-hati, takut tergelincir disebabkan permukaan titi yang licin. Sambil berjalan kami melihat kesan sondolan dan lopak air yang menjadi kegemaran babi hutan berkubang. Terdengar siulan burung-burung, tupai melompat dari dahan ke dahan. Tumbuh-tumbuhan yang menghijau, ada tinggi ada rendah, ada besar ada kecil. Ada yang sedang berbunga, sedang berputik dan sedang berbuah. Buah-buahan itu pula ada yang boleh di makan, ada yang boleh menjadi ubat dan ada pula yang beracun.


Pelbagai spesis pokok boleh ditemui di sini. Malah, senang pula kita mengetahui jenis-jenis pokok kerana sudah di tanda nama antaranya pokok Lundai, Rambutan Pacat, Sebasah, Macang dan lain-lain. Lebih kurang 30 minit perjalanan, kami berhenti di Lubok Simpon. Sambil meneguk air, kami memerhatikan sebuah bot dengan lima penumpang sedang bergerak, sebuah bot lagi  berlabuh di tebing sungai, sepasang pelancung Mat Salleh sedang mandi, seorang lelaki duduk di pondok wakaf sedang makan  dan seorang budak lelaki leka bermain di-gigi air.

Hampir 10 minit kami berehat di Lubuk Simpon lalu kami meneruskan perjalanan merentis hutan melalui titi yang terpaksa didaki, sesekali berselisih dengan pelancung Mat Salleh. Kami bertegur sapa dengan berkata 'Hello, good morning' itu sahaja. Kami terus berjalan dan berjalan sehingga sampai pada laluan bertiti yang terakhir. Langkah di teruskan. Kali ini kami terpaksa pula berjalan diatas permukaan single trek yang sedikit lecak. Setelah berjam-jam menelusuri  dan   kepenatan terasa, akhirnya kami sampai di Bumbun Chegar Anjing.

 

Di Bumbun Chegar Anjing, kami melepaskan penat dan peluh jantan sudah membasahi separuh kemeja-T yang kami pakai. Kata pakar, berjalan seribu langkah sehari baik untuk jantung tetapi kali ini jantung kami degupnya sangat laju. Terasa lelah. Lelahnya seperti orang mengidap asma pulak. Si Baha lantas membuka baju yang di pakainya kerana kepanasan. Aku pulak meneguk air kerana kehausan. Kami berdua berehat agak lama di sini sambil makan ruti kelapa sambil berbual tentang aktiviti petang nanti.

Tenaga kami sudah pulih. Kami bergerak meninggalkan Bumbun Chegar Anjing dan berpatah balik ke HQ Perhilitan. Berselisih dengan beberapa pelancung lagi dan lebih kurang pukul 1235 tengahari, kami sudah pun berada dalam bot tambang untuk menyeberang. Bayar tambang seringgit seorang[6] dan terus bergegas ke View Floating Restaurant. Lapar dan dahaga sangat. Kami berdua sepakat memesan Char Keow Teow goreng dan air tembikai yang harganya rm12.00[7] seorang.

Balik ke chalet. Mandi. Aku sapu betis yang uratnya sedang tegang dengan minyak hangat cap kuda. Tengahari solat dan terus terlena. Kononnya selepas Asar kami hendak rentis ke Canopy Walkway yang jarak laluannya sejauh 1.9 km sahaja. Oleh kerana keletihan agaknya, kami hanya terjaga ketika azan Magrib berkumandang di handpon aku.

Malamnya, usai solat Isha' kami keluar makan malam sambil layan final bolasepak antara Selangor dengan Kedah. Kedah Juara. Bayar harga makan malam rm9.00[8] dan kami menapak di tengah malam - tiba di chalet pukul 1215 pagi. Pagi Isnin, mandi dan solat. Berkemas untuk pulang ke Kolompo. Serahkan kunci chalet, bergerak ke bus stop. Sementara menunggu bas, kami berdua sarapan teh panas dan ruti canai. Bayar rm3.00[9] seorang.

Dipendekan cerita. Pukul 7.57 pagi bas sampai. Bayar tiket bas rm7.00 seorang[10]. Tiba di Teminal Sentral Jerantut kul 8.45 pagi. Pukul 1010 pagi, bas gerak dari Jerantut menuju Jalan Pekeling Kolompo dengan membayar harga tiket rm18.40[11]. Kami tiba di perhentian bas Jalan Pekeliling jam 1130 pagi. Naik lrt guna kad TouchN'Go ke stesen Masjid Jamek. Menapak ke Selangor Mansion untuk pekena nasi putih, lauk kari kambing masak kurma dengan bayaran rm7.00[12] sepinggan. Lepastu! Lepastu kami berpisah. - Cut!


Nota Kaki:
Perbelanjaan pada hari kedua dan ketika ialah sebanyak rm73.90. Jika dicampur dengan perbelanjaan hari pertama sebanyak rm116.30, maka jumlah keseluruhan bagi perbelanjaan backpacker ke Taman Negara Kuala Tahan [3 hari 2 malam] hanya memerlukan sekitar rm200.00 sahaja. Haa! Apa tunggu lagi, pikul beg dan rehatkan minda di Kuala Tahan.