30 April 2012

Anak Kak Hajar Nikah!


 Tengahari semalam aku terima pangilan dari adik aku Majid, ajak ge Cheras. Katanya ada majlis akad nikah anak Kak Hajar salepas Asar. Bolehlah aku ge, pasal aku habis kojer jam 0300 petang. Macam biasalah kalau diajak ke majlis, aku tak lupa bawa kamera Canon EOS 400 Digital. Kat bawah ne aku uplad photo pernikahan anak Kak Hajar!






Sabelum akad nikah, Tok Kadi bagilah taklimat ringkas pasal tanggung jawab suami kepada isteri. Yang menariknye Tok Kadi story pasal lembu dengan tuanya. Storynya lebih kurang begini : "Tadi makan apa tuan?". Tanya lembu. "Aku makan nasi lemak". Jawab tuannya. "Oooh! Aku makan rumput aje" kata lembu. "Makan nasi lemak ne boleh ngantok" kata tuan lembu. "Aku tadi pun banyak makan rumput dah nak mengantuk ne" Sang lembu bersuara lagi."Kalau gitu kita tido dululah" kata tuan  kepada lembu. Olih kerana nenyaknya tido, lembu dan tuannya tak sedar udah masuk waktu sembahyang. Tiba-tiba lembu terdengar azan "Allah Huakbar Allah Huakbar". "Eh! bunyi apa tu tuan?". "Itu kan bunyi azan tanda udah masuk waktu sembahyang. Kau tak sembahyang ke lembu?" tanya tuan kepada lembunya. "Aku tak sembahyang! Kan aku ne lembu. Tuan tak sembahyang ke?" Tanya sang lembu kepada tuanya. "Tak! Aku ngantok sangat ne". Moral kepada story ne tentu kita faham kan! kan! kannnnnnnn!





25 April 2012

IMAGES 10

Hello!
Camera Model Sony Ericsson
Cyber-shot 3.2 Auto Focus

Tersadai!
Camera Model Nikon Coolpix S3000
Nikkor 4x Wide Opical Zoom
Kueh Koci!
Camera Model Canon EOS 400D
Show Time!
Camera Model Canon EOS 400D
Putus Hubungan!
Camera Model Sony Ericson
Syber-shot 3.2 megapixel
Tapai Pulut Hitam
Couple!
Udah Nasib!
Rumah Usang
My Bezday Cake

24 April 2012

Zaman Hitam-Putih!

Pelakon Wahid Satay!

Minggu ne bila aku nak update blog aku, keluar pulak setting baru dari Blogger.com. Gelabah gak aku bila tiba-tiba Blogger.com ubah setting. Yang terbaru ne lebih mudah untuk aku atau lebih menyusahkan! Biasalah kalu aku nak update blog, aku suka short cut. Kalau nak upload
photo, yang terbaru ne lagi canggih. Photo boleh aku kutip dari dalam blog, Picasa web album, juga boleh upload dari phone, webcan atau dari URL. Photo pulak aku boleh besarkan atau kecikan dengan mudah. Boleh letak kat kiri, tengah atau kanan. Yang terbaru dari Blogger.com memang memudahkan kojer aku!

Apa pulak kene mengene dengan photo hitam-putih ne! Memang banyak kenangan dengan photo hitam-putih. Dolu-dolu kalau nak ambik gambar kena ada filem. Filem masa dahulu
hanya ada hitam-putih. Nak klik kene hati-hati pasal satiap roll filem hanya ada 26 keping dan 32 keping kalu tak silap. Lepas abis ambik gambar kene roll filem tu dan bawa kat kedai
gambar untuk di cuci. Aku tak ingat berapa sen setiap keping bila siap di cuci. Dah siap dicuci, masukan dalam album kecik dan tunjuk pada kengkawan. Kengkawan yang berminat boleh tempah dan kita jual pulak kat kengkawan. Masuuuklah sikit Beb!

Sabenarnye zaman photo hitam-putih ne bukan zaman aku. Hehehe! Aku saja reka-reka
story. Zaman aku dah ada filem warna, tapi tetap kene ge kedai gambar untuk cuci filem. 
Masa dulu kalu nak canggih lagi guna film jurufoto-slide filem! Warna slide filem ne memang luarbiasa tapi mahal. Sekarang lagi canggih kan! Aku yang tak pandai klik ne pun boleh dapat photo yang menarik. Maksud menarik bagi aku tak samalah dengan pandangan jurugambar! Contoh photo menarik bagi aku ialah macam yang aku publish kat entri Pop Deco+9 pada 17hb April 2012. Besuk atau lusa aku nak publish pulak photo "Siri Images Pop+12" yang kebanyakan images tu aku ubah sikit.


Bila bercakap pasal hitam-putih ne, teringat aku bila abang dan kakak aku belajar kat sekolah guna papan hijau dan kapur putih. (Papan hijau tu dikira bukulah dan kapur putih tu macam pensil). Di-riwayatkan olih arwah ayah aku, dolu-dolu atau zaman bahari - bebudak sekolah derjah satu hanya bawa papan hijau sekeping je. Papan hijau tu untuk buat latihan menulis ABC. Kalu silap tulis boleh padam dengan jari atau tapak tangan. Bab mengeja pulak
Cikgu ajar dengan lagunye sekali. Senikata ABC ne aku tak tau siapa yang buat. Kat sini aku paparkan senikata lagu ABC zaman bahari.


"Abu Bakar Curi Duit, Emak Fikir Gaji Hari, Ikut Jalan Kuala Lumpur, Makan Nasi Orang Putih, Queen Raja Sapu Taik, Untuk Vitamin WXYZ". Nampak cam betul aje ayat ne, tapi bunyinye macam tak kene! Mana silapnye ye! Nanti aku ge kat Perpustakaan Negara-nak cari ayat ABC sampai XYZ yang betul. Ok Bro! Jumpa lagi  kat entri terbaru aku bertajuk " Images Pop+12!"

12 April 2012

Siri 2- Majlis Resepsi


Salam Geng!
Saperti yang aku janjikan kepada kengkawan semua, untuk publish photo-pic Majlis Resepsi (Siri Kedua) Pasangan Faez dan Shila yang aku klik melalui lensa kamera Canon EOS - 400D. Semua photo ne aku klik ketika berada di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak - Kuala Lumpur. Ada gak photo yang aku tak upload pasal kebanyakan imej aku klik tanpa sedar atau ayat lain kira klik curi-curi gitu!






10 April 2012

Kayuh ke Tg Karang!



AS Salam Bro & Sis!

Hari-2 
Jam 0845 salepas sarapan pagi kami mulakan kayuh menuju Tanjung Karang. Bermula dari Kg Bukit Belimbing menuju simpang Jalan Raja Musa, kayuhan sangat santai dan sepanjang perjalaan kelihatan ladang kelapa sawit yang kebanyakan pekerjanya adalah dari kaum India. Jalan sunyi dan sekali-sekali baru ada kenderaan yang berselisih dengan kami. Sampai kat simpang Jalan Raja Musa, kami berhenti kejap untuk ambik gambar!




Lepas tu kayuhan diteruskan arah pekan Tiram Buruk dan Sawah Sempadan. Kat sini kayuhan aku mula perlahan kerana masalah rantai basikal. Sesekali terpaksa gah aku berhenti kerana kepenatan. Penat mungkin kerana tadi sarapan nasik lemak atau kerana masalah rantai basikal.

Dari simpang Ujung Permatang ke Tiram Buruk, pemandangan dikiri kanan jalan kekal dengan ladang kelapa sawit. Kami terus berkayuh sehingga mengampiri pekan koboi Tirim Buruk dimana terdapatnya penempatan kaum Cina. Melintasi Sawah Sempadan. Sesuai dengan namanya, apabila sayup mata memandang akan kehijauan sawah padi. Sawah Sempadan ne pulak adalah perkampongan kaum Melayu. Kebanyakan yang tinggal dikawasan jelapang padi ini ialah orang Jawa dan Banjar. Khabarnya penyanyi Hermon Tina juga berasal dari Sawah Sempadan gitu!




Kami terus kayuh menuju pekan Tanjung Karang. Nanti, bila tiba di pekan Tanjung Karang cadangnya, aku hendak pergi kekedai basikal untuk membetulkan rantai basikal aku.

Kayuh! Jangan tak kayuh. Akhirnya kami sampai di pekan Tanjung Karang. Pusing keliling mencari kedai basikal tapi tak juga jumpa.

"Malu kayuh basikal tak gerak dan malu bertanya takkan jumpa kedai basikal". Si Mahfol bersura sambil mengayuh basikal menghamiri seorang budak lelaki yang berdiri dihadapan kaki lima kedai.
Kami tanyalah sorang Mamat kat pekan ne. Dari info yang diberi, katanya hanya ada satu kedai basikal sahaja kat pekan Tg Karang. Kami pun gerak arah kedai basikal yang dimaksudkan si Mamat tadi.

Sampai kat kedai basikal, kelihatan Apek tua [tukang basikal] sedang membaiki sebuah basikal kanak-kanak sambil diperhatikan oleh dua orang pelanggan. Aku segera maklumkan pada tukang basikal tu yang rantai basikal aku ada masalah.

"Apek, saya punya rantai basikal ada sikit longgar. Boleh tolong baiki!"

"Hay'ya! Lu punya basikal lu mesti tau bikin ma" 

Angin gak aku dengar jawapan apek ne. Mungkin  si Apek tua ne bergurau atau malas
nak buat atau Apek ne ingat aku saja-saja nak minta tolong secara percuma.
"Kalu saya tau bikin tak payahlah saya bawak jumpa tukang basikal. Lu kalu tak tau bikin cakaplah
- bodoh! Memanglah lu tak tau bikin kan- pasal lu punye kedai jual basikal lama".


Angin satu badan. Sabar! Sabarrrr! Bisik si Mahfol. Geram. Apapun kami segera tinggalkan si Apek tua yang sedang terkial-kial membaiki sebuah basikal kecil bersama dua orang pelangganya. 




Kami berhenti disalah satu warung menjual soto. Mahful bertanya kepada salah seorang pelanggan disitu. Pelanggan yang sedang menikmati soto itu memberitahu, terdapat sebuah kedai basikal berhampiran jembatan. Sambil jarinya menunjukkan sebuah jembatan yang menghubungkan pekan Tanjung Karang dengan kawasan sawah padi.

Kami pun kayuh menuju jembatan! 

"Mana ada kat bawah jembatan kedai basikal. Bebudak tengah mancing adalah!"

"Maksud lelaki tadi bukan dibawah jembatan tetapi dekat jembatan".

"Oh! ye ker!"

Kami kayuh lagi dan gerak ke-seberang jembatan.
Tak nampak gak kedai basikal. Mahful kata perut dah keroncong. Kami pun ambik keputusan untuk berehat kat kedai mamak. Mahful macam biasalah pesan mee goreng, aku pulak masih kenyang. Tenguk kat atas meja ada tapai.

Buka satu! Ohhh...tapai pulut hitam, sedap gak!!! Lepas makan, kami gerak semula cari kedai basikal. Tak lama kami berkayuh nampaklah kedai basikal. Cantek! Bagitau sahaja masalah rantai basikal, tukang basikal tu, seorang pemuda China terus buat kojer. Tak sampai 10 minit udah siap. Upah yang kena bayar hanya lima henggit sahaja. Aku bagitau Mahful, kalau tukang tu mintak upah sepuloh henggit pun aku sanggup bayar, janji masalah aku selesai!




Kami masih lagi berada di pekan Tanjung Karang. Ketika ini jam di handpon aku baru menunjukan kul 1145 pagi. Mahful ajak berehat kat taman. Kami pun kayuhlah keliling pekan Tg Karang mencari taman tetapi bayang taman pun tak nampak.

"Kat mana pula ya orang-orang Tanjung ne berehat pada hujung minggu" Soal Mahfol sebaik berhenti disimpang tiga. 

"Mungkin diaorang berehat kat tepi pantai"

"Jauh ke kalau kita hendak kayuh ke pantai"
"Jauh juga Bro".

Akhirnya kami ambil keputusan balik ke Bukit Belimbing. Berkayuh di laluan yang sama, tapi kali ini kami mahu berhenti kejap untuk menikmati pemandangan hijau di Sawah Sempadan.  Macam biasalah Beb! Klik sana klik sini untuk kenangan. Usai berehat seketika kami teruskan kayuhan menuju Bukit Belimbing. Melepasi pekan Tiram Buruk, cuaca mulai panas. Kami ambil keputusan ikut jalan short cut melalui Ujung Permatang.



Inilah laluan short cut ke Bukit Belimbing. Disebelah kiri ladang kelapa sawit bersama parit air berwarna hitam. Disebelah kanan pula, ladang kelapa sawit, tetapi airnya  kelihatan jerih. Mungkin disebelah kiri tanah gambut dan disebelah kanan tanah liat. Agak je!

Jalan ne memang sunyi. Jarang ada kenderaan yang berselisih dengan kami. Sedang kami kayuh, berselisih gak dengan sebuah kereta peronda polis! Hati rasa lega sedikit, kerana laluan ne dikira selamat.




Trit! Trit! Trit!
Bunyi handphon si Mahful.

"Berhenti kejap! Ne mesti bini aku call!"
SiMahfol menyandarkan basikal lalu menyeluk poket seluar mengambil handpon.
Sedang Mahful menjawab telepon, aku ambik kesempatan merakam gambar kat parit yang air nye sedikit jernih. Kat parit ne tentu banyak ikan. Mungkin ada ikan haruan, keli, sepat, puyu dan mungkin  gak ada ikan baung.

Kayuh diteruskan! Alhamdulillah! Sampai gak kami kat Bukit Belimbing dengan selamat. Sebelum masuk ke kawasan chalet, kami singgah disebuah warung tepi jalan untuk makan tengahari.