Kakiconteng 14 Syawal 1434 - Entri kali ne aku nak taip perihal bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menggenai tulisan beliau dalam buku bertajuk One Man's View of the World.
Dalam tulisan tu, Lee Kuan Yew membuat tafsiran pasal pengaruh Islam dari Timur Tengah terhadap suasana politik di Malaysia masa kini. Dolu kata Kuan Yew, orang Melayu Malaysia yang beragama Islam tidak mempunyai masalah untuk bersalaman di antara lelaki dan wanita dan wanita bertudung adalah asing pada hari ini. Menurut tafsiran Kuan Yew lagi Malaysia tidak boleh dilabelkan sebagai negara Islam yang progresif.
Lee Kuan Yew juga berpendapat sistem politik Malaysia yang berasakan kaum tidak akan berjaya kerana ia hanya memberi keutamaan kepada satu kaum sahaja iaitu Melayu. Sebagai contoh kata beliau, penghijrahan rakyat yang mempunyai kepakaran ke negara lain seperti Singapura adalah disebabkan oleh sistem politik Malaysia.
Pada 9 Ogas lalu, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zaiuddin Maidin berkata, Malaysia seharusnya berterima kasih kepada Kuan Yew kerana berjaya 'membunuh' golongan komunis dan cauvinis Cina di Singapura yang mungkin mampu mengganggu-gugat negara Malaysia.
RENCANA ZAINUDDIN MAIDIN
Rencana! Aku petik secara ringkas rencana 'Kuan Yew bangun semula dari kuburnya' tulisan Zainuddin Maidin, iaitu kerajaan PAP pimpinan Lee Kuan Yew telah menutup satu-satunya sekolah Tamil di Singapura - Umar Pulavar Tamil High School dan ada pulak seorang pemimpin PAP dari kaum India - S Candra Das berkata "Sekiranya anak-anak India terus mempelajari bahasa Tamil hingga ke peringkat menengah, apakah kerja yang mereka boleh dapat? Bolehkah mereka menjadi pengacara televisyen atau wartawan Tamil Murasu atau mereka berakhir dengan menjadi budak pejabat?".
Sambung Zainuddin Maidin! Dalam masa tiga dekat, setelah Singapura merdeka menerusi Malaysia, pada tahun 1987 semua sekolah Cina, Tamil dan Melayu telah dihapuskan. Yang tinggal hanyalah sekolah Inggeris manakala Universiti Nanyang dipaksa bergabung dengan Universiti Singapura menjadi Universiti Nasional Singapura.
Lee Kuan Yew tidak melihat bahasa Mandarin atau bahasa Cina akan menjadi bahasa antarabangsa atau bahasa dunia. Pandangan ini tentunya diwarisi oleh anaknya Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. Dalam pada itu Malaysia juga akan terus mencurigai dan bimbang dengan Singapura sekiranya keturunan Cina di Malaysia terus bermain dengan konsep perkauman Malaysian Malaysia yang ditaja oleh Kuan Yew ketika Singapura berada dalam Malaysia. - Zainuddin Maidin.
CEMBURU KUAN YEW
PRU-13! Singapura, Kuan Yew dan kaum Cina sebenarnya tidak mahu mengakui hakikat bahawa orang Melayu masih lagi menjadi tuan di Tanah Melayu. Cita-cita kaum Cina Malaysia mahu membentuk kerajaan melalui PRU 13 tidak kesampaian walaupong parti politik mereka mengamalkan strategi perkauman yang tebal.
Sepatutnya kaum Cina Malaysia berterima kasih kepada kerajaan yang ada sekarang kerana masih sudi berkongsi kuasa. Perkongsian kuasa politik dan ekonomi itulah yang telah menjadikan Malaysia stabil lebih lima dekat lamanya.
Andainya! Pada PRU-13 lalu kuasa politik bertukar tangan kepada parti pembangkang kaum Cina, pastilah Singapura, Kuan Yew dan kaum Cina Malaysia sangat gumbira kerana mereka berkuasa mengubah perlembagaan baru. Tempias dari kuasa politik Cina itu nanti mungkin akan memudahkan urusan Singapura dengan Malaysia dari segi pembelian harta tanah atau setidak-tidaknya boleh dapat air percuma!
Kita pong maklum, tanah sekangkang kera Singapura tu udah tidak mampu menampung rakyatnya pada tahun 2030. Jadi, kalaulah Malaysia milik kaum Cina maka mudahlah Singapura beli tanah-tanah diMalaysia. Tidak mustahil jika Singapura ada penempatan baru di selatan Johor, pantai timur Pahang atau kawasan yang berhampiran dengannya.
Itu pasal beriya-iya sangat Kuan Yew dan segelintir rakyat Cina Singapura menghasut dan menjadi batu api supaya Cina Malaysia menyokong parti pembangkang pada PRU 13 lalu. Tentulah Kuan Yew cemburu melihat jirannya Malaysia, mempunyai tanah yang masih lagi dipenuhi hutan sedangkan di Singapura udah penuh dengan batu bata. Malah kalau boleh, pantai sekeliling Singapura pong mahu ditambaknya supaya dapat didirikan apartment atau kondo-kondo bagi penduduk Singapura yang makin hari makin bertambah. Kesianya rakyat Singapura, untuk meneruskan hidup, cucu-cicitnya nanti terpaksa menyewa apartment kat Malaysia terutama kat Joho!
TOPENG : "Kita tidak pernah bosan melihat wajah dicermin walaupong wajah yang kita tatap adalah sama setiap hari. Kita sering terlena dan terpedaya kerana asyik bercerminkan topeng! Tanpa disedari kita udah ditipu dan di permainkan oleh topeng-topeng yang kita sangka rakan karib kita!"
|
No comments:
Post a Comment