28 August 2013

KAYUH MALAM @DATARAN MERDEKA


Hujan walaupong sekejap tadinya, tapi telah dapat membasahi jalan raya, malah ada yang airnya masih bertakung disana-sini kerana turapan jalan yang udah tidak serata. Lebih kurang jam 0930 malam kami berempat iaitu Mahfol, Chan Ho Nam dan Syauflaizad mula berkayuh menuju Dataran Merdeka.


Gerak Arah Segambut! Sambil menyusuri laluan Segambut arah ke Bukit Tunku, fikiran aku melayang mengenangkan sambutan bulan kemerdekaan ketika ini yang dilihat semakin lesu berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Dolu rakyat Malaysia sangat hormat dan bangga apabila menyambut hari kemerdekaan dengan rela hati mengibarkan Jalur Gemilang di rumah-rumah, di sekolah, pusat pengajian tinggi dan gedung-dedung perniagaan.


Kayuh!
Menyusuri banglo-banglo mewah di sekitar Bukit Tunku, dikelilingi tembuk batu, ada pengawal dihadapan pintu dan sesekali bunyi salakan anjing, kononnya nak bagi taulah kat tuan rumah yang species bernama anjing ne belum tido lagi. Terdirinya banglo dan kondo mewah kat sini tentulah hasil dari laungan keramat Merdeka! Merdeka! Merdeka! 56 tahun yang lalu.



Pedal Terus Dikayuh!
Meninggalkan kawasan Bukit Tunku, lalu depan Bank Negara dan berhenti dibulatan kerana lampu merah. Lepas tu terus gerak arah Dataran Merdeka untuk take five. Setibanya kami di sini, kelihatan ramai pekerja sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan kerana nak sambut Merdeka Day!



Tema!
Ramai gak yang tak ambik pot pasal Merdeka Day malah tema hari kemerdekaan pong diaorang tak tau. Cobak-cobak tanya remaja dan belia kita faham tak maksud tema "Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku" atau kalau dialih bahasa lebih kurang beginilah bunyinya "My Sovereign Malaysia, My Native Land". Tanyalah! Sepatah haram pong bebudak tu tak tau, lagi-lagi kalau tanya bebudak Cina Blackout yang terbalikan bendera Malaysia di Taiwan dan di Singapura.

Beratus
tahun bumi kita dijajah bermula dengan kedatangan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Komunis Bintang Tiga (PKM). Malah kita hampir terlupa siapa pejuang-pejuang yang tidak didendang bagi mempertahankan bumi Melayu ketika itu.
 

Kita
mungkin terlopong melihat keindahan kojer seni bina yang ditinggalkan penjajah tetapi pada masa yang sama kita masih lagi dijajah walaupong kita udah merdeka. Rakyat Malaysia masih lagi bangga dengan budaya barat, malah menjadi ikutan termasuk cara berpakaian, makan minum dan perjuangan hak asasi manusia yang tidak selari dengan budaya Malaysia.


Merdeka!
Udah 56 tahun kita merdeka dah hasilnya, taraf hidup kita semakin baik jika nak dibandingkan pada awal kemerdekaan. Tahun 50'an adalah tahun-tahun yang paling getir ketika itu kerana semua hasil bumi seperti bijih timah, getah dan rempah ratus telah dikebas oleh penjajah.

Zaman Kemiskinan! Masa tu kalau ada basikal udah dikira senang. Rumah pakai pelita, dinding rumah tampal surat khabar, masak guna kayu, anak-anak ge sekolah kekadang tak pakai kasut termasuklah masa tu kanak-kanak yang bernama Samy Vellu. Era 60'an ada baik sikit kot. Ramai dah yang guna motosikal dan kalau guna motokar kira orang kayalah Bro.  Masa tu, jika masih lagi tunggang basikal, dikira termasuk dalam golongan miskin!

Tahun 70'an! Kita melihat jurang perbezaan antara miskin dan kaya ketika itu ialah sikaya memiliki TV warna dan si miskin pula masih lagi guna TV hitam putih. Walaupong begitu, 70% rakyat Malaysia udah memiliki talibesen, dapur gas dan peti sejuk. Masa tu kalau ada kaum yang masih guna basikal di kira dalam kelompok miskin tegar!

Beberapa hari lagi menjelang Merdeka Day, kita boleh lihat yang taraf hidup orang Malaysia makin bertambah-tambah baik. Hampir semua orang Malaysia memiliki kereta-motor, talibesen, handphone, astro dan talian wireless tetapi yang membezakan antara si miskin dan si kaya ialah si miskin masih lagi guna talibesen punggung besar. Masa ne kalau kita memiliki sebuah basikal pong udah boleh di kira orang kaya Pak!!!


Nota Kaki : Kita mungkin terlupa bahawa kemewahan yang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan kemerdekaan generasi terdahulu. Generasi muda hari ini, celik-celik aja udah Merdeka! Jumpa lagi dengan izin Allah!






26 August 2013

SKUAD BUKIT AMAN & WAYTHAMOORTHY!


As Salam!
Dua tiga bulan lalu, kita bimbang kerana terlalu banyaknya kes bunuh dan pelbagai kejadian jenayah yang dipercayai melibatkan kumpulan-kumpulan kongsi gelap. Kegiatan jenayah mereka telah sampai kepada tahap merah iaitu boleh mengancam keselamatan negara jika lambat bertindak.

Aku hairan gak bagaimana gangster tersebut boleh bertapak dan beranak pinak, sedangkan dolu udah ramai gangster disumbat kedalam jereji besi dibawah Ordinan Darurat (EO) dan yang lainnya pulak telah di buang daerah dibawah Akta Kediaman Terhad.


Sejarah! Kalau ikutkan sejarah kongsi gelap, ia bermula di Larut yang letaknya di sebelah barat laut negeri Perak. Pada tahun 1848, Long Jaafar iaitu wakil Sultan telah menemui bijih timah. Seramai dua puloh orang Cina dari puak Chin Seah (dari daerah Kwangtung, China) telah di import untuk membuka lombong bijeh timah di Kelian Pauh.

Sejak pembukaan lombong tersebut, ramailah pelombong-pelombong Cina datang dan pada masa yang sama mereka menubuhkan kongsi gelap terdiri kumpulan Hai San dari puak Khek dan kongsi gelap Ghee Hin dari puak Kongfu. Tujuan mereka menubuhkan kongsi gelap ialah bagi melindungi kaum mereka terutama kuasa mengawal pengaliran air, candu, arak dan rumah-rumah perjudian.

Gangster Melayu! Tak banyak yang aku tahu pasal gangster Melayu, pasal masa tu aku belum lahir lagi. Mungkin agaknya, sekitar tahun 60'an udah ada kongsi gelap dari kaum Melayu. Tujuan mereka menubuhkan kongsi gelap adalah bagi mengimbangi kumpulan gangster dari kaum Cina. Kebanyakan ahli gangster Melayu ketika itu memiliki susuk badan yang besar, menunggang motosikal dan boleh dilihat seperti dalam filem 'Dibelakang Takbir'.
 

Cuci Tangan! Selepas kejadian 13 Mei, kebanyakan gangster Melayu telah cuci tangan dan telah menjadi warga yang berwawasan iaitu mahu memajukan anak-bangsa terutama dari segi pendidikan anak-anak, kerana dengan pendidikan sahajalah orang Melayu boleh berjaya. Ketiadaan kongsi gelap Melayu pada masa itu telah memudahkan kegiatan gangster dari kaum Cina dan kaum India.

                  SKUAD BUKIT AMAN


Hari ini! Kumpulan kongsi gelap semakin garang dan tunjuk kuat, malah pihak penguatkuasa seperti PDRM, diorang pandang sebelah mata sahaja. Mereka bebas melakukan jenayah berat, kononnya kebal kerana adanya amalan memberi dan menerima rasuah disamping mereka ini dilindungi oleh pihak tertentu. 


Akhirnya! Ketua Polis Negara yang baru, Khalid Abu Bakar telah bangkit melancarkan Ops Cantas Khas diseluruh negara. Hasilnya, beratus individu diperiksa dan ditahan dalam sekatan jalan raya, serbuan dan pemeriksaan polis bagi memendung kegiatan kongsi gelap dan dadah.

Skuad Bukit Aman! Yang menariknya tentang  skuad khas Bukit Aman ini ialah telah pong beroperasi dua bulan lepas, dianggotai pegawai dan anggota terlatih. Skuad ini mempunyai kuasa membenteras kumpulan sasaran tanpa melalui birokrasi ibu pejabat kontijen atau polis daerah.

                  WAYTHAMOORTHY!

Siapa Waythamoorthy! Sebenarnya aku tak kenal pong sehinggalah dia bersura pasal kes kejayaan pihak polis menembak mati lima penjenayah diPulau Pinang. Rupanya beliau adalah bekas pemimpin Hindraf yang diharamkan kerajaan dan telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas PRU-13 dolu.


Khabarnya perlantikannya sebagai Timbalan Menteri pong pasal atas belas kesian dan telah menjadi isu kontroversi, sebab masa PRU-13, kaum India tidak ramai yang berpihak kepada BN. Beliau telah memainkan sentimen perkauman dalam soal membanteras jenayah dengan berlagak seperti pemimpin NGO atau mungkin jiwanya masih lagi ada hati dengan Hindraf!

Timbalan Menteri! Beliau udah dikira wakil kaum India Malaysia apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri. Sepatutnya dengan jawatan tersebut beliau boleh membantu anak-anak kaum India yang masih lagi keciciran dalam pelajaran. Keadaan sosio ekonomi kaum India itulah juga punca yang menyebabkan belia-belia mereka sanggup mati dengan menjadi ahli kongsi gelap.

Janganlah! Hanya kerana lima anggota kongsi gelap kaum India yang udah mati dibunuh oleh pihak berkuasa, membolehkan ahli politik mempertikaikan tindakan polis. Dimana sebenarnya Waythamoorty berada sekarang? Dipihak kerajaan yang mahu membanters jenayah kongsi gelap atau mahu melindungi mereka agar dilihat sebagai hero kaum India.

Tidak Popular! Kalau nak jadi hero terkenal atau mencari publisiti murahan ada baiknya Waythamoorthy kembali kepada orang-orangnya yang begelar Hindraf. Hadapilah kenyataan iaitu kaum India di Malaysia sedang menghadapi kemelut untuk sama berdiri dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

Keciciran dalam pelajaran adalah punca belia-belia kaum India terpaksa bekerja sebagai pemandu lori, buruh taman, pencuci kereta, penjual besi buruk, penghantar cepat, penjaga parking atau pengawal keselamatan. Untuk kerja yang lebih mudah (short-cut), belia-belia India terpaksa join kongsi gelap tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

Cuba Tanya Waythamoorthy! Berapa ramai kaum India yang berjaya dalam bidang sukan  atau sekurang-kurangnya berjaya sebagai pelukis, penulis atau pengarah filem misalnya. Waythamoorthy yang kini duduk dikerusi empuk dan bilik berhawa dingin tidak sewajarnya lupa diri tentang kaumnya yang sedang terkial-kial untuk memajukan diri bagi menghadapi hari-hari mendatang.

Sekolah! Ada baiknya beliau mencadangkan kepada kerajaan iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJK) ditutup dan murid-muridnya dipindahkan kesekolah aliran Cina, Inggeris atau Melayu. Di sekolah aliran baru itu perlulah ada guru dari kaum India untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil dan pendidikan Sivik. Budget yang disediakan oleh kerajaan untuk menguruskan Sekolah Rendah Tamil bolehlah digunakan untuk membeli bas sekolah, membayar gaji pemandu dan membayar kos bagi selengara bas tersebut.

Berjaya! Dalam tempoh 10 tahun akan datang pasti belia-belia India udah berjaya disamping dapat pulak mengguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Mandrin atau Bahasa Melayu. Mereka-mereka yang melepasi tingkatan lima aliran Inggeris, tentulah boleh bekerja di syarikat swasta atau kerajaan. Yang bersekolah aliran Bahasa Melayu, sekurang-kurangnya boleh memohun kerja dijabatan kerajaan.

Pemimpin kaum India silih berganti tetapi dari dolu hingga sekarang tiada perubahan pada kaum India kerana sistem pendidikan yang dipilih oleh mereka. Pemimpin sepatutnya menjadikan diri mereka sebagai idol kejayaan dalam kehidupan bukannya memilih gangster atau penjenayah sebagai icon.

Jika pemimpin-pemimpin kaum India terus menegakkan benang basah dan sangat menghormati penjenayah, lagi 100 tahun pong kaum India di Malaysia akan ketinggalan dalam semua bidang kecuali bidang gangsterisme!


Nota Kaki : Akhbar hari ini melaporkan iaitu Gabungan Dewan Perniagaan India Malaysia (MAICCI) menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri, P.Waythamoorthy mempertikaikan tindakan polis menembak mati penjenayah sebagai memalukan. Presidennya, Tan Sri KK Eswaran berkata, selaku Timbalan Menteri dan seorang peguam, beliau seharusnya tahu batasan dan tidak bersandarkan kepada emosi semata-mata. 



 
 

22 August 2013

OPS CANTAS KHAS!


Assalamualaikum Semua! Dua tiga hari ne kelihatannya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sibuk mencantas penjenayah dalam opersi Op Cantas Khas yang dilancarkan di seluruh negara bagi melumpuhkan aktivit gangster, jenayah kekerasan dan pengedaran dadah.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zaid Hamidi iaitu rakyat Malaysia udah mempunyai asas kebimbangan terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat sejak dua menjak ne kerana undang-undang pencegahan (EO) sudah dihapuskan.

Oleh sebab tu, PDRM telah menubuhkan dua skuad khas yang berpusat di Bukit Aman khusus memberi tumpuan kepada kumpulan sasar tanpa melalui saluran-saluran biokrasi kepolisian seperti kebiasaannya.

Materialistik! Dunia hari ini telah mengubah sikap manusia untuk mengejar kebendaan dan wang bagi mereka adalah segala-galanya. Mereka yang gagal dalam pelajaran ambik jalan mudah dengan melakukan kerja yang dilarang undang-udang dan agama. Mereka ini mulanya mungkin hanya sekadar untuk mencuba kerana pujukan rakan dan akhirnya seronok bila mereka gelap mata atau mata duiatan gitu! Akhirnya mereka  terjerumus kedalam dunia yang gelap gulita.

Agama Islam dan agama-agama lainnya telah mengajar manusia supaya menjadi baik dan mencari pekerjaan yang halal, namun segelintir mereka tidak mematuhi ajaran agama mereka. Pekerjaan yang dilarang oleh agama itulah yang meraka mahu lakukan seperti bekerja sebagai GRo, pelacur, penjual Cd haram, pengedar dadah,  meragut, penyeludup, merompak dan bekerja sebagai pembunuh upahan.

Apabila udah seronok melakukan kerja sebagai pegedar dadah contohnya, tentu mereka mahu memperluaskan lagi perniagaan tersebut dengan menubuhkan kumpulan kongsi gelap agar mereka dapat mengawal kawasan mereka dan memperolehi keuntungan berlipat ganda. Akhirnya ramailah remaja dan belia yang tak cukup pandai terjebak dalam kongsi gelap. Nak salahkan siapa Bro! Ini bukan salah ibu mengandung...

Kesian ibu yang mengandung kerana akhirnya anak kesayangannya terjebak dalam kongsi gelap dan pengedaran dadah. Lepas tu kantoi atau silap haribulan mati kene tembak dek rakan sendiri atau ditembak oleh pembunuh upahan. Rugilah hidup kalau akhirnya mati tanpa sempat bertaubat.

Taubat! Maksudnya balik ke pangkal jalan sebelum terlambat, tak kiralah apa agamanya Buddha, Hindu atau Islam. Kat Tanah Melayu ne, tiga agama nelah paling ramai melanggar hukum dunia walaupong terdapat banyak tope'kong, kuil dan masjid. Mungkin disebabkan penganutnya hanya menyembah Tuhannya seminggu sekali atau setahun sekali, menyebabkan mereka tidak dapat menerima bahawa buat baik akan dibalas baik dan buat jahat akan menerima balasan juga.



Nota Kaki : Diharap  jabatan lain seperti Lembaga Penapis Filem (LPF) dapat menyekat kemasukan filem berunsur ganas dari negara India dan China. Begitu gak jabatan kerajaan lainnya, hendaklah membantu PDRM dalam usaha membenteras jenayah dan kongsi gelap. Janganlah pihak PDRM dan kerajaan amnya tunduk kepada NGO dan parti politik jika mereka kata PDRM telah buat kojer (op cantas khas) diluar batas-batas kemanusian. NGO dan Parti Politik hanyalah pandai bercakap saja dan bila udah terkene kat batang hidung diorang nanti baru diorang tau!. - Jumpa Lagi dengan izin Allah!
 
 

20 August 2013

CEMBURU LEE KUAN YEW!




Kakiconteng 
14 Syawal 1434 - Entri kali ne aku nak taip perihal bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menggenai tulisan beliau dalam buku bertajuk One Man's View of the World.


Dalam tulisan tu, Lee Kuan Yew membuat tafsiran pasal pengaruh Islam dari Timur Tengah terhadap suasana politik di Malaysia masa kini. Dolu kata Kuan Yew, orang Melayu Malaysia yang beragama Islam tidak mempunyai masalah untuk bersalaman di antara lelaki dan wanita dan wanita bertudung adalah asing pada hari ini. Menurut tafsiran Kuan Yew lagi Malaysia tidak boleh dilabelkan sebagai negara Islam yang progresif.

Lee Kuan Yew juga berpendapat sistem politik Malaysia yang berasakan kaum tidak akan berjaya kerana ia hanya memberi keutamaan kepada satu kaum sahaja  iaitu Melayu. Sebagai contoh kata beliau, penghijrahan rakyat yang mempunyai kepakaran ke negara lain seperti Singapura adalah disebabkan oleh sistem politik Malaysia.

Pada 9 Ogas lalu, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zaiuddin Maidin berkata, Malaysia seharusnya berterima kasih kepada Kuan Yew kerana berjaya 'membunuh' golongan komunis dan cauvinis Cina di Singapura yang mungkin mampu mengganggu-gugat negara Malaysia.


                                                            RENCANA ZAINUDDIN MAIDIN

Rencana! Aku petik secara ringkas rencana 'Kuan Yew bangun semula dari kuburnya' tulisan Zainuddin Maidin, iaitu kerajaan PAP pimpinan Lee Kuan Yew telah menutup satu-satunya sekolah Tamil di Singapura - Umar Pulavar Tamil High School dan ada pulak seorang pemimpin PAP dari kaum India - S Candra Das berkata "Sekiranya anak-anak India terus mempelajari bahasa Tamil hingga ke peringkat menengah, apakah kerja yang mereka boleh dapat? Bolehkah mereka menjadi pengacara televisyen atau wartawan Tamil Murasu atau mereka berakhir dengan menjadi budak pejabat?".

Sambung Zainuddin Maidin! Dalam masa tiga dekat, setelah Singapura merdeka menerusi Malaysia, pada tahun 1987 semua sekolah Cina, Tamil dan Melayu telah dihapuskan. Yang tinggal hanyalah sekolah Inggeris manakala Universiti Nanyang dipaksa bergabung dengan Universiti Singapura menjadi Universiti Nasional Singapura.


Lee Kuan Yew tidak melihat bahasa Mandarin atau bahasa Cina akan menjadi bahasa antarabangsa atau bahasa dunia. Pandangan ini tentunya diwarisi oleh anaknya Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. Dalam pada itu Malaysia juga akan terus mencurigai dan bimbang dengan Singapura sekiranya keturunan Cina di Malaysia terus bermain dengan konsep perkauman Malaysian Malaysia yang ditaja oleh Kuan Yew ketika Singapura berada dalam Malaysia. - Zainuddin Maidin.


                 CEMBURU KUAN YEW

PRU-13! Singapura, Kuan Yew dan kaum Cina sebenarnya tidak mahu mengakui hakikat bahawa orang Melayu masih lagi menjadi tuan di Tanah Melayu. Cita-cita kaum Cina Malaysia mahu membentuk kerajaan melalui PRU 13 tidak kesampaian walaupong parti politik mereka mengamalkan strategi perkauman  yang tebal. 


Sepatutnya kaum Cina Malaysia berterima kasih kepada kerajaan yang ada sekarang kerana masih sudi berkongsi kuasa. Perkongsian kuasa politik dan ekonomi itulah yang telah menjadikan Malaysia stabil lebih lima dekat lamanya.

Andainya! Pada PRU-13 lalu kuasa politik bertukar tangan kepada parti pembangkang kaum Cina, pastilah Singapura, Kuan Yew dan kaum Cina Malaysia sangat gumbira kerana mereka berkuasa mengubah perlembagaan baru. Tempias dari kuasa politik Cina itu nanti mungkin akan memudahkan urusan Singapura dengan Malaysia dari segi pembelian harta tanah atau setidak-tidaknya boleh dapat air percuma!


Kita pong maklum, tanah sekangkang kera Singapura tu udah tidak mampu menampung rakyatnya pada tahun 2030. Jadi, kalaulah Malaysia milik kaum Cina maka mudahlah Singapura beli tanah-tanah diMalaysia. Tidak mustahil jika Singapura ada penempatan baru di selatan Johor, pantai timur Pahang atau kawasan yang berhampiran dengannya. 

Itu pasal beriya-iya sangat Kuan Yew dan segelintir rakyat Cina Singapura menghasut dan menjadi batu api supaya Cina Malaysia menyokong parti pembangkang pada PRU 13 lalu. Tentulah Kuan Yew cemburu melihat jirannya Malaysia, mempunyai tanah yang masih lagi dipenuhi hutan sedangkan di Singapura udah penuh dengan batu bata. Malah kalau boleh, pantai sekeliling Singapura pong mahu ditambaknya supaya dapat didirikan apartment atau kondo-kondo bagi penduduk Singapura yang makin hari makin bertambah. Kesianya rakyat Singapura, untuk meneruskan hidup, cucu-cicitnya nanti terpaksa menyewa apartment kat Malaysia terutama kat Joho!


TOPENG : "Kita tidak pernah bosan melihat wajah dicermin walaupong wajah yang kita tatap adalah sama setiap hari. Kita sering terlena dan terpedaya kerana asyik bercerminkan topeng! Tanpa disedari kita udah ditipu dan di permainkan oleh topeng-topeng yang kita sangka rakan karib kita!"



 

19 August 2013

KLIK! KLIK! SYAWAL


18
keping gambar ini aku rakam ketika beraya di rumah Kak Timah (Kak Long) pada 1 Syawal 1434H, di Parit 10 Sungai Panjang, Selangor. Subjek kegemaran aku pastinya subjet kaku kerana aku klik menggunakan kamera Nikon Coolpix
S3000.